September 05, 2009

(Gambar)Sharifah Aleya dan Suami Bersama Anak Kembar Mereka

Semasa Perkahwinan Leya Bersama Suami tersayang
Leya dan Muhammad Ashraf Aasimudin mendukung permata hati mereka, Aza dan Asha.
Muhammad Ashraf (kiri) mendukung Asha manakala Leya mendukung Aza.

Kehadiran Aza dan Asha menyerikan lagi rumahtangga Leya dan Ashraf

SETELAH lebih dua bulan melahirkan pasangan bayi kembar Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya akhirnya memperkenalkan pasangan bayi comel itu buat pertama kalinya kepada media, semalam.

Dalam majlis pengenalan bertempat di Kelab Sri Damansara itu, Leya menjelaskan sebab-sebab dia tidak dapat memperkenalkan bayi kembarnya kepada media lebih awal walaupun telah habis berpantang.

"Saya ingin menghabiskan masa beberapa minggu yang sangat istimewa itu bersama bayi-bayi kesayangan saya. Lagipun Aza dan Asha dilahirkan pra-matang. Ketika itu mungkin kurang sesuai untuk diperkenalkan kepada media," kata Leya yang turut ditemani suami tercinta, Muhammad Ashraf Aasimudin.

Leya selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi, 27 Jun lalu di sebuah hospital kerajaan.

Dia tidak dapat bersalin secara normal berikutan terdapat beberapa masalah yang menyebabkan terpaksa menggunakan kaedah ceasarean atau bersalin melalui pembedahan.

Doktor menasihatkannya menjalani pembedahan dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi ke atasnya dan juga bayi. Bayi pertamanya, Aza yang seberat 1.71 kilogram (kg) itu dilahirkan pada pukul 11.46 pagi, manakala yang kedua (Asha) pula seminit selepas itu dengan seberat 1.98 kg.

Bayi-bayinya itu ditempatkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi berikutan dilahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

"Apabila saya keluar dari hospital dua hari selepas bersalin, kami terpaksa tinggalkan Aza di hospital. Adalah menjadi polisi hospital tidak membenarkan bayi kurang daripada 1.8 kg untuk keluar dari hospital.

"Pada masa itu, saya perlu berulang-alik dari rumah saya di Sri Damansara ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap hari sehingga Aza boleh keluar.

"Bayi kat rumah pula pandai bermain dengan emosi... terutama ketika keluar dari rumah," ujar Leya sambil mengenangkan detik-detik kepayahannya selepas bersalin. Bagaimanapun, menurut Leya, segala-gala keperitan bergelar ibu amat berbaloi ketika bayi-bayi kesayangan didakap erat dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Zoom KOmen: Nak tau Makna Nama anak Leya

1- Asha berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'harapan'.

2- Aza pula diambil daripada nama arwah nenek saya sendiri, iaitu Sharifah Aza Aminah

Apa-apa la dik,jaga anak dan suami baik2 didik sebagai mana kita diamanatkan olehnya..insyallah anak Leya akan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman..!!