Memaparkan catatan dengan label Khalwat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalwat. Papar semua catatan

Julai 18, 2011

Berita : Pasangan Di Tangkap Khalwat Beri Alasan Buat Assignment !!


Hari demi hari semakin ramai manusia diluar sana belum mengenal erti bertaubat daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Agama. Setiap hari pasti anda akan terbaca cerita mengenai pembuangan bayi, pembunuhan, rompakan dan sebagainya. Dan hari ini kisah mengenai pasangan IPT yang ditangkap khalwat dan memberi alasan ingin menyiapkan tugasan di Kolej. ( Tak Munasabah Langsung).

Serbuan Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa pada pukul 1.30 pagi akhirnya menemui pasangan ini yang telah menginap dua malam di Hotel Bajet tersebut.

Nasib baiklah pasangan ini ditangkap khalwat di Malaysia, apa komen anda mengenai isu ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

April 24, 2010

Hakim tegur peguam Norman dan Memey !!!

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menegur pihak pembelaan kes khalwat Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerana sering mengakibatkan prosiding tertangguh.


Hakim Syarie Wan Mahiyuddin Wan Muhammad ketika menamatkan prosiding berkata, tiga prosiding lepas terpaksa ditangguhkan atas pelbagai masalah teknikal termasuk hari ini kerana peguam kedua-dua pelakon berkenaan gagal hadir kerana sakit.


"Harap persiapan rapi dibuat selepas ini untuk menyelesaikan kes dalam kadar munasabah (dan) supaya sebarang masalah teknikal dapat diatasi dengan baik.


Zoom: Biasalah tu dah namanya peguam sudah tentu 1001 cara digunakan untuk menang dalam kes tertentu, kalau sakit sudah tentu ramai yang tahu terutamanya blogger atau pun media...!!! Nak je tahu keputusan artis yang pernah di tangkap khalwat sebelum ini..!!!


Apa kata anda ?

Februari 06, 2010

(Gossip) Saksi kes khalwat Norman dan Memey ada masalah ingatan !!!

Alahai...saksi pelupa la pulak, saksi kes khalwat pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerap memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur. Lebih daripada itu Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Nafarul Azian Che Nan, 34, mengaku bahawa dirinya mempunyai masalah ingatan ekoran memberi keterangan yang berbeza-beza.




Baca Selanjutnya

Beliau menjelaskan masalah yang dihadapinya itu kepada mahkamah selepas peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pasangan itu, tidak berpuas hati dengan keterangan saksi itu pada sesi soal balas.Contohnya :-


"Berdasarkan keterangan yang kamu berikan sebelum ini adalah berbeza iaitu kamu telah menyatakan ada mengetuk pintu tingkat atas, di mana tertuduh lelaki berada, sebanyak lima kali dan pada hari ini kamu menyatakan tidak ingat pulak. Keterangan kamu menyebabkan mahkamah keliru dan keterangan yang mana satu mahkamah boleh terima pakai,"
soal Fakhrul Azman.

Nafarul kemudian menjelaskan sambil tersenyum:


"Saya minta maaf Hakim, saya memang ada masalah cepat lupa dan saya tidak ingat dengan keterangan saya sebelum ini".


Info : Mstar

Zoom: Apa kata anda ?

Januari 28, 2010

(Gossip) Kes Khalwat Ako akan ditangguh


Zoom fikir kes Ako dah selesai, nampaknya kisah Ako ditangkap khalwat dengan pasangan bukan islam akan dibicara lagi.Mari kita baca kisah Ako ini di akhbar online hari ini..!!!



Baca Selanjutnya

Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan tarikh 31 Mac untuk Ako Mustapha menjawab hujahan balas pegawai pendakwa terhadap rayuan yang difailkannya pada 2 Disember lalu. Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad telah menetapkan tarikh tersebut bagi Ako yang diwakili peguam Akbardin Abdul Kadir menjawab hujahan balas dari pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusoff.

Sementara itu, Ako yang ditemui di luar mahkamah enggan memberikan sebarang komen terhadap perkara itu. Ako Mustapha atau nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha, 38,telah membuat rayuan terhadap hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek artis, dua tahun lalu.

Pelakon drama itu turut mengakui jika dia dikenakan tindakan penjara akan menyukarkan untuk menyara isterinya yang kini sarat mengandung. Ako yang memakai kemeja biru cair dan seluar hitam kelihatan tenang semasa prosiding berlangsung. Ako sebagai perayu diwakili peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili pegawai pendakwa syarie, Zusyarafain Md. Yusof.

Pada 21 April lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman itu terhadap Ako yang mengaku salah berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam. Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Kondominium Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Ako hanya datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding sejak kes itu mula disebut pada 2007.

Zoom: Apa kata anda ?

Januari 02, 2010

(Gossip) Usahawan Kosmetik Bekas Isteri Penyanyi Rock Popular Ditangkap Berkhalwat


Sekadar hiasan...!!


Zoom rasa dah tau siapa bekas isteri penyanyi rock berkumpulan dan sekarang single, dan usahawan kosmetik di Malaysia.Patutlah abang N*** tak nak dekat janda dia lagi mungkin kerana perangainya yang suka berpoya-poya...Apa-apa pun kita tunggu berita malam ini..!! dekat bawah ni sedikit info mengenai bekas bini penyanyi rock kena tangkap khalwat ni..



Baca Selanjutnya

PETALING JAYA: Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam semalam.

Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di sini setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam.

"Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.
Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu.

Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.
"Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut.

"Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi.

Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.
Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.

"Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu.
MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal.
Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.

Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan.
Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.


November 21, 2009

(Gosisp)Faizal AF kena Tangkap Basah Di Terengganu !!!!?


Panas juga cerita Faizal AF ni, zoom dah tau dah artis tue tentu Faizal AF sebab siapa lagi juara Program Realiti Dari Terengganu dan pernah menjadi Ikon Belia kot..!!!! Hari ni didalam Metro Faizal Bangkit menjawap semua persoalan dan gossip yang melanda..!! jum kita zoom "statement" Faizal Akademi Fantasia ini mengenai Tomahan dan "Tangkap Khalwat" ni !!!!




Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR: “Biarlah apa orang hendak tuduh asalkan saya tidak buat jahat kepada sesiapa dan kedua-dua ibu bapa kenal siapa saya,” kata juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, mengenai desas-desus dia ditangkap khalwat di kampungnya di Terengganu, baru-baru ini.

Faizal, 25, berkata dia terkejut apabila namanya dikaitkan dengan gosip kononnya seorang artis ditangkap basah tetapi enggan mengambil serius perkara itu.

“Saya tidak ditangkap basah, jadi kenapa hendak takut. Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul sedangkan saya sekarang sibuk menguruskan kerjaya,”
katanya yang ditemui di Mont Kiara, di sini, semalam.

“Banyak lagi yang perlu saya belajar dalam industri hiburan ini dan saya anggap tuduhan itu umpama cabaran untuk mematangkan saya,” katanya.
Sebelum ini nama Faizal dikaitkan dengan gosip ditangkap khalwat dengan pasangannya di kampung halaman.

Gosip disiarkan di portal hiburan itu tidak menamakan artis terbabit tetapi menyatakan dia menjuarai sebuah program realiti dan pernah dicalonkan sebagai belia contoh.

Mengenai rungutan media mengenai kesukaran menghubunginya, Faizal menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan telefon bimbitnya hilang ketika penggambaran filem terbaru Pulau Asmara di Langkawi, baru-baru ini.

“Saya minta maaf kepada pihak yang gagal menghubungi saya tetapi selepas ini, mereka boleh menghubungi saya menerusi Alakazam Production, saya akan memberikan kerjasama terbaik,” katanya.

Faizal turut berterima kasih kepada pengurusan Alakazam Production yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dan merakamkan album terbaru yang dijangka berada di pasaran April tahun depan.

“Walaupun ada banyak cerita mengenai saya sebelum ini tetapi mereka masih memberi kepercayaan dan ia menjadi azimat kepada saya untuk berjaya dalam kerjaya sebagai artis,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Alakazam Production, Datuk Abdul Aziz Singah, berkata pihaknya berminat mengambil Faizal sebagai artis naungan disebabkan komitmen yang diberikan ketika berlakon dalam filem Pulau Asmara.

“Dia berbeza dari gosip yang saya dengar sebelum ini iaitu tidak berdisiplin dan banyak masalah lagi. Faizal sebaliknya sangat berbakat dalam bidang lakonan serta memberi komitmen 100 peratus menjayakan wataknya,” katanya.

Credit Metro

Dan Ini pula Cerita dari Laman web GUa Sebelum ini

Woots! Mamat senyum sokmo, Faizal AF4 kena tangkap basah? Biar betul ni? Macam tak caya je since kalau nengok Faizal ni, elok je perangai. Tup-tup namanya dikaitkan dengan isu artis program realiti kena tangkap basah seperti yang dilaporkan oleh Gua.com.my

Menurut penulis Gua, artis realiti tersebut telah ditangkap basah bersama pasangannya nun jauh di kampung halamannya namun penangkapannya itu tidak dihebohkan kepada media kerana konon’nya mahu menjaga nama baik penyanyi yang berasal daripada program realiti itu. Maklumlah dia dahulu pernah dicalonkan untuk menjadi belia contoh.

Khabarnya juga, artis program realiti yang juga merupakan juara untuk program tersebut bakal berkahwin dengan pasangan tangkap basah’nya itu pada penghujung tahun ini. Namun begitu, tiada info lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka itu kerana mereka enggan menghebohkannya. So, hanya tunggu dan lihat sajalah jawabnya. Huhu..

Tapi kan, dari hint yang diberikan oleh Gua tu, macam betul je artis tersebut adalah Faizal AF4 since beliau merupakan juara AF untuk musim ke-4 dan pernah dicalonkan untuk menjadi belia contoh. Tapi entahlah, kita tunggu je pihak Faizal AF4 buat kenyataan terbuka mengenai perkara ni.

Zoom KOmen : Huh,sokmo2 apa dah jadi...Sama-sama kita tunggu dan lihat penghabisan lakonan drama AF ini...!!!! Apa KOmen anda !!?/



November 20, 2009

(Gossip)Artis Mistik Hairi Shahrizal Mustafa dan Ziffa Zubir khalwat !!!!

Akhirnya terjawap sudah kisah pengacara program Mistik ini, hakim telah menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pasangan ini.

Di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, Hakim Syarie Ghazali menjatuhkan hukuman denda RM2,700 masing-masing terhadap pengacara program, Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan pasangannya, seorang penerbit program, Ziffa Zubir, 28.






Pasangan itu didakwa melakukan perbuatan itu dalam rumah di SD Apartmen, Persiaran Meranti, PJU 9, Bandar Sri Damansara di sini, antara jam 1.30 pagi hingga jam 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohamad Saufi Mastor Lani dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana keadaan tertuduh ketika kejadian adalah mengaibkan.

“Yang Arif, rayuan yang mereka kemukakan bersifat material saja. Sepatutnya mereka berkahwin dulu baru boleh bersama. Tidak sepatutnya seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam rumah yang sama pada waktu itu tanpa ikatan.

“Aduan berhubung kes ini diterima dari orang awam. Ini bermakna ini bukan kali pertama dan sudah pastinya ia sering berlaku sehingga menimbulkan syak di kalangan jiran berdekatan. Mohon mahkamah memberi hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh,” katanya.

Kedua-dua mereka terbabit dengan program Expose: Suatu Masa dan Expose: Mistik. Hairi juga penerbit kanan rancangan dan pengacara program Pemburu Hantu.

Mengikut fakta kes, ketika serbuan dibuat anggota Jais mendengar bunyi alunan muzik dari dalam rumah dan apabila diketuk hampir lima minit, bunyi itu hilang dan pintu dibuka tertuduh wanita yang memakai singlet berwarna hitam dan berseluar pendek.

Hasil pemeriksaan, Jais menemui seluar dan dompet milik seorang lelaki dan didakwa tertuduh wanita kepunyaan adiknya dan dalam masa sama, seorang anggota pergi membuat pemeriksaan di bahagian balkoni rumah itu.

Tertuduh lelaki yang hanya memakai kain langsir meloloskan diri melalui balkoni apartmen bersebelahan dan anggota Jais bergegas ke situ yang dihuni beberapa lelaki warga asing. Hasil pemeriksaan tertuduh lelaki yang ditemui di balkoni itu mengakui melarikan diri.

Kedua-dua tertuduh dalam rayuan meringankan hukuman mengatakan mereka sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Credit : Metro

Zoom KOmen: Pandai juga pengacara ini buat MISTIK sendiri erkk, boleh lari kat rumah PATI kat sebelah dengan memakai Langsir!!! Mana taknya malam-malam keluar dengan anak dara orang cari hantu...Hujung cerita mereka berdua kena rasuk hantu tanduk dua..!!! Apa Kata ANda !!?
Baca Selanjutnya

November 07, 2009

(Gossip) Memey dan Norman Tak Kisah Di Kata Belangkas !!


Zoom dapat cerita ni dari akhbar online hari ini,mungkin dah malas nak layan gossip liar kat luar ni kot..Apa PUn layan jer "Statement" Panas ini...!!


"Saya pandang dari sudut positif. Jangan kita pandang dari segi keburukan semata-mata. Kami tahu apa yang kami mahukan dalam perhubungan ini.

"Jadi saya tidak ambil kira pandangan serta tuduhan orang lain sehingga mengganggu silaturahim antara kami,"
kata Memey yang ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi semalam.

Memey dan Norman Hakim atau nama sebenar Mohamed Norhakim Zaidon, 33, terlibat dalam perbicaraan kes khalwat bersama yang didakwa berlaku di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam antara 1.45 pagi hingga 3 pagi, pada 30 Oktober 2008.

Memey mengakui segala gosip yang datang tidak akan merenggangkan perhubungannya dengan Norman.



Baca Selanjutnya

"Kita ambil yang baik sahaja, yang tak baik kita abaikan,"
tutur pengacara 'Diari Anak Seni' ini dengan lemah-lembut. Selain terlibat dalam pengacaraan, Memey pernah membintangi filem Dimensi Cinta dan drama termasuk Elit, Pasrah, Lara Rindu Mahsuri, Roda-Roda Kuala Lumpur, Mabuk Estrogen, Dunia Baru 3 dan Farah Syakirah.

"Kami akui kami menang rapat. Malah perhubungan kami semakin rapat sehingga sekarang. Kami saling membantu dalam kerjaya kami. Dari situ timbullah keserasian antara kami," katanya yang tidak berasa tertekan dengan gosip yang datang.

Kata Memey, kedua-dua pihak keluarga juga turut serasi menjalinkan perhubungan.

"Saya juga baik dengan anak-anaknya. Kami selalu berjumpa dan bersiar-siar bersama dan ini sudah jadi macam rutin," ujar Memey yang kini terlibat dalam penggambaran drama 'Cinta Balqis' untuk slot Akasia dan Bila Musang Berjanggut (slot Lagenda).

Mengenai harapan terhadap keputusan kes mahkamah nanti, Memey berharap ia berakhir dengan cepat.

"Itulah yang saya harapkan setiap kali saya hadir ke mahkamah. Saya redha dengan apa-apa keputusan juga,"
katanya.

Memey bersyukur rezekinya tak tersekat walaupun masih terlibat dalam perbicaraan kes khalwat.

Sementara itu, Norman turut sudah lali dengan gosip macam belangkas. Ianya pasti reda jua.

"Memang saya akui saya dan Memey sangat rapat. Ini kerana kami sentiasa bekerjasama dalam kerjaya kami.

"Semua ini persepsi orang sahaja," kata Norman yang sibuk dengan penggambaran drama 'Senja Permai' sebanyak 68 episod untuk slot Astro Ria dan drama 'Sarah Dua' terbitan Suhan Move utuk slot RTM.

Zoom Komen: Apa-apa la bro dan Memey Asal anda berdua bahagia, jangan kali kedua dah...!!!! paling elok teruskan je niat anda berdua..habis gossip kat luar tue...Apa Kata anda !!?? KOmen la k...!!!


Oktober 21, 2009

(Gossip) Memey makin rapat dengan anak-anak Norman !!


Terkedu juga zoom baca "statement" Memey dalam satu laman web ni, Yer Lah nak kahwin dengan duda yang ada anak mestilah berbaik-baik dengan Orang tua ( masa Raya ), sekarang ni kena ambil hati anak-anak. kalau line dah clear baru laa terima P******* si Dia. Apa pun Anda baca la "statement" di bawah ni..!!



Baca Selanjutnya

Masih banyak perkara yang belum dikecapinya dan kini, kata Memey, dia sedang meletakkan usaha yang kuat bagi memastikan cita-citanya untuk terus berada di dalam bidang seni ini tercapai.

Memikirkan masih jauh perjalanannya untuk mengukuhkan nama sebagai anak seni, gadis berusia 21 tahun ini juga sanggup mengetepikan dulu perkara-perkara lain termasuklah tentang perkahwinan.

Bukannya tidak pernah berbincang dengan kekasih hati, Norman Hakim, tentang masa depan mereka, tetapi kata Memey, setelah sama-sama memikirkan tentang banyak perkara, kedua-duanya merasakan mungkin masih belum sesuai untuk mendirikan rumahtangga buat masa ini.

"Dia (Norman) sendiri memang pernah mengutarakan tentang topik perkahwinan. Tapi, saya rasa buat masa sekarang, belum sesuai untuk kami berbuat demikian. Umur saya pun masih muda. Tapi, tidak pernah pula saya letakkan sasaran bila umur yang sesuai untuk berkahwin.

"Apapun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini kerana kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin.

"Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yang disabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama.

Sebab itu saya rasakan, lebih baik 'go with the flow' saja. Insya-allah, jika kuat jodoh kami, adalah," katanya ketika ditemui pada sesi pra-tonton drama-drama TV3 di Cineleisure Damansara, semalam.

Menurut Memey, dia bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak pernah mendesak walaupun dia akui, hubungan kedua-dua belah sudah semakin rapat. Malah, katanya lagi, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapat membuatkannya lebih mengenali hati budi Norman.

"Kami pun baru lebih kurang setahun kenal rapat. Tapi, saya tidak nafikan, setakat ini memang saya semakin selesa dengannya. Begitu juga dengan hubungan saya dan anak-anak Norman, kami makin selesa berdampingan selepas pertama kali bertemu sebelum hari raya lepas.

"Jika ada masa terluang, Norman akan bawa anak-anaknya keluar bersama dengan saya. Dania, anak kedua Norman juga amat rapat dengan saya," kata Memey dalam nada ceria.

Norman mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi iaitu Mohamad Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1.

Ditanya tentang perkembangan karier lakonannya ketika ini, kata Memey, dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Balqis yang akan mula ditayangkan di slot Akasia di TV3 bermula 2 November ini.

Turut membintangi drama arahan Heykal Hanifah ini antaranya ialah Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Ainul Aishah dan Hamidah Wahab.

Memegang watak sebagai Marisa, kata Memey, karektornya adalah seorang gadis yang lemah-lembut, tetapi telah dipergunakan oleh abang dan ibu saudaranya untuk merebut harta suaminya, lakonan Zamarul.

Masih terus dilihat membawakan watak perempuan 'baik', ujar Memey, dia tidak kisah tawaran watak seperti itu yang sering singgah buat dirinya.

"Saya 'ok' saja. Bagi saya, tidak kisahlah bawa karektor yang lebih kurang sama saja kerana mungkin produser merasakan saya lebih sesuai untuk watak seperti ini.

"Tetapi sejujurnya, saya juga mendambakan watak-watak yang lebih berat, cuma mungkin belum berpeluang lagi," tutur pelakon ini.

Zoom Komen: Apa-apalah Memey Asal anda bahagia, cepat-cepatlah kahwin. Gossip sana-sini dah mengata, kalau dah kahwin dah boleh tutup mulut dan bekukan tangan penulis gossip ni :)..APa komen anda !!?

September 19, 2009

(Drama Melayu) Antara Garisan Drama Penuh Dengan Pengajaran !!!



Dah tengok cerita ini kat Astro,kat rumah ni dah tengok 2 kali dah, Kerana godaan daripada manusia yang berperangai "Devil" perempuan Mengandung di tendang terajang oleh penduduk kampung.Orang yang dikatakan alim tapi lari daripada akidah sebenar..!! yang lucu ustaz boleh tinggal serumah dengan wanita bukan muhrim..Mula2 zoom pun tak tau apa motif drama ni..apa pun korang tengok la sendiri dan komen apa2 yang patut..!! Siap angkut dengan selimut sekali masa kena tangkap basah !!!

Jun 26, 2009

(Gossip) Ako Bakal Bergelar Bapa, Tertekan Tiada Kerja !


Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.

AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyaktawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.

Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.

Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.

“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.

“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,”
kata Ako.


Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammadatas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah SyariahSelangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20pagi, pada 27 Jun 2007

Zoom Comment: Semoga Pengalaman Lama Menjadi Pengajaran,Mulakan Lah Hidup baru kerana Perjuangan Sebagai Anak Seni Tanah Air Belum Selesai.Setiap Insan Yang Lahir didunia tidak Akan sempurna,setiap insan pernah melakukan kesalah.Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya

Jun 02, 2009

(Khalwat) Artis Bogel Dengan Dibaluti Kain Langsir ???


PETALING JAYA: Biarpun tubuh sekadar berbalut kain langsir, seorang pelakon lelaki drama mistik dan seram sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.

Kelmarin, pelakon berusia 20-an terbabit menghubungi tunangnya apabila mengadu sakit kepala
Simpati dengan rintihan tunangnya itu, wanita beusia 20-an yang juga pernah menjadi pengacara sebuah stesen televisyen, merelakannya datang walaupun sudah awal pagi.

Bagaimanapun, gelagat merpati dua sejoli itu yang mendakwa bakal bernikah tidak lama lagi, akhirnya menimbulkan kemarahan penghuni lain yang menghubungi pihak berkuasa agama.
Aduan yang dibuat lebih daripada sekali itu akhirnya memaksa penguat kuasa Jais menghantar lima anggota melakukan serbuan.

Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.
Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.

Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.

Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.

Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni.
Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.

Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi.
Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.

Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen.
Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.
Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri.
Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu.
Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.

Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

SIAPA LA JANTAN NI EERKKK....HEBOH HEBOH.... :P
Meh Comment !!!