Memaparkan catatan dengan label Nash. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nash. Papar semua catatan

Februari 04, 2011

Adakah Nash Tetap Di Saman Oleh Rita Anak Arwah Sosilawati ?

Kalau ZoOm baik selesaikan cara baik je, yang baik kita simpan dan yang buruk kita buang..bak kata pepatah "Air yang Dicincang Tak Akan Putus". Tapi itu semua terpulanglah pada empunya diri nak teruskan ke tak sebab ia adalah masalah keluarga.


Dan berikut "Statement" daripada Akhbar Onlline mengenai DILEMA anak Arwah Sosilawati untuk teruskan atau tidak kes sama bekas Ayah tirinya yakni Abang Nash kita.


SHAH ALAM: Anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berkemungkinan besar akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52.

Bagaimanapun, peguam ahli perniagaan itu, Datuk Zaidi Zain ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26.


Beliau berkata, melalui satu pertemuan pada 9 Januari lalu, Rita memberitahunya akan mengadakan perbincangan rasmi dengan adik-beradik lain berhubung hal itu.

Januari 06, 2010

(Gossip) Abang Nash 50 dan Betty bercinta, dan kisah Khalwat Sosilawati !!!


Jika anda membaca cerita wartawan di bawah tentu anda dapat membayangkan bertapa indahnya percintaan yang mungkin terjalin di antara Abang Nash dengan Betty ini.Semoga cerita ini menjadi kenyataan..Pagi tadi Zoom ada terbaca berita Janda abang nash ini, rupa-rupanya kisah ditangkap Khalwat hari tu semakin menarik kerana Sosilawati tampil membidas yang beliau telah berkahwin dengan lelaki tersebut di Thailand..!!!! Panas memang panas... !!! macam-macam..!!! Apa pun jum kita baca "statement" dibawah mengenai Abang Nash dan Betty !!!






Baca Selanjutnya

Status duda bukan penghalang. Bila penyanyi hitam manis Nash Lefthanded mendapat dua kuntum mawar putih daripada penyanyi dan pelakon jelita, Betty Banafe di majlis perkahwinan anak saudara pelawak dan pelakon Zaibo di Bukit Damansara kelmarin, ia bagai merungkai bahasa hati antara kedua artis terkenal itu. Betty, yang kelihatan anggun, berabaya hitam dengan sulaman kerawang berwarna unggu lembut baru saja pulang dari kelas agama hanya tersenyum manis ketika diusik tentang hubungan mesranya dengan Nash. Malah, ramai yang tidak sedar keserasian antara mereka sebenarnya sudah lama terjalin ketika di Persatuan Karyawan lagi.

Dan petang itu, tautan hati dua insan yang berstatus duda dan dara ini, sememangnya tidak mampu disembunyikan lagi. Di kalangan kawan-kawan, kemesraan Betty, 31, dan Nash, 50, bukan satu rahsia. Dan petang itu bersaksikan hadirin yang meraikan pasangan 'Nabila Datuk Abdul Halim dan Azlan Muhammad', ketika Nash menyampaikan lagu 'Doa Buat Kekasih' di atas pentas, Betty menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash. Aksi spontan Betty yang begitu teruja mendengar bait-bait lagu romantis itu mengundang senyuman dan beberapa persoalan. Kenapa dua kuntum bunga mawar? "Ia simbolik dan ada maksud tersirat. Hanya abang Nash yang tahu...," ujar aktres jelita yang terkenal dengan sifat peramahnya itu.

Seusai menerima kuntuman mawar itu, Nash langsung memberitahu hadirin yang hadir, "Saya akan simpan bunga ini sampai kering." Walaupun dalam nada seloroh, Nash kelihatan cukup gembira petang itu.

Ketika turun dari pentas, giliran Nash pula memetik sekuntum mawar dalam jambangan berhampiran dan memberikannya kepada Betty sebagai balasan. Turut sama menyaksikan kebahagiaan Nash dan Betty petang itu adalah satu-satunya anak lelaki Nash, Syamir Nasha yang ralit melihat gelagat ayah dan teman barunya itu. Ketika ditanya pendapatnya tentang Betty, Syamir hanya tersenyum sambil berkata, "Kak Betty cantik dan peramah. Saya suka kak Betty." Jawapan itu seperti tanda isyarat lampu hijau pada ayahnya untuk mencari suri baru menghias rumah mereka.

"Saya suka tengok ayah happy...." kata pelajar tingkatan 3 ini. Nash hanya ketawa mendengar jawapan spontan anaknya. Namun, jauh di sudut hati, di sebalik keceriaan yang terlakar di wajah Nash, sukar hendak meneka riak hati duda beranak tiga ini. Tambahan pula peristiwa kecundang kali kedua melayari bahtera rumahtangga, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Nash. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' dan 'Pada Syurga Di Wajahmu' itu tidak menafikan yang dia selesa bertemankan Betty, anak gadis kacukan Arab-Indonesia ini.

"You cari lah jawapannya sendiri. Kalau sudah bunga berbalas bunga, itu tanda apa?," kata Nash cuba berteka-teki. Tambahnya lagi, "Saya tak nafi yang saya sayang Betty sebagai seorang adik, sahabat dan rakan artis. Yang selebihnya, saya tak berani nak cakap. Masa akan menentukan segalanya. Soal jodoh sukar untuk kita ramal."

Januari 02, 2010

(Gossip) Usahawan Kosmetik Bekas Isteri Penyanyi Rock Popular Ditangkap Berkhalwat


Sekadar hiasan...!!


Zoom rasa dah tau siapa bekas isteri penyanyi rock berkumpulan dan sekarang single, dan usahawan kosmetik di Malaysia.Patutlah abang N*** tak nak dekat janda dia lagi mungkin kerana perangainya yang suka berpoya-poya...Apa-apa pun kita tunggu berita malam ini..!! dekat bawah ni sedikit info mengenai bekas bini penyanyi rock kena tangkap khalwat ni..



Baca Selanjutnya

PETALING JAYA: Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam semalam.

Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di sini setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.
Menurut sumber yang menghubungi mStar Online, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam.

"Sekitar jam 12 malam, kami ke unit kondominium yang dimaksudkan setelah mendapat maklumat daripada penduduk kawasan. Kami sudah lama menerima aduan dari penduduk dan setelah menyiasat kesahihan berita, kami memulakan operasi pada malam semalam," kata sumber itu yang hanya mahu dikenali sebagai pembaca mStar Online.
Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu.

Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.
"Mereka yang terlibat di dalam operasi itu ialah pegawai Masjid Kolej UIA yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Suspek lelaki yang berusia sebaya usahawan kosmetik itu adalah seorang duda beranak tiga dan difahamkan berketurunan Indonesia. Usahawan popular itu mengaku berada berdua-duaan dalam unit tersebut.

"Mereka juga meminta maaf kepada penguatkuasa kerana berada dalam keadaan yang boleh disyaki berkhalwat," kata sumber itu lagi.

Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam.
Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.

"Pasangan itu mengaku bersalah dan jahil dalam agama," kata sumber itu.
MStar Online cuba mendapatkan pihak JAIS dan usahawan kosmetik terkenal itu berhubung insiden tersebut tetapi gagal.
Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi satu kumpulan rock popular tanahair yang kemudiannya menjadi penyanyi solo dan pernah memenangi anugerah juara lagu dalam kategori rock.

Mereka berkahwin dalam satu majlis penuh meriah pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai talak satu pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik berkenaan.
Kini mereka sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan harta berjumlah RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian.


Mei 28, 2009

(Celebrity News) Nash dari rock ke dangdut


KISAH cinta tiga segi bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan manusia. Malah ia seakan lumrah zaman sekarang kerana mereka rasa mampu untuk meletakkan seorang lagi insan ke dalam hati mereka.

Namun, apa yang menghairankan apabila cinta empat segi berlaku. Bertambah tidak dapat diterima akal kisah cinta empat segi ini melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, yang biasa sahaja tanpa sebarang keistimewaan.
Tiga orang wanita yang masing-masing ada daya penariknya merebut cinta seorang lelaki yang berusia lewat 40-an dan sudah mempunyai dua orang anak.

Wanita-wanita itu terdiri daripada isteri lelaki tersebut, seorang ibu ayam di sebuah kelab dangdut dan seorang lagi gadis muda yang sungguh menawan.
Bertambah uniknya kisah ini apabila lelaki berkenaan adalah Nash, vokalis rock legenda Lefthanded yang tidak asing lagi di kalangan peminat industri seni tanah air.

Apa sudah jadi? Adakah kerana Nash yang baru bercerai dengan isterinya maka ada lagi dua wanita ingin memiliki hatinya?
Jangan salah faham. Nash memang direbut oleh tiga orang wanita, tetapi semua itu hanyalah didalam lakonannya dalam telefilem Suamiku Seberang, Kekasihku...

Heheheheeheh jangan Marah...ini Drama Yang Abg nash Lakonkan ....baca sinopsis Drama ni macam best gakk....Meh kite tgk Abg Nash dalam Loghat Indonesia :)