Zoom terbaca pagi ni komen Maiza di satu laman web hiburan, ramai juga peminat maiza ni, dikalangan tue kebanyakannya pemuda yang bawah 30-an.Mungkinkah golongan yang mengilai maiza ini bersimpati dengan nasib Maiza atau GOLONGAN yang sengaja mengambil peluang dengan populariti mendadak Maiza sebagai selebriti malaysia.Sila baca selanjunya temubual Maiza dengan "Press"...
Baca Selanjutnya
CAKAP susah, tak cakap pun susah. Begitulah yang dirasai oleh model iklan biskut D. Haiz dan penyanyi Maiza lantas mengambil keputusan untuk tidak memberikan komen berhubung dakwaan dia akan berkahwin dengan lelaki berusia 20-an pada hujung tahun ini.
Serba salah dibuatnya namun biasalah, Maiza tetap perlu memberikan komen jika tidak banyak pun cukuplah sekadar untuk menutup mulut orang.
Bergelar selebriti ‘segera’ bukan mudah untuk dipikul olehnya kerana sejak kemunculannya dalam industri seni ini, banyak tohmahan dan pujian yang telah dilalui oleh bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini.
Tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan itu, Maiza akhirnya memberikan jawapannya sambil tergelak di hujung talian.
Walaupun pada mulanya agak berat untuk memberikan jawapan, ibu kepada enam orang anak ini akui dirinya memang dalam proses mengenali hati budi seseorang.
“Kalau nak tahu siapa orangnya, tunggu sahajalah. Biarlah orang nak membuat teka-teki tentang tarikh perkahwinan saya.
“Kalau saya tak kahwin bulan 12 nanti, orang yang buat cerita tu kena. Sekarang, saya nak tumpu pada karier. Kalau ada jodoh tak ke mana..
“Apa-apa tunggu masa akad nikah tu dan saya tak nak komen apa-apa,” jelasnya dalam nada tenang.
Diasak dengan soalan berhubung teman lelaki ‘baru’nya itu, wanita berasal dari Ipoh, Perak ini berkata dia baru mengenali lelaki itu selepas bercerai dengan Akhil.
Selain itu, Maiza tidak menafikan yang dirinya mempunyai ramai kenalan lelaki berusia 20-an. Bukan itu sahaja, dikalangan mereka ada juga yang cuba untuk ‘masuk jarum’ atau menggilai Maiza.
“Sejak kisah saya tersebar melalui media, ramai juga orang yang bersimpati dengan saya termasuk lelaki yang berusia antara 24 hingga 29 tahun yang cuba untuk mengenali hati budi saya tetapi saya sekadar anggap mereka sebagai kawan biasa kerana saya nak tumpu kepada bisnes.
“Entahlah, sekarang ni macam-macam cerita yang keluar tetapi tentang jodoh ni kalau dah tiba masanya saya akan beritahu juga,” beritahunya lagi.
Menyentuh tentang ciri-ciri teman hidupnya nanti, Maiza menjelaskan dia tidak kisah tentang usia lelaki itu sama ada lebih muda atau tua daripadanya.
“Berkahwin dengan lelaki muda? Saya tak kisah kerana tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini asal ada keserasian kerana jodoh di tangan Tuhan. Sedangkan Nabi Muhammad juga bernikah dengan wanita yang jauh lebih tua daripadanya..,” katanya yang akan berkunjung ke Kelantan pada 28 Oktober ini untuk menghadiri jemputan program ‘Pesona Gala Cik Siti Wan Kembang’.
Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Cempaka Club Muslimat itu akan berlangsung pada 29 Oktober, Khamis, pukul 3 hingga 5.30 petang di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Kelantan.
Selain Maiza, artis lain yang akan turut serta adalah penyanyi Heliza AF5, pengacara Farrah Adeeba serta model dan pelakon Zahnita Wilson.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri majlis ini, bolehlah dapatkan tiket dengan menghubungi Cempaka: 09-7474082 atau 09-7474545.
Maiza juga memaklumkan yang dia dalam proses membuka sebuah butik di Ipoh, Perak.
Zoom Komen: Zoom doakan semoga Maiza cepat mendapat jodoh, kalau tak sana sini gossip mengenai beliau keluar di media cetak malahan didunia gossip internet ni..!!! Semoga berbahagia..!!! Apa KOmen Anda !!?