November 06, 2009

(Gossip)Komen Aril AF7 bila lakonan "Kau Dan Aku" dikritik !!!


Zoom ada mengikuti drama "Kau dan Aku" disaluran Astro ni, bukan minat sangat kat drama ini tapi disebabkan anak buah suka tengok, kena juga la buka mata memerhati gelagat Artis Akademi Fantasia berlakon. Apa yang zoom nampak Drama "Kau Dan Aku" kebanyakannya remaja bawah umur yang suka termasuklah Fan2 kat luar tue. Ini pendapat zoom la sebab masa drama 'Kau dan Aku" ke udara selalu juga mak dan ayah bertekak nak tengok channel lain sebab tak suka tengok. Mungkin anda ada pendapat lain !!! ? apa pun zoom upload komen Aril Mengenai kritikan pembaca dan pemerhati di luar sana..!!!!



Baca Selanjutnya

Naib juara AF7 itu berkata mungkin ada pihak yang kurang berpuas hati dengan lakonan mereka memandangkan masing-masing masih ‘hijau’ dalam industri seni ini.

“Ramai yang mengharapkan drama itu akan memberikan satu impak besar dan berjaya.

“Tetapi saya harap sebelum ada yang hendak ‘memaki’ kami lebih baik fikir baik-baik dulu kerana kami pendatang baru yang berada pada tahap masih mencuba dalam seni lakonan.

“Kalau ada kekurangan dalam jalan cerita atau lakonan kami, janganlah kritik dan hina kami teruk-teruk.

“Saya bukanlah hendak mempertahankan diri-sendiri sahaja tetapi untuk kawan-kawan lain juga,” luah Aril yang lantang bersuara.

Setelah dua episod disiarkan, Aril berkata ada pihak yang memuji dan tidak kurang juga menghentam teruk drama arahan empat orang pengarah itu.

“Ada yang kata drama itu berjaya dan ada juga yang kata gagal tetapi kalau nak beri kritikan tu biarlah berpada-pada,” kata penyanyi yang sedang popular menerusi lagu ‘Menatap Matamu’ ini.

Memandangkan Aril pernah mempunyai latar belakang dalam seni teater, dia cuba menggilap bakatnya itu dengan berlakon dalam drama itu dan sebuah lagi telefilem iaitu ‘Shuffle Milikku’ untuk stesen TV yang sama.

“Saya banyak juga mengutip pengalaman berlakon semasa di AF7. Dari situ saya praktikkannya ditambah dengan bantuan daripada pelakon senior seperti Azizah Mahzan, Riezman Khuzaimi dan Nurul. Mereka tak lokek,” ujarnya yang mempunyai asas lakonan teater sejak di bangku sekolah sehingga mengikuti persembahan di bawah Akar Gitar Estetika di Pusat Pelancongan Malaysia sejak lima tahun lalu.

Selepas berlakon drama dan telefilem, Aril mahu memfokuskan kepada bidang nyanyian pula.

"Bagi saya cukuplah pengalaman berlakon dah ada. Saya nak tumpu pada muzik pula.

"Sekarang ini, saya ada menulis beberapa lirik lagu yang mungkin akan dinyanyikan oleh diri-sendiri atau orang lain.

"Saya dan Akim juga telah merancang untuk membikin single terbaru kami dengan usaha sendiri. Apa-apa pun, saya akan beritahu kemudian," tuturnya yang menggemari muzik aliran rock.

Zoom Komen: Semoga Berjaya Dik, untuk pegetahuan pembaca dan peminat ARIL,

Semalam merupakan hari lahir Aril yang ke-24. Jejaka yang digilai ramai wanita ini akan meraikan hari jadinya bersama kelab peminatnya, Aril Lovers pada 7 November ini, Sabtu, pukul 8 hingga 11 malam di Hotel Boulevard, Mid Valley.

Tapi bayar tau !!! Dewasa = RM 90.00
Kanak2 = RM 60.00