Memaparkan catatan dengan label Ibu Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu Mengandung. Papar semua catatan

Mei 05, 2011

Daphne Iking Dah Mengandung !!

Alhamdulillah zuriat yang dinanti-nanti oleh Daphne Iking bersama suami akhirnya tiba, Daphne Iking telah berkahwin dengan seorang jejaka melayu di kampung halamannya Penampang Sabah pada 8 Januari 2011. Daphne Iking atau nama islamnya Dahlia Eleanor Iking bersama suami ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman sudah pasti orang yang paling gembira.

Namun persoalannya, beliau berkahwin pada 8 Januari tetapi nampak macam awal sangat, entahlah malas nak komen sebab sana sini dah bercerita mengenai topic ini. Semoga anak yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat walafiat.

ZoOM : Tahniah Sekali Lagi..Apa Komen Anda..?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Oktober 30, 2009

(Cerita Artis) Catriona gembira sambut kelahiran bayi !!


Catriona Ross yang mesra disapa Cat ini juga akui tidak sabar untuk melihat wajah anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2010 nanti selepas mendapat tahu pelakon Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine sudah pun menimang cahaya mata, kelmarin.

Pelakon yang berusia 29 tahun ini, kehadiran bayi itu nanti pastinya akan menjadi pelengkap hidupnya setelah mendirikan rumahtangga dengan Shahruddin Mokhtaruddin pada 26 Jun lalu.

"Saya tidak pernah rasa segembira ini. 'This is the best part of my life'...bertemu lelaki yang tepat dan dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak dalam tempoh yang cepat. Terasa diri sudah hampir lengkap. Dulu ibu saya menunggu lapan tahun untuk dapat anak pertama iaitu saya, sebab itu bila saya bunting pelamin, keluarga dan saudara-mara memang terkejut. Tetapi inilah rezeki yang tuhan berikan pada saya,"
ujar Cat yang kini sudah hamil hampir lima bulan.



Baca Selanjutnya

Cerita Cat lagi tentang kandungannya, walaupun sudah lima bulan, dia masih belum mengetahui jantina bayi yang akan dilahirkan kelak.


"Saya sudah pergi buat imbasan, tetapi tak boleh nampak lagi jantinanya. Sejujurnya, saya tidaklah mengharap bayi lelaki atau perempuan kerana apa yang penting bagi saya ketika ini ialah untuk melihat wajah 'baby' itu nanti. Walaupun tidak tahu lagi jantinanya, saya tetap buat persiapan barang-barang bayi, terutamanya pakaian. Cara 'selamat' yang saya buat ialah dengan membeli baju-baju bayi berwarna putih. Jadi, kalau bayi lelaki atau perempuan yang akan lahir nanti, kedua-duanya boleh pakai baju tersebut,"
kata Cat dalam nada ceria.

Ujarnya lagi, dia juga amat bersyukur kerana pengalaman pertama hamil tidak menyebabkan banyak masalah atau alahan terhadapnya.


"Alhamdulillah, setakat ini memang tiada masalah. Risau juga pada awalnya dulu kerana ramai yang cakap keadaan mereka agak teruk ketika pertama kali mengandung. Setakat ini, saya hanya terasa cepat letih dan adakalanya saya jadi beremosi sikit bila menonton drama-drama sedih,"
kata Cat yang juga masih aktif berlakon.

Menurut Cat, ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama bersiri Fitrah Wanita yang akan disiarkan di RTM1. Cat mambawakan watak sebagai hakim.



(Cerita Artis) Isteri Ajai Mengandung !!!!



Penyanyi dan komposer popular Ajai kini cukup teruja apabila isteri kesayangan, Liza Ilias disahkan hamil oleh doktor beberapa minggu lalu. Walaupun kandungan Liza baru mencecah usia tujuh minggu, tetapi Ajai dikatakan sudah tidak sabar-sabar ingin menimang cahayamata tersebut. Mungkin kerana sudah lama tidak mempunyai anak kecil. Maklumlah Ayu Nazirah, anak hasil perkongsian hidupnya dengan Nurul dahulu sudah pun berusia 11 tahun.

Bagi Liza pula, dia juga sangat gembira dengan kehamilan pertamanya itu. Baginya, itu rezeki daripada Allah. Berkongsi cerita tentang kehamilannya itu, Liza memberitahu yang dia tidak sangka boleh mengandung dalam masa yang singkat.


Baca Selanjutnya

“Ajai yang dapat rasa saya mengandung. Suatu malam tu, Ajai balik ke rumah dan beritahu saya yang dia pening semacam dan dia syak mungkin kerana saya telah mengandung. Tapi saya tidak percaya. Seminggu sebelum Hari Raya, saya buat ujian sendiri sebab badan kerap penat dan hasilnya memang positif. Bagaimanapun, kami tidak terus berjumpa doktor, selepas berhari raya di Johor dan Pulau Pinang, baru kami berjumpa dengan doktor,”
ujar Liza yang ditemui ketika pembukaan Celebrity Kopitiam di Kota Damansara kelmarin.

Ditanya tentang pengalaman pertamannya hamil, Liza memberitahu setakat ini dia mengalami alahan sama seperti kebanyakan wanita lain.

“Biasalah mengandung ini. Kadang-kadang ada selera makan, kadang-kadang tiada. Muntah-muntah tu biasalah. Tetapi antara saya dengan Ajai, dia yang lebih teruk kena alahan. Ajai selalu muntah-muntah dan pening. Setakat ini saya belum lagi mengidam apa-apa. Mungkin sebab tak sempat hendak fikir, sibuk sangat buat masa ini,”
tambah Liza yang tidak kisah sama ada mendapat anak perempuan atau lelaki.

(credit to Gua)

Zoom KOmen: Sama-samalah kita tunggu dan lihat samada anak Ajai sama dengan anak-anak artis yang lari dari media dan public :)..!!! Tungguuuu..Apa komen anda !!?


Julai 31, 2009

(Celebrity News) Erra Fazirah Semakin Ligat Lepas Bersalin !!!


Erra Fazira sekarang makin banyak aktiviti selepas kembali aktif daripada cuti berpantang melahirkan anak sulung. Selepas, satu datang satu lagi. Inilah masa untuk dia membuktikan namanya masih hangat.


Erra mula muncul dalam Gugu Gaga Erra bersama puterinya, Engku Aleesya dan suami sebaik sahaja selepas bersalin.

Kini Erra menjadi pengacara pula. Erra pernah jadi pengacara program kecantikan dan fesyen sebelum ini.
Kali ini Erra menjadi pengacara program bual bicara Anjung Seri. Pastinya program berkonsep rumah tangga yang memperkatakan pasal hiasan rumah.

Nampaknya Erra cuba lari daripada program yang berkonsep hiburan.

Seseorang artis tidak semestinya hanya tahu pasal dunia mereka sahaja, ada juga yang mempunyai pengetahuan dalam bidang lain khususnya yang mereka minati.
Erra juga seoarang selebriti yang mempunyai taste tersendiri dalam hiasan rumah, jadi sesuailah dengan program bual bicara Anjung Seri.

Julai 20, 2009

(Celebrity News) Intan Sarafina bakal jadi ibu


Agak lama juga tak dengar perkembangan penyanyi Intan Sarafina sejak beliau bernikah bersama jejaka pilihan hati, Iskandar hujung tahun lalu. Mungkin Intan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya.
Intan yang pernah popular dengan lagu Selamanya Kembali kini sedang meniti hari bahagia menanti kehadiran insan baru dalam hidupnya bersama suami tercinta.

Diam tak diam, Intan bakal bergelar ibu dalam masa yang terdekat. Usia kandungan beliau mencapai enam bulan dan dijangka akan bersalin sekitar Oktober 2009.

Murah betul rezeki pasangan ini. Baru setahun berkahwin sudah dianugerahkan cahaya mata. Dengar khabar juga mereka bakal menimang cahaya mata lelaki. Dah tentu Intan tak sabar bergelar ibu. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama beliau melahirkan anak.

Semoga Intan selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. Memang trend agaknya apabila ramai selebriti melahirkan anak pada tahun ini dan yang pastinya, dunia hiburan tanah air semakin berseri-seri dengan kemunculan bayi-bayi comel ini.

Zoom Comment: Zoom Doakan semoga Intan Menjadi Ibu Yang SOleha kepada anak yang bakal di lahirkan nanti..

Julai 15, 2009

(Celebrity News) Arni Nazira Hamil 2 Bulan !!!!


Kan Cantik DAn Comel Arni Pakai tudung putih tu,Jangan masa hamil jer pakai tudung kalau boleh pakai la sampai bila2 kerana rambut itu adalah Aurat Bagi Kaum Wanita,Tak la macam minah Kat Topic bawah ni...Mengalahkan Minah Salleh.Si Husband Pulak Syok Tengok Bini Dia sexy Macam tue..Bagi satu dunia nampak keseksian isterinya...Tahniah sekali lagie kepada Arni.Semoga dimurahkan rezeki

Jun 26, 2009

(Gossip) Ako Bakal Bergelar Bapa, Tertekan Tiada Kerja !


Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyaktawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.

Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.

“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.

“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,”
kata Ako.


Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammadatas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah SyariahSelangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20pagi, pada 27 Jun 2007

Zoom Comment: Semoga Pengalaman Lama Menjadi Pengajaran,Mulakan Lah Hidup baru kerana Perjuangan Sebagai Anak Seni Tanah Air Belum Selesai.Setiap Insan Yang Lahir didunia tidak Akan sempurna,setiap insan pernah melakukan kesalah.Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya

Jun 23, 2009

(Celebrity News) Gambar Rosma Mengandung di Program Muzik2 !!

Pasangan Khai dengan Rosma nih semakin bahagia lebih-lebih lagi Rosma sedang sarat mengandungkan anak pertama diorang.Kat Bawah ni gambar zoom upload dari Forum No 1 Malaysia :P banyak Info Kat sana..Apa Pun Korang Layan La gambar Khai Dan rosma Yang tengah mengandung ni...Dengan Khabar Rosma Nyer Due Date pada 07.08.2009, Anak Boy..Ni Info Yang Zoom Dapat Kat Facebook ( Khai Rosma Selamanya ),Layan la gambar Rosma ni :P isteri2 kat lluar tue bila lagie ??


Mei 27, 2009

(Celebrity News) Haiza Mula Pening-Pening


Haiza pening-pening dan tak lekang dengan minyak cap kapak. Ala-ala orang yang baru nak melekat baby gitu.

Haiza mengandung ke? Dia sendiri tak boleh nak mengesahkan sebab belum membuat mengesahkan dengan doktor.

April 22, 2009

Rita makin sarat


Kandungan pelakon Rita Rudaini semakin sarat. Inilah gambar baru Rita dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Gambar ini dirakam semasa Rita dan pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan itu ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar kes pengesahan perkahwinan mereka.

Pasangan ini berkahwin di Selatan Thailand. Semoga bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung.