Memaparkan catatan dengan label Suami Pelakon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suami Pelakon. Papar semua catatan

September 05, 2009

(Gambar)Sharifah Aleya dan Suami Bersama Anak Kembar Mereka

Semasa Perkahwinan Leya Bersama Suami tersayang
Leya dan Muhammad Ashraf Aasimudin mendukung permata hati mereka, Aza dan Asha.
Muhammad Ashraf (kiri) mendukung Asha manakala Leya mendukung Aza.

Kehadiran Aza dan Asha menyerikan lagi rumahtangga Leya dan Ashraf

SETELAH lebih dua bulan melahirkan pasangan bayi kembar Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya akhirnya memperkenalkan pasangan bayi comel itu buat pertama kalinya kepada media, semalam.

Dalam majlis pengenalan bertempat di Kelab Sri Damansara itu, Leya menjelaskan sebab-sebab dia tidak dapat memperkenalkan bayi kembarnya kepada media lebih awal walaupun telah habis berpantang.

"Saya ingin menghabiskan masa beberapa minggu yang sangat istimewa itu bersama bayi-bayi kesayangan saya. Lagipun Aza dan Asha dilahirkan pra-matang. Ketika itu mungkin kurang sesuai untuk diperkenalkan kepada media," kata Leya yang turut ditemani suami tercinta, Muhammad Ashraf Aasimudin.

Leya selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi, 27 Jun lalu di sebuah hospital kerajaan.

Dia tidak dapat bersalin secara normal berikutan terdapat beberapa masalah yang menyebabkan terpaksa menggunakan kaedah ceasarean atau bersalin melalui pembedahan.

Doktor menasihatkannya menjalani pembedahan dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi ke atasnya dan juga bayi. Bayi pertamanya, Aza yang seberat 1.71 kilogram (kg) itu dilahirkan pada pukul 11.46 pagi, manakala yang kedua (Asha) pula seminit selepas itu dengan seberat 1.98 kg.

Bayi-bayinya itu ditempatkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi berikutan dilahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

"Apabila saya keluar dari hospital dua hari selepas bersalin, kami terpaksa tinggalkan Aza di hospital. Adalah menjadi polisi hospital tidak membenarkan bayi kurang daripada 1.8 kg untuk keluar dari hospital.

"Pada masa itu, saya perlu berulang-alik dari rumah saya di Sri Damansara ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap hari sehingga Aza boleh keluar.

"Bayi kat rumah pula pandai bermain dengan emosi... terutama ketika keluar dari rumah," ujar Leya sambil mengenangkan detik-detik kepayahannya selepas bersalin. Bagaimanapun, menurut Leya, segala-gala keperitan bergelar ibu amat berbaloi ketika bayi-bayi kesayangan didakap erat dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Zoom KOmen: Nak tau Makna Nama anak Leya

1- Asha berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'harapan'.

2- Aza pula diambil daripada nama arwah nenek saya sendiri, iaitu Sharifah Aza Aminah

Apa-apa la dik,jaga anak dan suami baik2 didik sebagai mana kita diamanatkan olehnya..insyallah anak Leya akan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman..!!

Ogos 22, 2009

(Mahkamah) Suami Noniswara Mencederakan Isterinya !!


KUALA LUMPUR: Seorang tokoh korporat mengaku tidak bersalah mencederakan bekas isterinya.

Datuk Rosman Ridwan yang mengahwini seorang aktres baru-baru ini didakwa sengaja mencederakan Azura Ibrahim di sebuah plaza membeli-belah di Jalan Bukit Bintang kira-kira 12.30 p.m. pada 8 April 2005.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan.

"Aduan pertama kali dibuat pada 2005, pada hari insiden tersebut didakwa berlaku.

Ketika meninggalkan mahkamah majistret di sini semalam, Rosman menggunakan jaketnya untuk menyembunyikan wajahnya apabila kamera dan video difokuskan kepadanya.

Pada 31 Julai lalu, Rosman bernikah dengan aktres tempatan Noniswara Baharudin, 39 yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulunya.

Rosman yang bercerai setahun yang lalu mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya.

Baru lepas kahwin dah ada kes...kesian..

Ogos 12, 2009

(Celebrity News) Sabrina Anak Dan Suami Bahagia !!!!


Memang Jarang kita dengar gossip dan konterversi artis bernama Sabrina ini
HAri ni zoom nak share gambar Sabrina dengan anaknyer..Zoom boring giler duk rumah.Air tak der,Kena Mandi Kat Surau La jawab nyer..Hari ni kena UL sbb tak der air hahahahahahhahaah lucu tapi benar..dah lupakkan je la !!! Sabrina ni kalau berlakon mmg tabik spring kat Dia..Kebanyakan lakonan yang di pegangnya memang menjadi.

Baru Zoom TAu sabrina ni anak BUah Dato Yusof Haslam,berikut temubual wartawan dengan sabrina:,

"Impian saya untuk menjadi penari profesional, tetapi tidak kesampaian jadi apabila mama membenarkan menceburi dunia lakonan, saya perlu menjaga kepercayaan diberikan mama dengan baik.

"Mulanya mama menemani saya ke lokasi, lama-kelamaan dia tak larat menunggu saya habis berlakon sehingga dinihari.

"Mama pun tengok saya tidak menyalahgunakan peluang yang diberi dan sudah faham jadual kerja saya, barulah mama berani melepaskan saya bersendirian. Selain menjaga nama baik mama, saya juga perlu menjaga nama baik bapa saudara yang juga adik mama, Datuk Yusof Haslam.


Kini selepas bergelar isteri, kehidupannya tambah bahagia dengan kelahiran cahaya mata sulung, Ariyana, 2. Berumah tangga membuatkan Sabrina sibuk menguruskan suami dan anak serta terus terhindar daripada cerita yang tidak baik.

Ogos 06, 2009

(Gambar Lama) Ning Baizura Manja Disamping Suami !!


Sorry La lambat post Gambar ni, Nie pun Gambar Lama kat dalam satu laman Web tue,Cilok sket nak bagi pembaca2 baru tengok bertapa mesranya Diva Ning kita ni dengan husband..Semoga berbahagia ke akhir hayat..!!!

Jun 29, 2009

(Gossip) Fasha Sandha Dalam Cat Fight, Ditampar Mat Salleh


Gosip ini datang’nya daripada seorang forumer Cari (xhitorix), yang mengata’kan bahawa seorang rakan’nya terserempak dengan Fasha Sandha di’ Hartamas.

Al-kisah’nya, sewaktu rakan ini sedang lepak makan di’ Bestari Hartamas, tiba-tiba sebuah kereta Bentley hitam yang di’pandu oleh Rizal masuk ke kawasan tersebut. Keluar’lah seorang wanita bernama Fasha Sandha dari kereta tersebut. Pada masa yang sama, ketika Rizal sedang reverse kereta, beliau hampir-hampir terlanggar 3 wanita mat salleh.


Salah seorang mat salleh pergi’lah sound Rizal yang berada dalam kereta. Ntah apa kena dengan Fasha, tiba-tiba dia melenting & mula menolak salah seorang wanita mat salleh tersebut. Konon’nya, si Fasha Sandha ini hendak tunjuk caring’nya kepada Rizal, mana tahu alih-alih dia sendiri kena cepuk tepat kat muka dengan si minah mat salleh itu.

Ada sedikit Cat Fight yang berlaku, di’mana Fasha asyik heboh bahawa dia naik kereta Bentley (Ok, fine, kami tahu Bentley mahal). Perempuan mat salleh tersebut jerit balik kepada Fasha, “Who cares about a Bentley”, $%^^^%$ (ayat carutan yang kami dapat agak, tapi tidak di’ketahui mana satu)

Selepas itu, seorang lelaki menolak Fasha masuk ke dalam kereta & mengarah’kan Rizal untk beredar dari situ.

P/s: Cerita eksklusif, tak lama lagi mesti keluar paper.