Memaparkan catatan dengan label Artis mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis mengandung. Papar semua catatan

Mac 25, 2012

Artis Indonesia : Gambar Separuh Bogel Sheila Marcia Dalam Keadaan Mengandung

Ops !!!! macam pernah nampak je gambar macam ini dekat Malaysia, mungkin ada diantara anda yang sudah mengetahui kisah gambar sedemikian rupa. Namun persoalanya perlukah mengambil gambar sebegini ketika mengandung, apatah lagi ia menjadi tatapan umum.


ZoOM semakin pelik dengan perangai manusia sekarang ini yang jauh daripada landasan yang sepatutnya kita ikut dan pelajari.


Sebagai pembaca berita dan gossip artis di ZoOMartis Dot Net Anda Lihatlah sendiri dan !!!


Lagi gambar di Bawah :

Februari 03, 2012

Harith Iskander Mohon Maaf Kerana Tayang Perut Isteri

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

Januari 26, 2012

Gossip Gambar Seksi Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Ketika Hamil

Perkahwinan yang dibina dan menjadi ikatan yang sah pada bulan Jun 2010 kini hanya tinggal setapak lagi untuk menjadi keluarga yang sempurna. Semoga dengan kehadiran anak sulung yang bakal ditimang dalam beberapa hari lagi sudah pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.

Untuk pengetahuan anda gambar ini menyebabkan banyak komen negatif daripada positif, mungkin pasangan ini tidak sedar akan natijah mengambil gambar sebegini. Al-maklumlah kita di Malaysia ni hidup berbilang kaum dan terutamanya beliau beragama islam. Bukan ingin sibokkkk kan diri tetapi sekadar mengingati saudara seagama je.

Nasib baik pusat dan kena sensor, tapi gambar yang bersalut kain putih tu...Opss No Komen.

Lagi Gambar Jezamine Lim :

Julai 06, 2011

Gambar Intan Sarafina Mengandung Lagi | Suami Intan Sarafina

Cerita ini mungkin dah ramai yang mengetahui kisah artis kita bernama Intan Sarafina yang kini berbadan dua lagi, walaupun cahaya atau seri sebagai anak seni hanya berkelip-kelip. Bak kata pepatah kawan dan boss ZOOM "Lampu Ultraman yang dah bertukar warna Merah". Kalau di "Translate " ke bahasa gaji, dah nak gaji.... :)

Pagi-pagi buta ni ZoOm cuma nak berkongsi dengan anda gambar yang ZoOM jumpa dilaman Facebook kawan ZoOM. Namun apa yang ingin ZoOM kongsi bersama anda. wajah ceria, comel dan cantik apatah lagi sedang berbadan dua.

Jommm...Layan gambar Intan bersama suami, kawan-kawan dan keluarga :


November 15, 2010

Sharifah Sofea sudah hamil 5 bulan

Zoom dapat cerita ini dari seorang penulis di laman forum, sekadar ingin berkongsi dengan anda sebab ZoOm perlu siapkan kerja yang perlu, jika masa lapang ZoOm akan berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis.Net, Ikuti cerita si penulis mengenai Sharifah Sofea ni.

Oktober 29, 2010

Nikki Lahirkan Anak Lelaki Dan Dinamakan Liam Mok

PETALING JAYA: Penyanyi Nikki Palikat (gambar) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Liam Mok pada pukul 7.08 malam, 27 Oktober lalu di Hospital Pantai, Bangsar.
Bayi seberat 3.31 kilogram itu dilahirkan terlebih awal kerana isteri kepada komposer Audi Mok itu dijangka bersalin pada 4 November.

Julai 02, 2010

Gambar Serina Masa Mengandung

Inilah gambar Seriana masa mengandung, nampak ceria je bakal ibu ni, apa kata anda?

April 07, 2010

Gambar Nabila mengandung di ABPBH 2009

Tahun ini musim artis mengandung kot, salah seorang Nabila ni..nampak comel je.Sudah tentu ABang Amy search tidak sabar menimang cucu nanti.Gambar ini diambil ketika Nabila berada di Genting baru-baru ini.

Apa kat anda ?

Februari 23, 2010

(Cerita Artis) Gambar Yatt mengandung 9 Bulan

Inilah gambar Yatt atau Haryati Hamzah yang bernikah pada 29 Mac tahun lalu mengakui yang dirinya tidak menyedari sedang hamil pada tiga bulan pertama. Ketika itu, dia sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama dan amat menggilai buah durian serta makan tanpa henti untuk tiga hari berturut-turut sebelum ditegur suaminya dek perubahan selera makannya. Rupa-rupanya hamil. 

Lain pula ceritanya, sudah ada perancangan untuk hamil anak kedua pada tahun 2012 nanti. Wah, baguslah family planning yang dibuat Yatt, harap semuanya termakbul.

Februari 22, 2010

(Cerita Artis) Dynas Masih berpantang ketika mengandung !!

Wan Intan Edrinaz Wan Mokthtar atau lebih dikenali sebagai Dynas, aktres jelita ini kini sedang sarat mengandung tujuh bulan menghitung hari menunggu kelahiran bayi pertamanya.

Peristiwa keguguran yang dialami pada tahun 2008 lalu memberi kesan kepada Dynas untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap pergerakannya. Amalan berpantang mengikut adat Melayu, Cina dan India dipraktikkan menurutnya bagi menjaga keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Dynas memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan termasuk membeli pakaian atau keperluan bayi apabila ditanya tentang persiapan menyambut ahli baru pada bulan hadapan.

Dynas turut memberitahu dirinya terasa sungguh istimewa apabila mendapat perhatian dari orang sekeliling terutamanya ketika membeli-belah atau bersiar-siar. Isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini juga mengambil langkah untuk berehat selama empat bulan dari sebarang aktiviti seni bagi menunggu kelahiran bayinya.

Dynas yang baru pulang dari percutian di Melbourne, Australia pada bulan lalu menganggap percutian tersebut sebagai bulan madu kedua bersama suami tercinta sebelum kelahiran cahaya mata mereka.

Januari 29, 2010

(Cerita Artis) Nabila Bakal Timang Anak Perempuan !!


Kami di warga Zoom mengucapkan tahniah kepada Nabila dan suami kerana bakal menimang anak perempuan, dan tahniah juga kepada Amy Search kerana bakal menimang seorang cucu yang akan lahir ke dunia persinggahan ini.

Zoom tabik spring kat Nabila ini, walaupun sedang sarat mengandung tetapi beliau masih ingin berlakon.



Baca Selanjutnya


November 15, 2009

(Cerita Artis)Juliana Ibrahim Mengandung 18 Minggu !!!!


Lama Zoom tak "Post" Mengenai artis yang mengandung, yang terbaru artis comel ni..Bertuah si suami kerana si isteri kini menghitung hari bahagia..!!!!



Baca Selanjutnya

Juliana Ibrahim dalam tidak disangka dah mengandung 18 minggu. Alhamdulillah lah kalau sudah sedemikian. Tinggal beberapa bulan lagi mahu melahirkan, insyallah. Juliana ditemui ketika acara Majlis Pelancaran MiFa 2009 baru-baru ini yang dilangsungkan di ibu negara. Pelakon comel ini bukan sahaja mengandung malah pakaian yang dipakainya juga seksi. Mama hot kalau macam ni.


Oktober 30, 2009

(Cerita Artis) Catriona gembira sambut kelahiran bayi !!


Catriona Ross yang mesra disapa Cat ini juga akui tidak sabar untuk melihat wajah anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2010 nanti selepas mendapat tahu pelakon Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine sudah pun menimang cahaya mata, kelmarin.

Pelakon yang berusia 29 tahun ini, kehadiran bayi itu nanti pastinya akan menjadi pelengkap hidupnya setelah mendirikan rumahtangga dengan Shahruddin Mokhtaruddin pada 26 Jun lalu.

"Saya tidak pernah rasa segembira ini. 'This is the best part of my life'...bertemu lelaki yang tepat dan dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak dalam tempoh yang cepat. Terasa diri sudah hampir lengkap. Dulu ibu saya menunggu lapan tahun untuk dapat anak pertama iaitu saya, sebab itu bila saya bunting pelamin, keluarga dan saudara-mara memang terkejut. Tetapi inilah rezeki yang tuhan berikan pada saya,"
ujar Cat yang kini sudah hamil hampir lima bulan.



Baca Selanjutnya

Cerita Cat lagi tentang kandungannya, walaupun sudah lima bulan, dia masih belum mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan kelak.


"Saya sudah pergi buat imbasan, tetapi tak boleh nampak lagi jantinanya. Sejujurnya, saya tidaklah mengharap bayi lelaki atau perempuan kerana apa yang penting bagi saya ketika ini ialah untuk melihat wajah 'baby' itu nanti. Walaupun tidak tahu lagi jantinanya, saya tetap buat persiapan barang-barang bayi, terutamanya pakaian. Cara 'selamat' yang saya buat ialah dengan membeli baju-baju bayi berwarna putih. Jadi, kalau bayi lelaki atau perempuan yang akan lahir nanti, kedua-duanya boleh pakai baju tersebut,"
kata Cat dalam nada ceria.

Ujarnya lagi, dia juga amat bersyukur kerana pengalaman pertama hamil tidak menyebabkan banyak masalah atau alahan terhadapnya.


"Alhamdulillah, setakat ini memang tiada masalah. Risau juga pada awalnya dulu kerana ramai yang cakap keadaan mereka agak teruk ketika pertama kali mengandung. Setakat ini, saya hanya terasa cepat letih dan adakalanya saya jadi beremosi sikit bila menonton drama-drama sedih,"
kata Cat yang juga masih aktif berlakon.

Menurut Cat, ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri Fitrah Wanita yang akan disiarkan di RTM1. Cat mambawakan watak sebagai hakim.



Oktober 01, 2009

(Celebrity News) Johan-Ozlyn bakal timang cahaya mata !!

Artis Kita....


PERKAHWINAN pasangan Johan Raja Lawak dan pelakon Ozlyn Wati pada 25 Julai lalu kini pastinya lebih gembira setelah Ozlyn disahkan mengandung dua bulan.

Johan yang hadir ditemani Ozlyn pada sesi santai Raja Lawak bersama media yang berlangsung di restoran Marche Movenpick, The Curve semalam mengatakan dia menyedari isterinya mengandung setelah Ozlyn mengadu sakit perut dan muntah-muntah..



Baca Selanjutnya

"Saya tak ingat bila yang pertama kali saya bawa dia (Ozlyn) berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, tetapi saya menyedarinya setelah dia mengadu pada saya dia selalu sakit perut dan muntah-muntah.

"Bila kami pergi berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengandung dan perasaan saya sangat gembira hingga tak terkata apa-apa," katanya.

Menurut Johan juga, isterinya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengidam makan sesuatu ketika mengandung, sebaliknya dia yang mengalami masalah tersebut apabila kerap mengidam makan makanan yang manis.

"Dia tidak mengalami sebarang masalah mengidam walaupun dia yang mengandung, cuma kadang-kadang tu adalah... tapi tidak begitu serius.

"Yang peliknya, saya yang menghadapi masalah tersebut apabila sekarang saya kerap mengidam makan makanan yang manis.

"Sedangkan sebelum ini saya bukan suka sangat makanan manis, tapi sejak dia mengandung, saya asyik nak makan kek, ais krim dan semua makanan manis sampai saya rasa berat badanpun dah naik," jelas bekas peserta Raja Lawak musim pertama ini.

Johan juga mengatakan dia tidak membuat sebarang persediaan bagi dirinya yang pertama kali akan menjadi seorang bapa, sebaliknya lebih menumpukan persediaan untuk menanti kelahiran anaknya itu.

"Pada saya tidak ada sebarang persediaan yang perlu saya lakukan pada diri saya walaupun ini pertama kali bakal bergelar bapa.

"Saya ingin lebih menumpukan persediaan terhadap anak saya itu nanti seperti membeli barangan bayi dan berbagai lagi.

"Selain itu, jika nanti saya sibuk dengan tugasan, saya akan tetap bawa Ozlyn bersama saya jika dia larat untuk ikut saya, jika tidak saya akan bawa dia tinggal bersama ibu saya untuk menjaganya," jelas Johan yang mahukan anak kembar.

Ozlyn tidak mahu terlalu mengharap

Bagi Ozlyn pula, dia turut gembira seperti suaminya apabila mereka bakal memiliki cahaya mata mereka sendiri, namun dia tidak mahu terlalu mengharap kerana usia kandungannya masih terlalu awal.

"Jika mengenai perasaan saya, saya gembira dan teruja bila dapat tahu saya mengandung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu terlalu mengharap.

"Persediaan juga pada saya tidak perlu lagi buat masa ini kerana usia kandungan saya masih awal dan biarlah bila kandungan saya sudah hampir sembilan bulan baru kami akan membuat persediaan membeli barangan bayi dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun Ozlyn mengatakan pada pemeriksaan awal yang dilakukannya dia menghadapi masalah semasa menjalani ujian ultrasound tiada sebarang imej bayi yang dilihat.

"Masa menjalani ujian ultrasound ketika mula-mula melakukan pemeriksaan, saya takut sangat apabila tiada sebarang imej bayi dalam kandungan saya dapat dilihat di skrin.

"Pada masa itu doktor sudah mula suspek mungkin saya mengalami masalah mengandung di luar rahim... bila saya dengar macam itu, perasaan gembira yang ada terus bertukar tidak gembira.

"Tetapi sebulan selepas itu saya datang lagi sekali untuk buat pemeriksaan dan alhamdulillah kami dapat lihat imej bayi di dalam kandungan saya," kata Ozlyn yang bahagia bersama Johan.

Ozlyn juga memberitahu sejak dia mengandung, rezeki yang diterimanya masih lagi mencurah apabila dia ditawarkan untuk berlakon di dalam sebuah drama yang akan disiarkan di slot Akasia namun tawaran tersebut masih lagi di dalam proses perbincangan.

Tambah Ozlyn juga, jika usia kandungannya sudah mencecah lima atau enam bulan dia masih sanggup untuk menerima tawaran berlakon jika terus diberi peluang

Ogos 12, 2009

(Gambar) Noorkhiriah rindu ke lokasi !!


KETIKA ini, usia kandungan aktres berbakat besar dalam dunia lakonan, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie sudah pun mencecah enam bulan.

Berehat sementara daripada segala aktiviti seni, ia memberi ruang sepenuhnya kepada Noorkhiriah untuk menjaga kandungan sementelah dia pernah melalui trauma ekoran keguguran dua tahun lalu.

Dijangka melahirkan anak sulungnya sekitar November depan, keadaannya kini cukup stabil selepas melalui saat genting tatkala tiga bulan pertama kehamilan.

Sungguhpun begitu, biar diselubungi ujian demi ujian, Noorkhiriah tidak henti memanjatkan kesyukuran kerana semuanya itu ditempuhi dengan penuh rasa sabar.

"Tiga bulan pertama hamil, saya alami alahan dan hampir pengsan. Semuanya itu dugaan. Tetapi selepas itu Alhamdulillah segalanya sudah okey.

Banyak2 bersabar memang begitulah dugaan ibu mengandung...Macam expert jer :) Zoom doakan semoga khiriah sihat walafiat..Jaga Baby bebaik,Jangan ANgkat benda berat2..BUkan utk khiriah je..untuk ibu2 mengandung yang tengah baca zoom.

Julai 20, 2009

(Celebrity News) Intan Sarafina bakal jadi ibu


Agak lama juga tak dengar perkembangan penyanyi Intan Sarafina sejak beliau bernikah bersama jejaka pilihan hati, Iskandar hujung tahun lalu. Mungkin Intan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya.
Intan yang pernah popular dengan lagu Selamanya Kembali kini sedang meniti hari bahagia menanti kehadiran insan baru dalam hidupnya bersama suami tercinta.

Diam tak diam, Intan bakal bergelar ibu dalam masa yang terdekat. Usia kandungan beliau mencapai enam bulan dan dijangka akan bersalin sekitar Oktober 2009.

Murah betul rezeki pasangan ini. Baru setahun berkahwin sudah dianugerahkan cahaya mata. Dengar khabar juga mereka bakal menimang cahaya mata lelaki. Dah tentu Intan tak sabar bergelar ibu. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama beliau melahirkan anak.

Semoga Intan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. Memang trend agaknya apabila ramai selebriti melahirkan anak pada tahun ini dan yang pastinya, dunia hiburan tanah air semakin berseri-seri dengan kemunculan bayi-bayi comel ini.

Zoom Comment: Zoom Doakan semoga Intan Menjadi Ibu Yang SOleha kepada anak yang bakal di lahirkan nanti..

Julai 15, 2009

(Celebrity News) Arni Nazira Hamil 2 Bulan !!!!


Kan Cantik DAn Comel Arni Pakai tudung putih tu,Jangan masa hamil jer pakai tudung kalau boleh pakai la sampai bila2 kerana rambut itu adalah Aurat Bagi Kaum Wanita,Tak la macam minah Kat Topic bawah ni...Mengalahkan Minah Salleh.Si Husband Pulak Syok Tengok Bini Dia sexy Macam tue..Bagi satu dunia nampak keseksian isterinya...Tahniah sekali lagie kepada Arni.Semoga dimurahkan rezeki