Mei 21, 2012

Artis Malaysia : Adi Putra Batal Hasrat Untuk Cerai Isteri

Alhamdulillah..ini yang ZoOM baca hari ini mengenai Adi Putra yang sebelum ini memfailkan kes penceraian di Mahkamah Syariah kini mengambil keputusan untuk menarik balik kes berkenaan.

Beliau enggan menjawap isu penceraian apabila ditanya oleh wartawan tetapi tampil dengan jawapan berikut :

"Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," katanya.

Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!