Oktober 10, 2009

(Cerita Artis) JeffryDin terima gelaran Datuk !!!!


Siapa tak kenal Jeffrydin? Penyanyi popular irama pop yeh yeh era 60-an malah kami berani katakan yang beliau masih lagi popular sehingga kini. Bila sebut saja nama Jeffrydin ni, terus je lagu Mas Mona terngiang-ngiang di telinga. Well, kami juga adalah salah seorang peminat Jeffrydin. Huhu..



Baca Selanjutnya

Baiklah, seperti tajuk yang tertulis kat atas tu, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman yang berasal dari Singapura dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71.