Mei 21, 2012

Berita Hollywood : Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb Meninggal Dunia



LONDON: Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang dilaporkan koma sebelum ini meninggal dunia pada usia 62 tahun, pagi Isnin.

Beliau meninggal dunia akibat selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah hati dan kolon.

Kematian Gibb disahkan oleh ahli keluarganya.

"Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (pagi Isnin) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan.

"Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini," kata keluarga penyanyi itu dalam kenyataan.


Barry, Maurice dan Robin Gibb mencipta nama dalam dunia pop pada 1970-an dengan lagu-lagu popular termasuk "How Deep Is Your Love", "Stayin’ Alive", dan "Night Fever".

Kumpulan tersebut meraih penjualan album sebanyak 200 juta salinan, meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan Rolling Stones dan Pink Floyd.

Sumber : Mstar


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!