


Winnie menafikan dia pakai botox..dibawah ni temuramah winnie dengan wartawan..Tapi makin lama zoom tengok winnie nie makin comel and sexy.. :P
"SAYA tidak pernah memakai botoks! Ini bibir asli saya," kata penyanyi Winnie K atau nama sebenarnya Winnie Kok Mui Kuan menepis tohmahan di satu laman Internet bahawa dia memakai botoks untuk mendapatkan bibir gebu.
Sambil mempamerkan bibir kecilnya dan barisan giginya yang tersusun kemas dan rapat, Winnie K berkata, dia tidak mungkin memakai botoks untuk mendapatkan bibir seksi seperti selebriti Hollywood, Angelina Jolie.
"Tidak mungkin. Cuba tengok bibir kecil asli saya ini. Saya tidak sempat memakai gincu hari ini," kata Winnie yang ditemui sejurus selesai segmen 'Selebriti Room Istimewa Merdeka @ Suria FM Breakfast Show', semalam.
Winnie hadir bersama artis Faizal Tahir dan Jaclyn Victor. Deejay pula adalah Bob Ringgo dan Nizam. Segmen selama satu setengah jam tersebut bermula dari 7.30 pagi hingga 9.00 pagi.
Apa-apalah winnie,saper pernah dengar lagu winnie ni..ok tak ?