Terkedu juga zoom baca "statement" Memey dalam satu laman web ni, Yer Lah nak kahwin dengan duda yang ada anak mestilah berbaik-baik dengan Orang tua ( masa Raya ), sekarang ni kena ambil hati anak-anak. kalau line dah clear baru laa terima P******* si Dia. Apa pun Anda baca la "statement" di bawah ni..!!
Baca Selanjutnya
Masih banyak perkara yang belum dikecapinya dan kini, kata Memey, dia sedang meletakkan usaha yang kuat bagi memastikan cita-citanya untuk terus berada di dalam bidang seni ini tercapai.
Memikirkan masih jauh perjalanannya untuk mengukuhkan nama sebagai anak seni, gadis berusia 21 tahun ini juga sanggup mengetepikan dulu perkara-perkara lain termasuklah tentang perkahwinan.
Bukannya tidak pernah berbincang dengan kekasih hati, Norman Hakim, tentang masa depan mereka, tetapi kata Memey, setelah sama-sama memikirkan tentang banyak perkara, kedua-duanya merasakan mungkin masih belum sesuai untuk mendirikan rumahtangga buat masa ini.
"Dia (Norman) sendiri memang pernah mengutarakan tentang topik perkahwinan. Tapi, saya rasa buat masa sekarang, belum sesuai untuk kami berbuat demikian. Umur saya pun masih muda. Tapi, tidak pernah pula saya letakkan sasaran bila umur yang sesuai untuk berkahwin.
"Apapun, susah sebenarnya bila bercakap tentang hal jodoh ini kerana kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Walaupun saya cakap belum tiba masanya untuk berkahwin, tapi siapa tahu entah esok lusa, sampai 'seru' kami berkahwin.
"Mula-mula dulu, kami fikir, ingin selesaikan dulu kes khalwat yang disabitkan ke atas kami, yang mana ia masih dalam perbicaraan lagi dan selepas habis, barulah fikir tentang hal lain. Tapi, sekarang ini tak tahulah pula macam mana kerana mungkin juga perjalanan kes ini akan memakan masa yang lama.
Sebab itu saya rasakan, lebih baik 'go with the flow' saja. Insya-allah, jika kuat jodoh kami, adalah," katanya ketika ditemui pada sesi pra-tonton drama-drama TV3 di Cineleisure Damansara, semalam.
Menurut Memey, dia bersyukur kedua-dua belah keluarga tidak pernah mendesak walaupun dia akui, hubungan kedua-dua belah sudah semakin rapat. Malah, katanya lagi, sekurang-kurangnya, tempoh ini dapat membuatkannya lebih mengenali hati budi Norman.
"Kami pun baru lebih kurang setahun kenal rapat. Tapi, saya tidak nafikan, setakat ini memang saya semakin selesa dengannya. Begitu juga dengan hubungan saya dan anak-anak Norman, kami makin selesa berdampingan selepas pertama kali bertemu sebelum hari raya lepas.
"Jika ada masa terluang, Norman akan bawa anak-anaknya keluar bersama dengan saya. Dania, anak kedua Norman juga amat rapat dengan saya," kata Memey dalam nada ceria.
Norman mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, aktres Abby Abadi iaitu Mohamad Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1.
Ditanya tentang perkembangan karier lakonannya ketika ini, kata Memey, dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Balqis yang akan mula ditayangkan di slot Akasia di TV3 bermula 2 November ini.
Turut membintangi drama arahan Heykal Hanifah ini antaranya ialah Eira Syazira, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Ainul Aishah dan Hamidah Wahab.
Memegang watak sebagai Marisa, kata Memey, karektornya adalah seorang gadis yang lemah-lembut, tetapi telah dipergunakan oleh abang dan ibu saudaranya untuk merebut harta suaminya, lakonan Zamarul.
Masih terus dilihat membawakan watak perempuan 'baik', ujar Memey, dia tidak kisah tawaran watak seperti itu yang sering singgah buat dirinya.
"Saya 'ok' saja. Bagi saya, tidak kisahlah bawa karektor yang lebih kurang sama saja kerana mungkin produser merasakan saya lebih sesuai untuk watak seperti ini.
"Tetapi sejujurnya, saya juga mendambakan watak-watak yang lebih berat, cuma mungkin belum berpeluang lagi," tutur pelakon ini.
Zoom Komen: Apa-apalah Memey Asal anda bahagia, cepat-cepatlah kahwin. Gossip sana-sini dah mengata, kalau dah kahwin dah boleh tutup mulut dan bekukan tangan penulis gossip ni :)..APa komen anda !!?