Februari 06, 2010

(Gossip) Saksi kes khalwat Norman dan Memey ada masalah ingatan !!!

Alahai...saksi pelupa la pulak, saksi kes khalwat pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim kerap memberi keterangan bercanggah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur. Lebih daripada itu Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Nafarul Azian Che Nan, 34, mengaku bahawa dirinya mempunyai masalah ingatan ekoran memberi keterangan yang berbeza-beza.




Baca Selanjutnya

Beliau menjelaskan masalah yang dihadapinya itu kepada mahkamah selepas peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili pasangan itu, tidak berpuas hati dengan keterangan saksi itu pada sesi soal balas.Contohnya :-


"Berdasarkan keterangan yang kamu berikan sebelum ini adalah berbeza iaitu kamu telah menyatakan ada mengetuk pintu tingkat atas, di mana tertuduh lelaki berada, sebanyak lima kali dan pada hari ini kamu menyatakan tidak ingat pulak. Keterangan kamu menyebabkan mahkamah keliru dan keterangan yang mana satu mahkamah boleh terima pakai,"
soal Fakhrul Azman.

Nafarul kemudian menjelaskan sambil tersenyum:


"Saya minta maaf Hakim, saya memang ada masalah cepat lupa dan saya tidak ingat dengan keterangan saya sebelum ini".


Info : Mstar

Zoom: Apa kata anda ?