
Anita Sarawak bergambar bersama suami, Mahathir Abdullah, selepas majlis pelancaran single raya 'Maafkan' di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott.

SIAPA yang tidak kenal dengan diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang telah lama berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air dengan lagu-lagu hitnya seperti 'Akhirnya Kini Pasti', 'Tragedi Buah Epal', 'Bawalah Daku Pergi' dan banyak lagi.
Sejak Pulang ke Malaysia tujuh tahun dahulu selepas 16 tahun menyanyi di Caesar's Palace di Las Vegas, Anita telah merakamkan dua buah album iaitu sebuah album Melayu bertajuk 'Seksis' yang melonjak sebagai album single terbaik dan sebuah album jazz Inggeris 'Another Dimension' yang menobatkannya semula sebagai diva seni tanah air.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Anita tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk 'Maafkan'. Setelah 43 tahun berkarya sebagai penyanyi, 'Maafkan' adalah lagu pertama Anita istimewa untuk Hari Raya.
Anita yang ditemui pada majlis pelancaran lagu 'Maafkan' yang berlangsung di Al-Halabi Lounge, Hotel J.W Marriott, Kuala Lumpur, mengatakan dia begitu terpesona dengan keindahan lirik dan lagunya malah begitu gembira untuk menyanyikannya. "Saya terpesona dari saat pertama saya mendengar lagu ini... Melodinya sungguh indah dan liriknya pula membuat kita memikirkan tentang anugerah kehidupan dan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.
"Saya mendapat inspirasi untuk merakamkan lagu ini daripada suami saya, Mahathir Abdullah, yang sentiasa hadir menyumbangkan idea-idea kreatifnya.
"Bagaimanapun, pujian patut diberikan kepada pencipta lagu ini iaitu Helen Yap, Johan Nawawi dan Haslan Hussain.
"Tidak lupa juga kepada pasukan penerbit yang membenarkan kami menyumbangkan idea dan sedikit perubahan dalam sesi rakaman," kata penyanyi yang berusia 57 tahun ini
Zoom KOmen: Zoom Tak tau la bila la Diva kita ni nak berubah,bukan nak kata apa umur semakin lama semakin dimamah usia.Tetapi penampilan dan muka Diva kita ini memang jelas sangat berbeza dengan paras rupa yang di anugerahkan olehnya.Dalam bulan puasa ni zoom malas nak komen banyak-banyak nanti makin kurang pose zoom..Apa pun zoom nak tau pandangan u alls mengenai kak nita ni..But we still wish kak Nita Sucess dalam industri tanah air yang kak nita ceburi sejak dulu lagie..!!!