Cico dan isterinya, Nur Fuziana kini semakin bahagia dengan kehadiran Rindu Norfitrah, 8 bulanPERUBAHAN paling besar dalam diri pelakon Cico Harahap, 31, ketara dirasai sejak dia dikurniakan anak, Rindu Norfitrah, 8 bulan.
Anak comel yang lebih persis wajak Cico itu merupakan hasil perkahwinannya dengan wanita siam, Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziana Wirongrong Abdullah, 26, pada 25 Februari tahun lalu di Songkhla, Thailand.
Akui Cico, sejak dia dan Fuziana menimang cahaya mata yang pertama ini, rezeki mereka sekeluarga bertambah.
Dalam nada syukur, Cico berkata dia banyak meraih tawaran kerja lakonan berbanding tahun lalu.
“Tanggungjawab saya semakin berat setelah mempunyai anak dan isteri sekarang kerana saya mula bekerja dan hidup berkeluarga agak awal.
“Bila ada ‘baby’ semuanya agak cepat berlaku. Alhamdulillah, sekarang saya tak berhenti berlakon dan ada sahaja kerja yang ditawarkan..mungkin rezeki anak,” katanya.
Sepanjang tahun ini, Cico telah menerima tawaran berlakon seperti drama 13 episod ‘Biru Cinta Laguna’, teater ‘Mahsuri’, drama 13 episod ‘Hias Mutiara’, filem ‘Tiga Jalan’, filem ‘Merong Mahawangsa’ dan sebuah filem sejarah yang terpaksa dirahsiakan buat masa ini.
Mengimbau keperitan yang dilalui dahulu, kata Cico:
“Kalau dulu, macam-macam kerja yang saya lakukan. Kadangkala rezeki tak menentu dan dalam setahun tu ada dalam dua tawaran berlakon sahaja.”
Walaupun sibuk bekerja, Cico berkata kepalanya sentiasa teringatkan Rindu dan apabila selesai bekerja dia akan terus pulang ke rumah.
“Kalau boleh saya tak nak keluar rumah sebab kepala selalu ingat anak sahaja dan seboleh-bolehnya saya nak pulang cepat ke rumah setelah bekerja,” jelas Cico.
Alhamdulillah dengan adanya zuriat Cico rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah, berbanding tahun lalu.Betul juga kata orang tua-tua kalau ada anak nie rezeki akan bertambah kalau apa yang kita buat dengan niat yang betul.