Hari ini zoom ada terbaca coretan dan temuramah "Press" dengan pasangan kekasih ni semasa sidang Media Anugerah Skrin 2009 di Bandar Sunway.Disebabkan gossip hubungan mereka, keluarga Almy melarang bergambar dan menjaja kisah cinta mereka.
Baca Selanjutnya
Ketika mengusik Almy tentang bila nak kahwin, balasnya, ‘kalau nak tahu tanya dia (Fizz)’ sambil menuding jari ke arah kekasihnya itu.
Pasangan ini jarang berjumpa dan pertemuan mereka di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2009 di Bandar Sunway baru-baru ini selepas dua minggu tidak berjumpa.
“Kami tak janji datang sekali. Saya datang pun setelah mendapat tahu daripada pihak MIG dan Lisa Surihani menghubungi saya menerusi SMS.
Zoom Suka "statement" dibawah ni, alangkah bagusnya kalau semua artis macam ni. Sederhana tapi bahagia dan tidak menunjuk-nunjuk kepada PUBLIC.
“Kalau berjumpa dalam satu majlis, ikutkan keluarga saya tak galakkan untuk kami mengambil gambar bersama tetapi kali ini kami terpaksa juga atas kehendak media.
“Bukan apa, mereka bimbang hubungan kami tak jadi kalau terlalu menunjuk sangat,” kata Almy yang gembira dengan pencalonan beberapa drama dan filem lakonannya dalam ASK 2009.
Zoom: Ini pula jawapan Cepu Emas bila nak melamar Almy !!!
“Saya tak tahu bila sebab sekarang ini saya mahu memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ini sepuas-puasnya. Lagipun, dia masih pendatang baru dalam industri ini,” katanya yang turut meraih tiga pencalonan menerusi drama ‘Kekasihku Seru’, ‘Sama Tapi Tak Serupa’ dan ‘43424’.
Zoom Komen: Semoga hari-hari bahagia yang akan mendatang akan menjanjikan kebahagian yang di impikan oleh pasangan ini..Apa Komen Anda !!!?