Oktober 10, 2009

(Cerita Artis) Shiela Abdul Uruskan Karier Sendiri !!!!



Kesian Dekat Artis Baru Bernama Sheila nie, Baru nak jadi artis rakaman syarikat EMI malaysia tutup pulak, kat bawah ni zoom copy untuk share dengan anda..!! dalam Zoom artis ni ada tak peminat dia ni !!?



Baca Selanjutnya

Kariernya tergantung seketika tatkala syarikat rakaman gergasi EMI Malaysia menutup operasinya tahun lepas ketika diri masih lagi bertatih dalam industri hiburan. Namanya mungkin tidak sekukuh Siti Nurhaliza, namun pemilik nama Shiela Abdul tetap mempunyai barisan peminatnya yang tersendiri.

Popular dengan lagu Mungkinkah dan Lepaskanlah, Sheila kini mula mencari tapak yang lebih kukuh di persada seni apabila memulakan karier bersama Dream Music untuk kontrak selama dua tahun.

"Selepas EMI tutup, saya terumbang ambing tak tahu ke mana arah untuk dituju. Saya sempat bersama EMI selama setahun dan walaupun selesai buat album dan segala promosi namun bagi artis baru, saya perlukan tapak untuk bertahan kerana nama saya belum cukup kukuh untuk peminat tahu siapa Sheila Abdul," ujarnya.

Cuba menguruskan karier sendiri setelah perjalanan seninya tersekat di separuh jalan, Shiela mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh agar namanya tidak terus tenggelam. Cuba tampil dengan imej baru yang lebih segar dan elegan namun tidak mahu tersasar terus dari dirinya yang sebenar.

"Sheila nak rebranding kembali imej untuk penampilan terbaru dan untuk album kemungkinan besar Sheila akan akan lebih kepada eksperimental pop," tutur gadis berusia 21 tahun ini.

Situasi jualan album yang semakin meruncing membuatkan industri sukar untuk bertahan apatah lagi untuk mereka yang masih baru dalam industri ini. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang mustahil apabila muncul syarikat yang mengambil alternatif mempromosikan lagu artis tempatan menerusi internet. Sheila tidak ketinggalan mempromosikan lagu terbaru menerusi www.gundu.com.my.

Dream Music memberikan kebebasan berkarya untuk album terbaru dan gundu.com.my adalah salah satu cara untuknya mempromosikan album kerana peminat kini lebih terarah untuk memuat turun lagu artis yang diminati melalui internet.

"Sekarang Sheila masih mencari material untuk album terbaru. Namun Sheila tak meletakkan harapan yang tinggi menggunung. Apa yang penting adalah Sheila lakukan apa yang terbaik. Bersama EMI bukanlah kesilapan yang harus Sheila kesalkan kerana banyak yang telah dipelajari di situ," katanya yang kini menguruskan syarikatnya sendiri, Purple Dot Agency yang beroperasi menguruskan aktiviti seninya.


Apa Komen Anda ?