Jun 13, 2010

Iwan AF8 Menimba ILmu Dengan Anita Sarawak

Bertuahnya anak muda bernama Iwan keluaran Akademi Fantasia 8 ni, baru keluar daripada Akademi sudah mempunyai guru yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam industri muzik tanah air.Malahan Kak Nita jemput mereka dan ajar tanpa meminta bayara 1 sen pun...Semoga dimurahkan rezeki akak Nita kita ni, ikuti luahan anak muda ini mengenai ilmu yang datang dari akak Anita Sarawak.



"KaK Anita mengajar kami bagaimana untuk menjadi performer dan berkomunikasi dengan penonton semasa berada di atas pentas.
"Macam mana kita nak kekalkan momentum sebagai artis dalam jangka masa yang panjang.... Sebenarnya, banyak lagi seperti berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Bola Fever Bersama Media 2010 anjuran SuriaFM dan RedFM baru-baru ini.
Iwan menyifatkan tawaran belajar dengan Anita bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan mereka dipilih oleh Astro serta tawaran Anita sendiri.
"Kak Nita sebulat hati nak curahkan ilmu kepada kami.. saya banyak-banyak berterima kasih kepada Kak Nita," ujarnya.
"Saya berasa sangat bertuah. Kalau nak belajar sendiri dengan Kak Nita, bayarannya sangat mahal. Ini adalah satu peluang yang sangat lucky kepada saya. Kak Nita pun jemput kami belajar dengannya tanpa apa-apa bayaran," jelasnya.
Zoom: Apa kata anda ?