Memaparkan catatan dengan label Dynaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dynaz. Papar semua catatan

Oktober 19, 2010

Majlis Potong Jambul Baby Dynaz , Khyra Khalyssa

Majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dres kecil labuh berwarna putih. Meriah dengan kedatangan sanak saudara serta sahabat handai, majlis tersebut sepatutnya berlangsung lebih awal.

Februari 22, 2010

(Cerita Artis) Dynas Masih berpantang ketika mengandung !!

Wan Intan Edrinaz Wan Mokthtar atau lebih dikenali sebagai Dynas, aktres jelita ini kini sedang sarat mengandung tujuh bulan menghitung hari menunggu kelahiran bayi pertamanya.

Peristiwa keguguran yang dialami pada tahun 2008 lalu memberi kesan kepada Dynas untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap pergerakannya. Amalan berpantang mengikut adat Melayu, Cina dan India dipraktikkan menurutnya bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Dynas memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan termasuk membeli pakaian atau keperluan bayi apabila ditanya tentang persiapan menyambut ahli baru pada bulan hadapan.

Dynas turut memberitahu dirinya terasa sungguh istimewa apabila mendapat perhatian dari orang sekeliling terutamanya ketika membeli-belah atau bersiar-siar. Isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini juga mengambil langkah untuk berehat selama empat bulan dari sebarang aktiviti seni bagi menunggu kelahiran bayinya.

Dynas yang baru pulang dari percutian di Melbourne, Australia pada bulan lalu menganggap percutian tersebut sebagai bulan madu kedua bersama suami tercinta sebelum kelahiran cahaya mata mereka.

Disember 05, 2009

(Cerita Artis)Dynaz Tak Selesa Dengan Peningkatan Berat Badan


Wan Intan Edrinaz Wan Mokthtar atau lebih dikenali sebagai Dynaz kini bangkit dari peristiwa pahit setelah mengalami keguguran awal tahun ini apabila disahkan mengandung untuk kali kedua. Walaupun perasaan gembira dan teruja untuk menimang cahaya mata, Dynaz mengakui perasaan takut masih menyelubunginya.

Dynaz kini lebih berhati-hati dalam setiap aktiviti yang dilakukan, apatah lagi kandungannya sudah berusia empat bulan. Begitu juga dengan orang di sekeliling yang mengambil berat tentang keadaan model tinggi lampai yang sedang mengandung ini.



Baca Selanjutnya

Isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini, berkata dia tidak terlalu ghairah membuat perancangan sebaliknya ingin menikmati saat-saat kehamilan ini dengan ceria. "Kali ini, saya tidak merancang apa-apa. Apa yang berlaku dahulu sudah tertulis dan ia menguatkan lagi diri saya. Saya mahu menikmati pengalaman ini," katanya yang kini sibuk dengan pengambaran drama "Di Bawah Ketiak Isteri".

Menurut Dynaz, apa yang lebih mengembirakan ialah orang di sekeliling tidak kira siapa, mengambil berat dengan keadaannya walau di mana juga beliau berada. Peminat-peminatnya juga mengirimkan email dan menitipkan kata-kata nasihat di blog dan Facebook.

"orang di sekeliling sentiasa ingatkan saya jangan kerja terlalu kuat dan jangan berlari. Saya selesa dengan perhatian yang diberikan. "Tapi saya memang seorang yang aktif. Saya tidak boleh duduk saja di rumah. Doktor juga menasihatkan, kalau saya tiba-tiba ubah cara kehidupan saya, bimbang juga jika badan saya tak biasa,"
jelas Dynaz. Sejak kandungan pertama dahulu, Dynaz amat menjaga pantang larang semasa mengandung. Menariknya, pantang yang diikuti bukan saja pantang orang Melayu malah pantang orang Cina juga, selagi tidak menjejaskan kesihatannya.

"Tengok saya moden tapi bab pantang ini, saya sangat tradisional. Ada juga kawan India yang memberi tips pantang larang dalam masyarakat mereka tapi tengoklah, kalau tak penting atau tak relevan, saya tak ikut,"
kata Dynaz yang tidak mengalami sebarang alahan ketika mengandung.

Dynaz juga merancang percutian dua minggu di Melbourne untuk menyambut tahun baru dan berehat selepas tamat pengambaran drama “Di Bawah Ketiak Isteri 2”. Secara jujur dia tidak berasa selesa dengan peningkatan berat badannya. Sejak mengandung, berat badan Dynaz sudah mencecah 64 kilogram. Ketika kandungan pertama dahulu Dynaz sudah terbiasa memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat 'catwalk' dalam acara modeling.

"Dahulu, selepas saja saya habis pantang, hari-hari saya ke gim. Saya akan cuba sedaya-upaya untuk kembali ke bentuk asal badan saya,"
ujar Dynaz yang masih aktif dalam bidang peragaan.

Ketika ditanya tentang persiapan menyambut bakal cahaya matanya, Dynaz memberitahu tiada persiapan yang akan dilakukan sehingga selepas kandungannya memasuki lapan bulan.

"Tidak ada persiapan yang dibuat kerana kami masih lagi menyimpan barangan bayi yang telah dihadiahkan kepada kami sebelum ini. Jadi, tak perlu membazir membeli yang lain,"
katanya.

Oktober 17, 2009

(Cerita Artis) Dynaz Mokhtar mengandung Lagi !!!


Alhamdulillah Dynaz Mokhtar dan mengandung lagi, pelakon yang pastinya menjadi ingatan penonton di kaca TV dalam Cerita Seram Bersama Dukun "Degawan" :P, pasti anda masih ingat lagie peristiwa pahit melanda pelakon wanita yang berkaliber ni.Sebelum ini beliau keguguran disaat menanti kelahiran anak ke-2. Semoga anak yang kedua ini akan berada dalam keadaan sihat walafiat..





Baca Selanjutnya

Sama-samalah kita doakan kebahagian beliau..!!!

Ogos 17, 2009

(Gossip) Zulhuzaimy dan Dynas di Tolak Pengarah Seberang !!



Teater Impak Maksima The Musical akan dipentaskan di Singapura selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Tapi nampaknya untuk pementasan itu, barisan pelakonnya bertukar.

Dengar-dengarnya bukanlah kehendak produksi di sini, sebaliknya pemilihan oleh pihak di Singapura yang mahu menukar beberapa pelakon untuk kesesuaian dengan kehendak mereka. Antara nama popular yang digugurkan ialah Zulhuzaimy dan Dynas.

Pengarahnya jadi serba salah untuk memberitahu sendiri pelakon-pelakonnya. Takut mereka terguris. Tapi apa nak buat, pementasan di sana bukanlah terbitan mereka sebaliknya pihak sana yang mahu mementaskannya. Malah ia juga turut melibatkan pelakon negara seberang tambak itu.

Tempat Zul akan digantikan dengan pelakon baru yang sedang hangat Kamal Adli dan tempat Dynas pula bakal diisi oleh Wangi The Fabulours Cat. Antara punca mereka tidak dapat beraksi di sana ialah pihak di sana mahukan pelakon yang ada kelebihan dalam nyanyian sesuai dengan konsepnya, teater muzikal.

Zoom Comment : Nak Buat macam mana dah osrang kat sana berkiuasa,suka hatti dia orrang naka buat apa..kalau artis tu faham tak per..Kalau yang nak salahkan pengarah kan haru biruuu jadi nyer...Orang seberang pun terlalu memilih sgt..Macam la si zul dan dynas ni tak top..Yerlah sebab diaorang kah tak tau sgt perkembangan artis malaysia ni kot :P apa pun apa komen u alls?

Jun 05, 2009

(Celebrity News ) Dynas Kembali Ke Dunia Artis


Welcome Back Dynas..dah lama Dynas berehat,cerita sedih biar la berlalu.cuba bina kehidupan baru
Mungkin Apa yang berlaku ada Hikmah nya.
Kami Warga Blogger Sentiasa mengalu-alukan
Kedatangan anda,Tanpa anda Dunia Seni Tanah Air berkerlip
Good Luck, Dan Selamat Kembaliii....

-=ZoomAdmin=

April 16, 2009

(ABPBH 2008) Cerita Di Sebalik Ketiadaan Dynaz - Keguguran Anak


Berita kejayaan sebagai Pelakon TV Wanita Popular kali kedua berturut-turut mengurangkan perasaan sedih

APABILA Zizie Ezzete dan Nora Danish tersenyum lebar mengumumkan Dynas sebagai Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008), semua mata tertumpu kepada tempat duduk finalis anugerah ini.

Selang beberapa saat, selepas pasti pelakon ini tidak berada dalam Arena of Stars Genting, Zizie akhirnya mengambil trofi itu bagi pihak Dynas. Walaupun acara diteruskan, pastinya ada segelintir penonton tertanya-tanya kenapa Dynas tidak muncul dalam anugerah yang penuh berprestij ini.


Sekurang-kurangnya apabila Norkhiriah tidak muncul untuk menerima trofi Pelakon Komedi Wanita Popular, dia sempat meninggalkan pesanan kepada Sharifah Shahirah untuk memaklumkan dirinya menghadapi alahan atau morning sickness kerana baru disahkan hamil sehari sebelum acara kemuncak ABPBH 2008 berlangsung.

Apa yang pasti ketiadaan Dynas pada ABPBH 2008 memang menjadi tanda tanya kerana beberapa hari sebelum itu, suaminya Mohd Hafizy Hafiz sudah pun mengesahkan isterinya akan hadir untuk memberi sokongan.

Malahan untuk tujuan itu, Dynas sudah bersetuju menggunakan khidmat pereka fesyen, Nik Erwan Roseli. Hip juga pernah mengadakan sesi fotografi membabitkan perbincangan pelakon dan pereka fesyen itu pada 1 April lalu di butik miliknya bersama Awal Ashaari iaitu DnA Celebrity Style di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Ketika itu, dia begitu teruja untuk hadir memberikan sokongan biarpun sarat mengandung tujuh bulan dan memuji hasil kreativiti pereka muda itu.

Tapi, siapa sangka di saat dia sedang menanti khabar gembira untuk bergelar ibu, ada berita duka yang ingin dikongsi pelakon yang menjawab kepada persoalan mengenai ketiadaannya pada malam Ahad lalu.

April 02, 2009

Gambar Terkini Dynaz dengan perut membesar


Dynaz, Sharifah Aleeya, Linda Jasmine, Rita Rudaini are all pregnant. Which one of these ladies can maintain their sleek look even in pregnancy dress just like ERRA FAZIRA? I guess Dynaz comes out tops..with this body-hugging dress.