Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”
Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”
Memaparkan catatan dengan label Family Artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Artis. Papar semua catatan
April 05, 2011
November 14, 2010
[STORY] Diam Ketika Maka
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"
Labels:
Cerita Lawak,
Cerita Lucu,
Family Artis,
Funny,
Lawak Keluarga,
lucu
November 05, 2009
(Gambar) Manja Mawi Dan Ikin !!!!
Alahai manja nyerr suami isteri berdua ini....!!! Semoga Bahagia hingga ke akhir hayat..!!
Baca Selanjutnya
Mawi, Raja SMS Malaya sepi tanpa sebarang berita dan gosip. Mungkin terlalu sibuk menguruskan kedai butik dia bersama Ekin. Mereka selalu sahaja ditemui di mana-mana majlis penting. Cuma itulah perkembangan mereka berdua. Yang ni pun kiriman untuk peminat mereka yang mahu melihat aksi manja mereka berdua sambil makan roti bersama.
Apa Komen anda..!!!
Labels:
Akademi Fantasia,
Artis Malaysia,
Celebrity News,
Family Artis,
Gambar Artis,
Ikin,
Keluarga,
Mawi,
Penyanyi
Oktober 21, 2009
(Gambar) Khai, Rosma dan anak Terbaru !!!
Comelnyer anak Khai Dan rosma ni, ini gambar terbaru Khai dan rosma di Majalah Media.Dah besar sikit ni rasa-rasa muka saper..Macam muka rosmah jer, Khai kurang sket..!!
Baca Selanjutnya
Daripada gambar zoom dapat rasakan kebahagian keluarga ini, semenjak kahwin desas desus gossip mengenai keluarga AF ini jarang malah tak kedengaran di dada2 akhbar dan ruang gossip..!! Apa KOmen ANda !!!?
Baca Selanjutnya
Daripada gambar zoom dapat rasakan kebahagian keluarga ini, semenjak kahwin desas desus gossip mengenai keluarga AF ini jarang malah tak kedengaran di dada2 akhbar dan ruang gossip..!! Apa KOmen ANda !!!?
Labels:
Akademi Fantasia,
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Baby,
Bayi,
Family Artis,
Gambar Artis,
Ibu Artis,
Keluarga,
Keluarga Artis,
khai,
Penyanyi,
Rosma
Oktober 17, 2009
(Cerita Artis) Dynaz Mokhtar mengandung Lagi !!!
Alhamdulillah Dynaz Mokhtar dan mengandung lagi, pelakon yang pastinya menjadi ingatan penonton di kaca TV dalam Cerita Seram Bersama Dukun "Degawan" :P, pasti anda masih ingat lagie peristiwa pahit melanda pelakon wanita yang berkaliber ni.Sebelum ini beliau keguguran disaat menanti kelahiran anak ke-2. Semoga anak yang kedua ini akan berada dalam keadaan sihat walafiat..
Baca Selanjutnya
Sama-samalah kita doakan kebahagian beliau..!!!
Baca Selanjutnya
Sama-samalah kita doakan kebahagian beliau..!!!
Labels:
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Dynaz,
Family Artis,
Gambar Artis,
Pelakon Malaysia
September 24, 2009
(Celebrity News) Suami Sazzy Falak Gunting Rambut Macam David Beckham !!!
Sazzy Falak dan suami, Nadzril Idrus, tidak mengadakan majlis rumah terbuka kerana ketiadaan pembantu rumah menyukarkan kerja mereka.Selain suasana baru dalam rumahnya, Sazzy mengatakan ada lagi kelainan pada raya tahun ini di mana suaminya telah memotong pendek rambutnya agar kelihatan seperti David Beckham.
"Raya tahun ini juga suami saya telah potong rambut pendek... sebab dia nak jadi macam David Beckham.
"Lagipun saya yang suruh dia potong pendek macam tu... sebab saya suka tengok dia berambut pendek dari berambut panjang," katanya.
Sazzy juga mengatakan dia dan suaminya telah beraya tanpa henti di sekitar Kuala Lumpur untuk menziarah sanak saudaranya kerana kebanyakan mereka menetap di Kuala Lumpur.
Zoom Komen: Huh Macam rambut Beckham ker !! Tak nampak sebab pakai songkok, kalau ada nanti zoom upload kan..!!! kesian kat Sazzy ni time raya pulak bibik dia berhenti kerja..terpaksala kemas dan ubah suai rumah bersama suami dah mak mentua..!!! apa pun duit banyak takk kisah semua boleh buat.Tak macam zoom 3 hari beraya bawa kete je !!! Zoom beraya kat Nogoriiii Jer.. U alls ? share la sikit !!
September 23, 2009
(Gambar) Amy Mastura, Suami Dan Anak-anak !!!

Comel Dan Segak Keluarga Akak Amy Mastura ini,Makin berusia makin matang dan comel pulak..Nanti anak-anak dia sure macam adik beradik jer :)
Labels:
Amy Mastura,
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Family Artis,
Gambar Artis
September 17, 2009
(Celebrity News) Amy Search Dengan Anak Lelakinya !!!


PASTINYA hari lebaran tahun ini begitu menggembirakan buat lagenda rock tanahair, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, apabila isterinya Norhasniza Hassan (Norish)telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 3.55 petang semalam di Hospital Gleneagles, Ampang.
Malah Amy melahirkan rasa kesyukurannya setelah anak kelimanya Qaqa At-Tameemi selamat dilahirkan seberat 3.5 kilogram. Norish telah melahirkan Qaqa secara pembedahan.
Amy yang dihubungi mStar Online, mengatakan dia begitu bersyukur masih dikurniakan cahaya mata kerana Amy tidak menjangka selepas usianya menjangkau 50 tahun dia akan memiliki cahaya mata lagi.
"Saya sangat bersyukur setelah Qaqa selamat dilahirkan, saya sendiri tidak menjangka akan mendapat cahaya mata lagi selepas usia saya menjangkau 50.
"Saya tidak pernah bercita-cita untuk ada anak lagi selepas umur saya sekarang ini, tetapi rezeki yang Tuhan beri pada saya dan saya amat bersyukur," katanya.
Ditanya mengenai makna yang terdapat pada nama anaknya, Amy mengatakan dia memilih nama Qaqa At-Tameemi itu adalah kerana tertarik dengan kisah Ketua Tentera Islam, Qa'qa bin Amr Al-Tameemi yang cukup disegani.
"Makna pada nama anak saya ini adalah ruang kesempurnaan atau dalam sesetengah buku lain bermaksud kehidupan sempurna.
"Nama ini saya yang pilih dan saya ambil dari salah sebuah buku yang berjudul 'The Great Muslim Commander' yang saya beli ketika berada di Madinah.
"Buku itu menceritakan mengenai sejarah pejuang-pejuang Islam dan saya tertarik dengan cerita mengenai Ketua Tentera Islam, Qa'qa bin Amr Al-Tameemi," jelas Amy.
Amy turut mengatakan, dia tidak akan membuat sebarang persiapan raya kerana ingin menumpukan perhatian kepada isteri dan anak-anaknya.
"Tahun ini tiada sebarang persiapan raya... saya hendak tumpu kepada isteri dan anak-anak saya.
"Saya pun tidak merancang untuk balik beraya ke kampung, tambah dengan keadaan isteri saya, jadi tahun ini cuma akan beraya di Kuala Lumpur saja.
"Rumah terbuka pun tak pasti lagi akan dibuat, cuma jika ada saudara mara atau rakan-rakan yang ingin melawat kami alu-alukan," kata penyanyi utama kumpulan Search ini.
Amy yang pernah berkahwin sebanyak tiga kali, kini telah mempunyai lima orang anak hasil perkahwinannya dahulu dan kini. Nabila Huda anak sulung Amy hasil perkahwinan pertama. Perkahwinan seterusnya melahirkan seorang lagi anak perempuan, Alisha.
Amy telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 5, Sania Samara, 4 dan terbaru Qaqa At-Tameemi, 2 hari bersama isterinya Norish.
September 16, 2009
(Gambar) Dato Siti Adik Dan Kakak Siapa Comel/Cute/Sweet ?

Diantara tiga orang adik beradik ni, siapa yang anda rasa paling comel dan terlentok lebih :) sure la Dato Siti..Kesian artis tiga beradik ni, tahun ini beraya tanpa ayah tersayang.Apa pun masing-masing dan ada suami kecuali si adik ni..Mungkin tengah cari kot...!! jangan cari Dato "Z" dah..!!! ok alls ada keje sket komen la apa-apa yang patut..!!
September 05, 2009
(Gambar)Sharifah Aleya dan Suami Bersama Anak Kembar Mereka
Semasa Perkahwinan Leya Bersama Suami tersayang
Leya dan Muhammad Ashraf Aasimudin mendukung permata hati mereka, Aza dan Asha.
Muhammad Ashraf (kiri) mendukung Asha manakala Leya mendukung Aza.
Kehadiran Aza dan Asha menyerikan lagi rumahtangga Leya dan Ashraf
SETELAH lebih dua bulan melahirkan pasangan bayi kembar Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya akhirnya memperkenalkan pasangan bayi comel itu buat pertama kalinya kepada media, semalam.
Dalam majlis pengenalan bertempat di Kelab Sri Damansara itu, Leya menjelaskan sebab-sebab dia tidak dapat memperkenalkan bayi kembarnya kepada media lebih awal walaupun telah habis berpantang.
"Saya ingin menghabiskan masa beberapa minggu yang sangat istimewa itu bersama bayi-bayi kesayangan saya. Lagipun Aza dan Asha dilahirkan pra-matang. Ketika itu mungkin kurang sesuai untuk diperkenalkan kepada media," kata Leya yang turut ditemani suami tercinta, Muhammad Ashraf Aasimudin.
Leya selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi, 27 Jun lalu di sebuah hospital kerajaan.
Dia tidak dapat bersalin secara normal berikutan terdapat beberapa masalah yang menyebabkan terpaksa menggunakan kaedah ceasarean atau bersalin melalui pembedahan.
Doktor menasihatkannya menjalani pembedahan dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi ke atasnya dan juga bayi. Bayi pertamanya, Aza yang seberat 1.71 kilogram (kg) itu dilahirkan pada pukul 11.46 pagi, manakala yang kedua (Asha) pula seminit selepas itu dengan seberat 1.98 kg.
Bayi-bayinya itu ditempatkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi berikutan dilahirkan seminggu lebih awal daripada tarikh sebenar.
"Apabila saya keluar dari hospital dua hari selepas bersalin, kami terpaksa tinggalkan Aza di hospital. Adalah menjadi polisi hospital tidak membenarkan bayi kurang daripada 1.8 kg untuk keluar dari hospital.
"Pada masa itu, saya perlu berulang-alik dari rumah saya di Sri Damansara ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setiap hari sehingga Aza boleh keluar.
"Bayi kat rumah pula pandai bermain dengan emosi... terutama ketika keluar dari rumah," ujar Leya sambil mengenangkan detik-detik kepayahannya selepas bersalin. Bagaimanapun, menurut Leya, segala-gala keperitan bergelar ibu amat berbaloi ketika bayi-bayi kesayangan didakap erat dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Zoom KOmen: Nak tau Makna Nama anak Leya
1- Asha berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'harapan'.
2- Aza pula diambil daripada nama arwah nenek saya sendiri, iaitu Sharifah Aza Aminah
Apa-apa la dik,jaga anak dan suami baik2 didik sebagai mana kita diamanatkan olehnya..insyallah anak Leya akan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman..!!
September 02, 2009
(Gossip) Kris Dayanti Kini Janda !!!!


HUh Hot Juga cerita Si KD atau Kris Dayanti ni,Mana tak nyer didalam Mahkamah Yang menjadi Saksi Anak Sulun KD.Anak KD Nampak KD nie bawa jantan masuk bilik semasa Suami ANang Tidak ada di rumah.Menurut sumber Metro Hari ini ( 2/9/2009 ) KD ni dah banyak kali buat hal dengan ada jantan2 lain..Malah gossip lain seblum ini menyatakan KD mempunyai anak dengan seorang scandal..HUh diam2 bergossip Panas juga si KD ni erkk....!!! menurut sumber jugaaakkk Jantan baru KD berasal Dari Timur Lestee..Sure Jantan kaya kot :) kot2 la...apa komen u alls mengenai Kris Dayanti ni ? Dato CT nasihatkan la teman Dato ni...!!!
(Gambar) Datuk Shaheila Abdul Majid Atau Sheila Majid Dan Keluarga

Lama tak dengar cerita Sheila Majid ni..Huh dah besar panjang anak2 Sheila Majid ni..Menurut sumber yang boleh di percayai Sheila Majid dah ada business menjual kuih dalam internet..Ada sapa2 yang tau laman Web Tak ? kalau ada boleh Zoom link kat sini..Shiela pun ada Kedai Pruduk KEcantikan dan yang terbaru di Cawangan Parkson SUnway...kepada sesiapa yang nak mencantikan diri tue pergi la..:P zoom tak nak dah putih and hendsome dah :)
Labels:
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Celebrity News,
Dato,
Family Artis,
Gambar Artis,
Keluarga,
Penyanyi,
Sheila Majid
(celebrity News) Aeen Sunyi Lepas Ekin Kahwin !!!

Kesian Aeen ni,yer la Lahir sama-sama tapi kahwin sorang2 dah setahun dia menyimpan rasa kesunyian tue dengan seseorang Jejaka.Siapalah Jejaka Hendsome tue erkk,Zoom selalu tengok Aeen ni datang kat rumah pak sedara Mawi satu tempat tinggal dengan Zoom.Diantara Ekin dan Aeen, Aenn Lagi comel sebab putih and sweet..Rugi nyerrrr tak dapat Aenn ni..Nak buat macam mana Pak Duds yang dapat...SUre macam Dato K, MIsai Lebat kot :)
Labels:
Adik Artis,
Aenn,
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Cewek,
Family Artis,
Penyanyi,
perkahwinan
Ogos 31, 2009
(Celebrity News) Anak Comel Sasha Elite


Shasha selamat melahirkan anak lelaki bernama Adam Aryasennabaru-baru ini (tarikh sebenar tidak kami ketahui). Comel Juga anak Sasha dah Solyo ni erkk,Mana tak nyer kacuk demi kacuk maka menjadi la Adam Aryasenna.. Tang Senna yang tak tahan ..Teringat zoom Pengusti WWF tue... JOhn Seennaaa hehehe ..Apa2 pun tahniah di ucapkan..
Kepada pembaca yang belum kahwin tue nak kacuk dengan apa ? jangan NIger dah la...Nanti sure Hitam rambut kerinting :) fikir2kan la wahai bakal Ibu...
Labels:
Anak Artis,
Artis Indonesia,
Artis Malaysia,
Family Artis,
Gambar Artis,
Keluarga,
Sasha Elite,
Solyo
Ogos 22, 2009
(Gambar)Wajah Terbaru Engku Emran Botak ,Erra Dan Alisya

Ni gambar Engku Emran,Erra DAn Si COmmel dalam rancangan Ac Mizal.Comel tak ?
Dan Hendsome tak Ayah dia ? Erra jangan cakap memang Cantik...Live Sama je..Hari tu gi opis zoom..Nak amik gambar segann la pulak..apa2 pun layan la gambaar engku imran dah keluarganya



Ogos 14, 2009
(Celebrity News) Siti,Keluarga Syahdu Tanpa "Abah"

Ini keluarga Datuk SIti Nurhaliza menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa arwah bapanya yang kini sudah tiada. Mereka membayangkan suasana syahdu pada hari raya nanti, khususnya apabila terkenangkan gelagat arwah setiap kali menyambut hari raya.
"Memang Siti terasa sayu dan rindukan saat manis bersama awrah abah. Bulan puasa juga banyak kenangan Siti bersama arwah abah," kata Siti kepada wartawan majalah Harmoni edisi istimewa Aidilfitri yang kini sudah ada di pasaran.
Siti bersama ibu, Siti Salmah Bachik, kakak, Saida dan adiknya Saerah menjadi penghias majalah berteraskan isu wanita yang semakin hari semakin hangat di pasaran itu.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Siti dan keluarga jangan lupa dapatkan di pasaran. Edisi istimew setebal 148 mukasurat dijual dengan harga RM7.00.
Selain kisah Siti, ada juga kisah keseronokan pasangan yang baru bergelar suami isteri menyambut hari raya bersama seperti Mawi-Ikin, Darling-Azlin, Catriona-Shaharuddin serta pasangan Yatt-Taib.
"Hari raya tahun ini tentulah Siti rindu nak bersalam dan bermaaf-maafan dengan abah. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan," katanya yang merancang menyambut 1 Syawal di Kuala Lipis tahun ini.
Ibunya juga berharap tahun ini anak-anak dapat berkumpul di kampung menjelang hari raya. Dia berusaha menguatkan semangat walaupun sedih mengenangkan kenangan manis semasa bersama yang kini telah tiada.
Saida pula terkenang gurau senda arwah abahnya kerana dia dan arwah kerap bergurau.
"Abah sendiri gelar Ida `yang goreng' kerana mulut banyak cakap. Ida bersykur sebab abah sempat beri restu untuk Ida menjadi artis," katanya.
Saerah pula meluahkan rasa terkilan sebab abahnya tidak sempat melihat dia berkahwin.
"Bila anak bongsu perempuan abah nak kahwin? Kalau boleh abah nak jadi wali masa Erah kahwin nanti," kata Saerah terkenang kembali kata-kata abahnya.
Kalau nak tahu lebih lanjut cerita keluarga Siti menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jangan lupa dapatkan majalah Harmoni terbitan Utusan Karya di pasaran.
Ogos 08, 2009
(Gambar)Anak Rusdi & Sharon



Inilah anak Rusdi Ramli hasil perkahwinan dengan pencipta lagu Sharon Paul. Sihatnya anak mereka.
Mereka berkahwin pada 17 November tahun lalu dan menimang anak pertama minggu ini. Rusdi memiliki seorang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Ogos 07, 2009
(Gambar) Anak Erra " Aleeya" Terbaru Di Konti Suria FM !!


Inilah gambar baru Aleesya semasa dibawa ke konti radio Suria FM. Stesen radio tempat bapanya Engku Emran bekerja sebab bapanya CEO di stesen itu.
Bukan saja-saja dibawa melawat konti sebaliknya tiga beranak itu ke udara dalam satu rancangan khas dan eksklusif Erra bersama anaknya di konti radio pagi ini bersama pengacara meletup Tuan dan Zizi.
Comel JUga ANak Erra ni erk, banyak ikut muka ayah dia ke ibu dier ni? korang teka la sendiri..Zoom Rasa Banyak Kat Muka Ayah DIa..Macam Bebudak Kat Opis NI cakap Muka ayah dier :P
(Gambar) Melisa Saila & 3 org anaknya



Melissa Saila , 37 tahun yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 16 Jun lalu belum habis pantang tatkala penulis dan jurugambar ke rumahnya baru-baru ini. Namun begitu, dia tetap memberikan kerjasama yang baik. “Saya jenis yang aktif dan tak suka duduk diam. Kalau ‘berehat’ terlalu lama, saya akan mula sakit-sakit,” ujarnya sambil menyambung cerita tentang bayi barunya Zahrah. “Saya bersyukur kerana anak ketiga saya, Zahrah selamat dilahirkan. Yang seronoknya sebab Zahrah lahir dengan berkongsi tarikh yang sama dengan abangnya Zain. Jadi, nanti bolehlah menyambut ulang tahun sekali.
“Buat masa sekarang, rasanya cukuplah dahulu dengan tiga orang cahaya mata. Bukan nak merancang cuma kalau boleh saya mahu melihat mereka membesar dan beri perhatian sepenuhnya sebelum memikirkan untuk menambah ahli keluarga baru,” kata Melissa yang melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan sama seperti anak pertama dan keduanya.
Akuinya, selepas berpantang dia akan meneruskan kembali karier nya dalam bidang seni. Melissa yang sebelum ini pernah berlakon dalam teater P. Ramlee Muzikal musim ke2 kini mengorak langkah ke hadapan apabila membuka sebuah syarikat produksinya sendiri dengan suaminya, Megat Fauzi.
“Segala-galanya bermula ketika kami menyertai satu pertandingan filem pendek sekitar 2007 yang mana suami menulis skrip untuk filem tersebut. Dari situ timbul minat nak buka syarikat produksi sendiri. Alhamdulillah, kini kami sudah pun memilikinya yang diberi nama Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd dan bakal beroperasi di Taman Tun Dr Ismail tak lama lagi.
Zoom COmment : Dah ada Anak Tiga,dah ok la tue..ada yang dah kahwin lama dah tapi dapat sorang pun tak der...Tahniah untuk anda semoga menjadi seorang ibu yang baik walaupun sibuk berkerja...U alls pun same la..Ibu2 yang baca Zoom !!! :P
Labels:
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Family Artis,
Gambar Actress,
Keluarga,
Melissa
Julai 18, 2009
(Gambar) Anak Rosma Dan Khai -=Baby Boy=-

OK u alls,Zoom hanya daoat gambar ni je,kalau zoom jumpa lagie gambar anak rosma dah khai Akademi Fantasia ni,zoom akan UPload k,Apa2 pun layan la dulu gambar seketul ni.

Sekarang Rosma dah Khai dah bergelar mummy dan daddy. Rosma selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pukul 5.35 pagi ini di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bayi seberat 2.75kg itu dinamakan Muhammad Amzar Danish (Yang Mulia Dan Bijaksana) yang dilahirkan secara normal dan sihat.
Rosma mengakui rasa seronok bergelar ibu ialah satu perasaan yang susah mahu digambarkan. Keseronokannya tidak dapat dijelas dengan kata-kata.
"Saya tak merancang mengambil pengasuh sebab saya mahu mengasuh sendiri anak saya. Lagipun sekarang ini banyak sangat kita dengar kes melibatkan pengasuh baby," kata Rosma.
Tahniah kepada Khai dan Rosma yang dah bergelar bapa dan ibu. Semoga menjadi ibu bapa contoh.
Labels:
Akademi Fantasia,
Anak Artis,
Celebrity News,
Cerita Artis,
Family Artis,
Gambar,
khai,
Rosma,
Selebriti
Langgan:
Catatan (Atom)



