Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faizal Tahir. Papar semua catatan

Januari 30, 2012

AJL 26 Yang Terakhir Buat Faizal Tahir


KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir nekad membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai sebarang pertandingan nyanyian termasuklah Anugerah Juara Lagu pada tahun depan.

Penyanyi yang berjaya meraih tempat ketiga pada AJL26 pada malam Ahad itu berkata, sudah sampai waktunya untuk dia mengundur diri dari sebarang pertandingan dan lebih fokus dalam kerjaya seni muziknya.

"Bermula hari ini saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi termasuklah AJL pada tahun depan. Mungkin tahun ini merupakan AJL terakhir saya.

"Sudah tiba masanya saya merancang secara teliti mengenai karier dan keluarga. Kali ini, biar kekuatan muzik yang menentukan dimana tahap saya," katanya yang ditemui selepas pertandingan AJL26, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Tambah Faizal, keputusan itu juga dibuat memandangkan jadual kerjaya seninya yang semakin padat dan ia juga memberi peluang kepadanya agar dapat membahagikan masa bersama keluarganya.

Januari 01, 2011

Azam Faizal Tahir Ingin Tambah Anak 2011

Alhamdulillah semoga niat murni ingin menambah ahli keluarga akan dimakbulkan dalam tahun 2011 ni, walaupun ada gossip diluar sana yang mengatakan keluarga ini seak namun sedang retak namun Faizal Tahir tetap menepis segala tuduhan liar tersebut.


Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa’ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Jun 09, 2010

Faizal Tahir Sanggup Mati Syahid Jika Berpeluang Ke Palestin

Inilah pengakuan insan bernama Faizal Tahir,ketika membaca berita kekejaman ISRAEL laknatulllahh yang berhati binatang itu beliau mengaku menangis mengenang sengsara yang dilalui oleh rakyat Palestin.


Ini adalah antara bait-bait luahan artis bernama Faizal Tahir mengenai Palestin,

“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.

Februari 18, 2010

(Gambar) Wajah terbaru Faizal Tahir di majalah Media


Kalau sebelum ini ramai pihak yang mengkritik kisah beliau membuka baju semasa berada di atas pentas ketika membuat persembahan.Namun kini ramai pihak bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap beliau yang ketika ini melawan penyakit yang sedang diubati.

Baru-baru ini Zoom ada melihat persembahan anak muda ini semasa AJL di TV, walaupun dalam kesakitan beliau tetap meneruskan persembahan.

Hendsome tak ?

November 28, 2009

(Cerita Artis)Faizal Tahir harap dapat buat persembahan di AJL 24 !!



Peminat Faizal Tahir nampaknya boleh menarik nafas lega. Faizal sudahpun keluar hospital sejak 21 November lalu yang sebelum ini disahkan paru-parunya mengalami jangkitan kuman yang dikatakan pada tahap awal, namun berita baiknya, dia tidak lagi batuk darah dan tiada sebarang kerosakan pada organ dalamannya.



Baca Selanjutnya

Meskipun begitu, paru-parunya masih lemah dan dinasihati doktor untuk kurang bercakap dan banyak berehat. Sebagai rawatannya, dia perlu banyak mengambil ubat termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit, dan berjumpa doktor sekali seminggu. Apabila dapat dipastikan kesemua kuman telah dihapuskan - Faizal tidak pasti bila - dia akan memulakan rawatan fisioterapi untuk pernafasan kerana pernafasan yang betul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi".

Bila ditanya tentang kebarangkalian dia akan membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) pada 10 Januari depan, Faizal hanya mampu berharap. Jelasnya, andai kata kuman-kuman itu dapat dihapuskan sebelum AJL24, dia masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Apa kata anda ?

November 20, 2009

(Cerita Artis) Faizal Tahir Muntah Darah !!!


Cerita ini berlaku semalam, zoom baru tahu hari ni yang Faizal Tahir di masukan di hospital..!!! jum zoom statement di Kosmo hari ini..!!!



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.

Menurut Pengurus Label syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian yang dihubungi Kosmo! semalam, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.

"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah,"
kata Edris.

Kredit Kosmo

Zoom KOmen : Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Faizal Cepat sembuh..!

November 17, 2009

(Cerita Artis) Faizal makan pil untuk hiburkan peminat ?


Selepas membuat persembahan di konsert "Fly FM's 4th Fly-Anniversary", Faizal Tahir, penyanyi yang tersohor ini telah mengakui bahawa terpaksa makan pil tahan sakit untuk menghiburkan peminat-peminatnya. Faizal, yang ditemui di konsert yang berlangsung di Central Park Avenue, 1 Utama, Bandar Utama pada minggu lepas, kelihatan masih bertenaga walaupun terpaksa menahan kesakitan.

Malah, pelantun lagu 'Bencinta' itu memberi tumpuan penuh kepada persembahan bertenaganya di atas pentas walaupun lutut kanannya masih belum pulih sepenuhnya. Biarpun pergerakan atas pentas agak terbatas, lontaran suaranya tetap memukau kira-kira 10,000 penonton yang tidak berganjak dari pentas walaupun hujan.

"Semasa berseronok di atas pentas, saya langsung tidak fikir tentang kesakitan pada lutut kanan atau samada saya telah berikan persembahan yang terbaik. Saya hanya ingin bergembira dan menghiburkan para hadirin. Selepas ini, saya kena makan pil penahan sakit semula apabila balik ke rumah," katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan sebagai artis undangan.



Baca Selanjutnya

Faizal turut mendendangkan Medley Michael Jackson termasuk Thriller, Smooth Criminal, Human Nature, Man In The Mirror, Black Or White, They Don't Care About Us dan Beat It. Beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya tahun ini, Faizal menjalani pembedahan lutut kanannya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur selepas tercedera kerana bermain futsal di 1 Utama. Kata Faizal, kecederaan lutut kanannya itu sudah berlarutan selama 11 tahun akibat bermain bola sepak.

Namun, Naib juara musim pertama rancangan realiti One In A Million (OIAM) ini tidak menyesal menjalani pembedahan sekarang kerana itu adalah tindakan terbaik.

"Saya sedar saya terpaksa membatalkan beberapa pertunjukan selepas pembedahan itu. Memang ia menjejaskan sumber pendapatan saya tapi saya tak nak membuat persembahan dengan bertongkat," jelas Faizal yang pada mulanya tidak menjalani pembedahan kerana bimbang ia akan mengganggu kerjayanya.

Ditanya sama ada kecederaan di lutut kanannya akan menjejaskan persiapannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2009 nanti pada 20 November ini, Faizal berkata:

"Saya tidak akan beraksi 'selincah' macam malam ini. Saya mungkin duduk sambil menyanyi," katanya yang pernah merangkul tiga anugerah untuk lagu 'Sampai Syurga' iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009.

Pada pertengahan tahun ini, Faizal juga merangkul empat anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik dan Artis Baru Terbaik.

Dalam perkembangan berkaitan, Faizal memberitahu dia mengeluarkan album baru pada bulan Disember ini. Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan tajuk album itu dan berharap dapat memuatkan 10 buah lagu dalam album terbarunya itu.

Zoom Komen: Semoga cepat sembuh...!!

November 13, 2009

(Cerita Artis) Penganjur RTW Jamin Tiada Insiden Buka Baju Lagi !!!




Tahun lalu heboh juga konsert RTW ( Rock The World ), disebabkan Radhi OAG membuka separuh depan bajunya dan bersongkok pada konsert rock yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Merdeka itu. Kes Radhi OAG ni panas macam kisah Faizal Tahir Superman kita tu..!!

Setahu Zoom Faizal Kena Gam 6 bulan tapi Radhi senyap je, malas nak komen tue urusan pihak yang berkenaan..

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

Apa pun lupakah kisah lama, yang terbaru Penganjur RTW akan berlangsung di Sunway Lagoon, berikut statement mengenai KOnsert pada 19 DEC ini..



Baca Selanjutnya

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

“Jadi, di kalangan penonton itu pasti ada yang basah. Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon ketika sidang media RTW9 di Sunway Lagoon, Selasa lalu.

Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas itu seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Zee Avi, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, Kugiran Di Tepi Pantai, dan Uzumaki.

Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, Evenstarr, Robot Asmara, dan Aku.

Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Azmyl Yunor, Karen Nunis Blackstone, Bo, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi.

Zoom KOmen: Zoom tak faham "Statement" Ini, dan kepada yang pergi berhati-hati jangan Khayall.. :P

"Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,”

Apa KOmen anda !!??

September 17, 2009

(Celebrity News) Faizal Tahir Balik Raya Lepas Bedah !!!!


PETALING JAYA: Artis yang terkenal dengan lagu popular 'Bencinta', Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampung halamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannya pagi ini.

Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalani pembedahan pada pagi ini.

"Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya kerana bermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama dan selepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.

"Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor, kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya, kecederaan lutut kanannya mungkin melarat," kata Haryadi ketika dihubungi di sini hari ini.

Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.

"Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnya kepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalam tempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.

"Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini," tambahnya.

Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya.

"Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapi kesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.

"Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jika tiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan dia ingin terus pulang ke Pulau Pinang untuk beraya sambil berehat," katanya.

Mstar

Zoom Komen: Semoga Faizal Cepat Sembuh, nanti balik kampung saper drive jangan Faizal Tahir ni yang drive dah la..!! macam mana la sampai macam tue..Lutut Tu dah lama kot kena macam tue..nasib baik main futsal..Kalau main padang besar lagi ganas macam kaki zoom ni kalau main futsal takut juga..silap sikit je bengkak..Kalau duit banyak boleh juga bedah..!!

September 05, 2009

(Gossip) Bibir Winnie K Pakai Botox !!!!!




Winnie menafikan dia pakai botox..dibawah ni temuramah winnie dengan wartawan..Tapi makin lama zoom tengok winnie nie makin comel and sexy.. :P

"SAYA tidak pernah memakai botoks! Ini bibir asli saya," kata penyanyi Winnie K atau nama sebenarnya Winnie Kok Mui Kuan menepis tohmahan di satu laman Internet bahawa dia memakai botoks untuk mendapatkan bibir gebu.

Sambil mempamerkan bibir kecilnya dan barisan giginya yang tersusun kemas dan rapat, Winnie K berkata, dia tidak mungkin memakai botoks untuk mendapatkan bibir seksi seperti selebriti Hollywood, Angelina Jolie.

"Tidak mungkin. Cuba tengok bibir kecil asli saya ini. Saya tidak sempat memakai gincu hari ini," kata Winnie yang ditemui sejurus selesai segmen 'Selebriti Room Istimewa Merdeka @ Suria FM Breakfast Show', semalam.

Winnie hadir bersama artis Faizal Tahir dan Jaclyn Victor. Deejay pula adalah Bob Ringgo dan Nizam. Segmen selama satu setengah jam tersebut bermula dari 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.

Apa-apalah winnie,saper pernah dengar lagu winnie ni..ok tak ?

Ogos 14, 2009

(Gambar) Faizal Tahir Dan Adiknyer !!!




Boleh Tahan Jugak Hendsomenye adik si Faizal ni..Lama Tak dengar citer bro sorang ni,U alls ada citer ker mengenai Superman kita ni..!!!

Julai 17, 2009

(Gossip) Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN !!


KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar)gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik(APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara(UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Zoom Comment: Alahai Kesian Nyer Kat Artis Kita NI,Duit Dah banyak Bayar Langsam jer kalau dip dalam 20 - 25k Jer kot..Duit Show dah banyak,Bayar separuh confirm boleh lepas kot..ada saper2 yang arif mengenai PTPTN NI..Zoom PUn Nak Cek PTPTN la..takut tak lepas kuar :P

Mei 21, 2009

Celebrities News : Faizal Tahir Dan wanita fanatik


Apabila popular Faizal Tahir turut diburu peminat fanatik. Faizal harus menjaga hati isteri di rumah dan juga dalam masa yang sama tidak mahu mahu mengecewakan peminat-peminatnya. Mereka juga perlu dilayan apabila ada ruang bersama peminat.

Ada ke peminat tergila-gilakan Faizal?

"Peminat saya belum gila dan mereka faham saya suami orang. Saya rasa peminat sekarang minda mereka lebih terbuka dan mereka menggilai bakat bukannya hal peribadi," kata Faizal.

Bagaimana dengan isteri?

"Apa yang saya lihat sekarang dia semakin memahami kerjaya saya saya bersyukur," jelas Faizal.

Nak tahu lebih lanjut? Segala-galanya ada dalam majalah Hai.

April 20, 2009

(Gambar) Gimik Persembahan Sampai Syurga Faizal Tahir @ AJL 23


Faizal Tahir membuat comeback dengan membolot 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Lagu Balada Terbaik. Dia berjaya membawa pulang lebih daripada Rm30 ribu berserta 3 buah trofi, syabas di atas kejayaan yang memberansangkan ini.

Tidak dinafikan, vokal Faizal Tahir di Anugerah Juara Lagu 23 malam tadi memang meremangkan bulu roma. Lagu Cuba & Sampai Syurga disampaikan dengan penuh berkesan, kalau tidak kerana Meet Uncle Hussain, mudah sahaja Faizal Tahir dapat membawa pulang kesemua trofi.

April 17, 2009

Konterversi Faizal Tahir !!!


Zoom Crewz pun tak tahu hendak kata apa lagi. Walau pun AJL 23 sudah lebih seminggu meninggalkan kita, namun cerita tentang Superman ni tak habis-habis. Sudahlah ada suara-suara sumbang mengatakan Faizal Tahir langsung tidak layak memenangi satu pun anugerah pada AJL 23 yang lalu. Mengapa sampai begitu? Pendapat MM lah, kalau kita tak minat seseorang itu (dengan apa jua alasan, jealous sebagai contohnya) tak payahlah kutuk atau hina seseorang itu sebegitu. Rezekinya hanya menang tiga anugerah dan bukan anugerah Juara Lagu, hendak buat macam mana?