Jun 26, 2009
(Gossip) Ako Bakal Bergelar Bapa, Tertekan Tiada Kerja !
Ako dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah.
AKTOR Ako Mustapha yang pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita kini sedang berada dalam keadaan tertekan apabila banyaktawaran lakonan yang terbatal tanpa sebab yang munasabah.
Ini kerana, ia merupakan kali pertama suami kepada Kartina Shuaib Abdullah ini menempuhi hal seumpama ini lebih-lebih lagi dia bakal bergelar bapa nanti.
“Karier saya sangat perlahan sekarang dan memang saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan langsung setakat ini.
“Saya rasa sangat stres dan merasakan kehidupan ini agak ‘tough’ dan bertambah ‘struggle’ dengan keadaan saya yang mempunyai isteri dan bakal mendapat anak nanti.
“Tetapi, apa yang saya boleh lakukan. Saya telah buat yang terbaik. Jadi, selepas ini saya perlu mencari jalan lain untuk menyara kehidupan sekeluarga,” kata Ako.
Ako yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan Anang Sagunting dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, 21 April lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammadatas kes khalwat Ako dan dia dianggap telah menghina mahkamah setelah empat kali gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.
Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah SyariahSelangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20pagi, pada 27 Jun 2007
Zoom Comment: Semoga Pengalaman Lama Menjadi Pengajaran,Mulakan Lah Hidup baru kerana Perjuangan Sebagai Anak Seni Tanah Air Belum Selesai.Setiap Insan Yang Lahir didunia tidak Akan sempurna,setiap insan pernah melakukan kesalah.Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya