Memaparkan catatan dengan label Artis Scandal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Scandal. Papar semua catatan

Ogos 28, 2009

(Gambar) Panas Datuk K Dikelilingi 11 Wanita


Senyum Lebar Pakcik K ni...Misai dia memang superb sampai Dato Ct Terpikat..
Kawan Zoom Selalu tengok Siti Dan Dato K ni Kat SJMC subang Jaya Buat Medical Check Up..Bila la nak dapat erkk...Sure zoom akan tau bila dato CT ada ehem2 hehehehe Paparazi dan mamarazi ramai...Anyway bebudak pompuan Dato K Mmg Hendsome.. :P

Julai 14, 2009

(Gossip) Memey Cintakan Norman ? Nak Kahwin ?


Memey secara jujur turut memberitahu tiada orang lain dalam hidupnya sebaliknya seorang duda bernama Norman.

Walaupun ada keserasian di antara mereka tetapi untuk membuat keputusan berkahwin bukannya mudah.

Malah Memey juga tidak mahu terburu-buru sama ada untuk berkahwin ataupun bertunang terlebih dahulu. Bukan apa, buat masa ini mereka dalam proses untuk mengenali hati budi selain memikirkan soal berumah tangga.

Kata Memey, kahwin mungkin mudah tapi tanggungjawab yang bakal dia pikul sebenarnya tidak semudah yang difikirkan.

“Tanggungjawab sebagai isteri agak berat. Kalau ada jodoh saya dengan Norman, anak-anaknya juga perlu menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Dalam masa yang sama juga saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada suami dan rumah tangga sedangkan ketika ini saya mahu serius dalam bidang seni.

“Tetapi saya mengaku buat masa ini saya lebih selesa untuk keluar dengan Norman kerana dia bukan lagi suami orang,” katanya.


Zoom Comment: Alahai Memey,Kahwin Je la terus Dik...Nak Tunggu Apa Lagi..Dah Satu Malaysia Tahu..Kalau dah Kahwin Hilang Dah gossip2 tue..Kalau Berkepit kiri kanan lagi la rancak Blogger @ web @ Media2 ni :P Betul Tak U alls :P

Jun 17, 2009

(Gossip) (Gambar) Aksi Sam Bunkface Hampir Cium Juliana Evans


Apakah Jadahnyer Artis-artis Zaman Sekarang ni,Kerana Nila Setitik Rosak Sebelanga.Zoom Bukan Suka Nak Gossip atau mengutuk orang tapi sebelum orang lain cakap biar zoom cakap..Mana hilangnya budaya Masyarakat Malaysia sekarang ni,Tanpa Segan silu Nak Peluk cium Orang..Contoh Gambar Ni..ISkkk Malas Nak comment Korang Jer Comment k..

P/S : Zoom Nak Terjah Cerita Lain Pulak...

Jun 16, 2009

(Gossip) Jejaka Melayu "skandal" pasangan Maya Karin!



maya tengah cari pasangan jejaka melayu.....jeng jeng jeng! siapakah yang sesuai untuk jadi pasangan hero filem terbaru maya karin nanti...? ciri cirinya, romantik, kelakar, charming, dan mestilah boleh berlakon!

ramai yang sudah datang ujibakat untuk watak filem tu...maklum lah, siapa tak nak berebut jadi hero kepada perimadona filem melayu yang cantek jelita nih! setakat ni, hero Maya adalah Rosham Nor, Rushdi Ramlie , Saiful Apek dan Farid Kamil....so, dalam senarai senarai di bawah ni, korang rasa siapa yang sesuai digandingkan dgn Maya Karin dalam filem Romantik Komedi ala ala Julia Robert dengan Hugh Grant ni....??? Dengar khabar, nama-nama yang disebut termasuklah:

1. Aaron Aziz
2. Fahrin Ahmad
3. Adi Putera
4. Bront Palarae
5. Farid Kamil
6. Que Haidar
7. Aflin Shauki.....sesuai ker?
8. Remy Ishak
9. Awal Ashaari



Kalau korang ada nama baru, suggest2 kan lah, mana tahu, lepas maya atau penerbit filem ni baca Blog Ini, diorang pun suka pulak!

Sorry Yerr Zoom Tak Tau APa Nama Tajuk Filem, Ni Pun Cilok Kat Cari :P


LATEST INFO: watak hero tu mamat kampung kerja sawah, ternak kerbau! nampaknya, banyak nama kena singkir kalau nak carik yang muka kekampungan pulak dah!

(Gossip) Ashraf Muslim, Sherry Ibrahim putus cinta?


Alahai Ada Lagi Artis Yang Putus Cinta,Kesian Dengar...
Tapi KOrang Percaya tak
dalam beberapa Bulan atau Minggu Je Tentu Ada Pengganti.

Kononnya aktor dan aktres yang sedang ligat di pentas lakonan, Ashraf Muslim dan kekasihnya, Sherry Ibrahim, kini berdepan masalah dalam perhubungan apabila ada desas-desus yang menyebut, antara mereka tiada lagi rasa cinta, kasih dan sayang yang dibenih sejak sekian lama, akhirnya lalang yang tumbuh melata.
Baru-baru ini juga Sherry ada membuat kenyataan, dia rasa bertuah apabila dipertemukan dengan Ashraf kerana pelakon kacak itu banyak membimbingnya sepanjang mereka menjalin hubungan cinta.

Dalam hubungan percintaan kami, orang mungkin nampak Ashraf ini lembut dan tidak banyak cakap. Sementara saya pula dilihat lebih mendominasi.Padahal, apa yang berlaku sebaliknya. Ashraf sangat tegas dan tahu apa yang dia mahukan.
Kadang-kadang apabila ada masalah timbul dia akan bercakap sekali saja, tetapi sudah cukup untuk membuatkan saya faham, sekali gus mengelak perselisihan faham yang timbul berpanjangan," kata Sherry kepada Harian Metro, 2 Jun lalu.

Macam-Macam Jugak Citer Artis Kat Malaysia Ni...Yang Tengah Hangat Bercinta kiri kanan berkepit,Angin Tak ada ribut tak ada tiba-tiba Je Kuar CIter Dah Berpisah..Nak Buat Macam Mana Kan...Dah Satu Malaysia Kenal Korang..Bersabar jer la....

Pesanan Zoom : Ingatlah Orang Tersayang,Jangan Ingat Scandal Tersayang :P

Jun 14, 2009

(Gossip) Marsha Sedang Bercinta Dengan Hans ??


MEMANG selepas putus cinta dengan Kefli, Marsha laku macam pisang goreng panas. Yelah, siapa yang tak nak berpacaran dengan gadis secantik dia. Baru-baru ini, Marsha sempat digosipkan menjalin hubungan dengan pemain drum Estranged, Andy.

Bagaimanapun mereka berdua menafikan hubungan intim itu. Dan Marsha pun kata dia solo sekarang. Tapi baru-baru ada orang beritahu Diva, Marsha sebenarnya bukan ada hubungan dengan Andy, tapi aktor kacak, Hans Isaac. Hal ini disahkan sendiri oleh teman baik Marsha.

Menurut teman Marsha, bekas peserta AF ini baru sahaja menjalin hubungan mesra dengan Hans, dan kini nampaknya mereka macam orang bercinta.

Oh yeke? Kalau betul, apa salahnya sebab dua-dua pun solo dan kali ini mungkin tak akan ada tentangan dari segi kepercayaan agama.

Jun 12, 2009

(Gossip) Nabil Bawa Irma ke Perth Australia ??


Ini Gossip dan info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang!

Paparazi Malaysia kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.

"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.

"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata Paparazi Itu yang menghubungi Mangga Muda.

Apabila dah nampak mereka duduk berdua, Paparazi Malaysia pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.

Paparazi Malaysia tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Apabila dia cerita kat Mangga Muda, Mangga Muda beritahu kat dia memang Nabil ada ke sana untuk tujuan penggambaran program TV.

Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu.

Nabil2..Irma2..Kawinnn laaaa dik...Bila Lagie...Gossip Dah
BErdozen2 datang ni..Apa pUn Jaga La privacy kita sebagai umatnya...

Jun 10, 2009

(Konterversi) Haleeda Di serang Isteri Pelakon ???


Macam-macam Gossip Artis ni, yang terbaru Haleeda di serang isteri kepada
seorang pelakon di tempat Shooting filem.
Kalau Tak kerana Angin Tak kan Pokok Bergoyang,Tapi kalau tanpa
bukti yang kukuh kenapa pula nak serang Haleeda?
Dunia Hiburan penuh dengan dugaan, bersabar je la Haleeda mungkin
isteri pelakon tu main serkap jarang je kot...Apa-apa pun teruskan
perjuanganmu sebagai seorang anak seni..

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan..sooo kita tunggguu je keputusan pak Polis :P

p/s: kepada artis-artis di luar sana tu, berhati-hati bila berdepan
dengan suami orang :P sediakan payung sebelum Hujan...

Jun 09, 2009

(Gossip) Sosial nya Bunga Cinta Lestary dan Asyraf






Malas La Nak Komen Laki Bini NIe, Tadi buka Cari Forum
Last2 Tengok bebudak post gambar ni, so korang komen la
yer :P

-=Kita Hanya mampu Melihat Tapi Mereka Yang Tentukan=-

Jun 08, 2009

(Gossip) Anuar Zain Dah Ada Awek?

PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA
7 Jun 2009
Anuar Zain dengan siapa tu?

TERSENTAK seorang kawan Joyah apabila melihat artis pujaan hatinya, Anuar Zain bermesra dengan seorang wanita muda yang cantik rupa parasnya.

Mana taknya selama ini tak pernah Anuar Zain memberitahu dia sudah berteman. Tapi di suatu petang ketika teman Joyah sedang memandu dan berhenti di lampu isyarat, dia terserempak dengan Anuar Zain.

Penyanyi Lelaki Ini itu sedang memandu kereta BMW dan teman Joyah yang angaukan Anuar Zain itu berada betul-betul di sebelah kereta yang dipandu Anuar. Yang membuatkan tangkai hati teman Joyah ini bagai nak tercabut bukanlah kerana Anuar Zain berada di sebelah keretanya.

Tapi di sebelah Anuar ada seorang gadis jelita menemani penyanyi popular pujaan hatinya itu. Dan lebih penting, Anuar dan gadis itu kelihatan sangat mesra.

"Punyalah aku cemburu melihat kemesraan mereka. Rasa aku nak keluar kereta dan tanya, siapa perempuan itu," kata teman Joyah dengan perasaan tak puas hati.

Wah! Ini sudah parah. Baru nampak bersama pun dah cemburu. Joyah tak tahulah bagaimana reaksi peminat setia anak Pak Zain ini kalau benarlah gadis yang duduk di sebelah Anuar di dalam keretanya itu benar-benar teman istimewa Anuar.

Mungkin ada yang berendam air mata gara-gara kecewa Anuar sudah ada yang punya. Apapun, nantilah Joyah dapatkan kenyataan Anuar ya!

(Gossip) Akim Akademi Fantasia 7 Buat Perangai ??



(Ini PEtikan Dari Utusan Semalam )

Korang Baca Ler erk....
Aku malas nak komen bab ni..sebab tau tau mana yang betul mana tak..
Baca la Abg Nizam KOmen bab si AKIm AF 7 ni,

Baru popular sikit dah mula nak buat perangai. Macam tu la artis-artis baru sekarang ni. Itulah akibatnya bila artis kita ni tak ada cukup pengetahuan tapi nak jadi artis.

Orang nak jadi penyanyi, dia orang pun berangan besar nak menyanyi. Orang nak jadi pelakon, sesetengah tu pula perasan bagus nak jadi lebih hebat daripada pelakon.

Macam itulah artis kita. Bila kena tegur sikit mula nak naik angin. Ada sesetengah tu sanggup tulis macam-macam perkataan busuk dalam blog.

Minggu ni Niezam tegur sikit pasal Akim yang dapat tempat ketiga Akademi Fantasia Ketujuh (AF7).

Bukannya apa, ramai pihak sudah merungut dan meluat dengan perangai Akim yang dianggap dah besar kepala. Tak dinafikan mungkin Akim agak mentah orangnya. Yalah, baru 18 tahun usianya. Tapi syarikat rakaman ataupun pihak Astro kena latih artis-artis dia orang untuk jadi artis yang berjaya dan berkerja secara professional.

Bukannya apa Niezam dengar banyak rungutan mengatakan Akim suka menunjukkan reaksi kurang senang apabila berurusan dengan orang.

Malah di majlis-majlis tertentu dia suka buat perangai. Contohnya bila tengah bekerja, sibuk nak jawab panggilan telefon yang tak henti-henti masuk.

Yalah... bila dah jadi artis memang dia akan dapat peminat satu dunia tapi kena pandailah membahagikan masa di antara bekerja dan juga bersosial.

"Bukan tu saja, saya selalu perhatikan dia suka buat muka tak puas hati. Muka bad mood. Kalau ada orang tertentu telefon, mulalah dia tunjuk perangai besar kepala dia tu," kata seseorang.

Dalam masa yang sama Akim pernah mengadu kepada seorang wartawan yang dia penat jadi artis dan tak larat nak buat fotografi, promosi dan berlari ke sana ke mari.

Hai dik... baru beberapa hari jadi artis dah penat? Dalam dunia ni tak ada kerja yang tak penat. Orang kampung yang kerja tanam padi tu lagi la penat.

Kalau nak berjaya dalam bidang seni janganlah banyak songel sangat sebab artis yang macam ni tak boleh hidup lama. Tak percaya buat la perangai.

NIEZAM: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia akhirnya mengeluarkan

Jun 05, 2009

(Celebrity News ) Siti Nurhaliza Jadi Polis ????


Comel Jugak Siti Ni Pakai Baju Polis, Kalua Jadi Polis SUre ramai Bos-bos kat pejabat yang nak tackle...nasib baik la Dato K cepat kalau tak melepasla jawapnyer..
ntah bila masa siti pakai baju ni pun tak tau...

Apa2 Pun Jum La COmment Gambar Dato Siti Nurhaliza Diva No 1 Malaysia..

Jun 03, 2009

(Gossip) Beautiful Malaysia Female Celebrities With Ugly Boyfriend Pictures?


Money, money and money is the most important thing in the world. Even if you are not so good looking, you can still get the most beautiful girl as your girlfriend if you have a lot of money.

The problem is how do you earn money? Forex? By blogging? Working 24 hours? Or inherit it from your rich father? You decide as long as the source of the money is allowed by your religious.

Lagi gambar lama Fazura berposing dengan pakwe/balak/bf dia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.



Jun 02, 2009

(Khalwat) Artis Bogel Dengan Dibaluti Kain Langsir ???


PETALING JAYA: Biarpun tubuh sekadar berbalut kain langsir, seorang pelakon lelaki drama mistik dan seram sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.

Kelmarin, pelakon berusia 20-an terbabit menghubungi tunangnya apabila mengadu sakit kepala
Simpati dengan rintihan tunangnya itu, wanita beusia 20-an yang juga pernah menjadi pengacara sebuah stesen televisyen, merelakannya datang walaupun sudah awal pagi.

Bagaimanapun, gelagat merpati dua sejoli itu yang mendakwa bakal bernikah tidak lama lagi, akhirnya menimbulkan kemarahan penghuni lain yang menghubungi pihak berkuasa agama.
Aduan yang dibuat lebih daripada sekali itu akhirnya memaksa penguat kuasa Jais menghantar lima anggota melakukan serbuan.

Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.
Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.

Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.

Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.

Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni.
Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.

Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi.
Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.

Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen.
Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.
Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri.
Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu.
Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.

Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

SIAPA LA JANTAN NI EERKKK....HEBOH HEBOH.... :P
Meh Comment !!!

Jun 01, 2009

(Gossip) Jue Tolak Gelaran Artis Simbol Seks


Ramai peminat tahu Jue digosipkan dengan Shawal AF5, kemudian dia mengaku intim dengan aktor Hans Isaac

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis 'dihujani' dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan.

Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.

Agak mengejutkan apabila menerima gosip mengatakan kira-kira dua minggu lalu, Hans ke set penggambaran drama terbaru lakonan Jue, Orang Minyak Naik Minyak di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sama ada Hans sekadar bergurau atau tanpa berselindung, dia khabarnya turut memberitahu krew yang berada di situ, Jue adalah kekasihnya! Jue dan Hans juga dikatakan kelihatan mesra sebagai pasangan kekasih.

Bagi merungkai persoalan ini, kesempatan bertemu Jue pada satu majlis makan malam baru-baru ini digunakan dengan sebaiknya apabila dia berjaya 'diterjah' dengan gosip terbaru ini. Apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans?

“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru.

“Seperkara lagi, saya tidak suka mempermainkan perasaan orang. Kalau kawan saya katakan kawan, tapi kalau kekasih, saya tidak berselindung. Justeru, antara saya dan Hans sekadar kenalan rapat, kawan kekal kawan. Tidak ada hubungan istimewa antara kami. Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang salah sangka mengenai persahabatan kami,” kata Jue tanpa berselindung dan lebih senang berterus-terang.

Akui serasi dengan Shawal

Bagaimana pula dengan desas-desus yang turut mengaitkan Jue dengan Shawal, Ally Iskandar TV3 dan terbaru bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad apabila ada sumber memberitahu, anda khabarnya pernah dilihat keluar bersama lelaki berprofil tinggi itu?

“Shawal saya kenal ketika kami sama-sama menjayakan rakaman Muzikal Raya tidak lama dulu. Kami boleh ‘ngam’ kerana sekepala. Tak ada nak ‘control-control’ atau plastik. Shawal seorang yang kelakar, tapi sama seperti Hans, hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan. Ally pula kawan berborak, dia seorang pendengar yang setia. Tak ada apa-apa pun yang istimewa dalam persahabatan kami.

“Fahrin, saya dah lama mengenali dirinya. Ketika saya mengenali Ako (Mustapha) dulu, dalam masa sama, saya turut mengenali dirinya. Saya akui, memang kami pernah keluar makan bersama. Tapi, tidak ada sebarang perasan yang wujud antara kami. Sehingga hari ini, antara saya dan Fahrin, kami kekal sebagai kawan baik.

Justeru, adakah Jue ingin memberitahu, anda masih solo selepas putus cinta dengan Jehan dan bagaimana perasaan anda apabila ada suara nakal yang melabel Jue sebagai play girl?

'Saya bukan playgirl!'

"Tolong, saya bukan play girl! Maksud play girl, apabila bercinta dengan seseorang, dalam masa sama dia turut bermain cinta dengan lelaki lain, tapi saya bukan begitu! Pastinya selepas saya putus cinta, tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya.

“Saya berani beri jaminan, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya sejak akhir-akhir ini, sekadar kawan biasa. Saya tidak mudah terima cinta sewenang-wenangnya. I learnt from bad experience,” kata Jue lagi.

Lari daripada persoalan cinta, Jue turut dijolok soalan pedas, adakah dia bangga dengan gelaran aktres simbol seks Malaysia memandangkan susuk tubuhnya yang ‘menggiurkan’ itu dan mendapat perhatian ramai lelaki?

“Saya tak pernah anggap diri saya sebagai artis simbol seks Malaysia. Tapi, apabila orang tengok air muka dan bentuk tubuh saya, mereka mula melemparkan pelbagai tanggapan negatif. Saya pakai baju kurung pun, orang masih melihat saya seksi. Pun begitu, saya hargai pemberian Tuhan, terpulang kepada orang ramai nak menilai saya dari sudut positif atau sebaliknya.

“Bagi saya, fizikal luaran sekadar bonus, yang penting untuk masa depan ialah hati perlu bersih dan menggunakan akal fikiran dengan bijak supaya orang boleh menghormati kita seadanya. Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit menjayakan produk mereka, tapi saya tetap berhati-hati terima tawaran supaya mereka tidak mengeksploitasikan diri saya,” kata Jue mengakhiri perbualan.

Info Jue Aziz

NAMA PENUH: Zuliana Ab Aziz

TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983

KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik

DARAH CAMPURAN: Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)

PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahawanan dari Kolej Stamford

PENCAPAIAN: Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006

FILEM: Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu

DRAMA: Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Jangan Main Belakang, Rahsia Cinta dan Orang Minyak Naik Minyak

PENGACARA TV: e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3)

TEATER: Naga Chini dan Impak Maksima (bakal dipentaskan)

Info : Blogger Bungai

(Gossip) Tengok! Besar Tu Dada Rozita Che Wan…


Hasil sudut kamera di’tambah lagi dengan kesan efek khas caption menampak’kan seperti adik kecil ini menuding jari ke dada Rozita Che Wan. Anggap sahaja’lah ini gurauan waktu petang ahad daripada OHBULAN! untuk pembaca, Rozita Che Wan jangan’lah pula terasa hati. Kami, lelaki memang alert perkara-perkara macam ini. Ha ha


Info : OHbulan

Mei 31, 2009

(weeding) Johan Raja Lawak Kahwin Jun ???


Menurut sumber CAK, peserta rancangan realiti Raja Lawak musim pertama itu yang sinonim jika berganding dengan rakannya, Zizan mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon jelita, Ozlyn Wati, pada Jun ini.

Tarikhnya tak dapat CAK beritahu kerana belum dapat jemputan lagi. Lagipun perkara ini belum dihebahkan, mungkin mereka berdua mahu buat kejutan kepada orang media macam CAK. Apa tidaknya, angin tak ada guruh tak ada, tup tup mahu kahwin.

Seronok pula apabila CAK mendengar khabar sebegini memandangkan sebelum ini Johan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah, jadi dengan melangkah ke alam perkahwinan CAK harapkan Johan lebih matang.

Maklumlah, pergerakan Johan pasti lebih terjaga di samping isteri tercinta. Bukan apa, sayang kalau bakat jenaka Johan dilupakan orang hanya kerana sikapnya yang kadangkala buat orang naik jelak.

Contohilah bapa saudaranya, Salih Yaacob yang tahu ‘mengawal keadaan’. Mungkin selepas ini Ozlyn boleh menjadi ‘pengawal’ Johan. Tak bolehlah Johan nakal-nakal lagi.

Mei 30, 2009

(Celebrity News ) Julia Hana Sedia Pindah Ke Belanda


Selepas insiden tarik rambut dengan wanita bergelar datin di sebuah pusat beli-belah terkemuka dua tahun lalu, bintang yang mencipta nama menerusi watak bohsia dalam filem Remp-It, Julia Hana, 31, seolah-olah menyepikan diri daripada bidang lakonan.

"Saya lebih suka mendiamkan diri dan bersikap 'low profile', sekali gus meredakan kontroversi berkenaan.

"Secara peribadi saya berasa kecil hati dengan berita yang dilaporkan berhubung insiden berkenaan. Sebab itu, saya mendiamkan diri supaya orang melupakan terus cerita yang meninggalkan kesan dalam hidup saya itu.

"Nampaknya, kontroversi itu tidak berhenti setakat itu saja kerana ada pihak menjaja cerita yang saya sudah pun berkahwin sekarang dan ternyata orang masih tidak lupa cerita kontroversi berkenaan lagi.

"Saya memang tidak ingin memanjangkan cerita itu lagi kerana bagi saya perkara itu sudah pun berlalu. Sekalipun ia cerita yang pahit untuk dikenang, tetapi saya terpaksa menelannya juga.

"Sebenarnya, saya memang tidak ingin dikaitkan dengan cerita itu lagi.

"Terus terang, saya juga masih belum berkahwin seperti yang digosipkan itu," katanya.

Jika nak diikutkan, kata Julia atau nama sebenarnya, Julia Hana Kamarudin bekas anggota kumpulan Expose ini, dia sudah pun bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Maklumlah dalam usia mencecah awal 30-an, sudah sewajarnya saya berkahwin dan membina keluarga sendiri. Malah, emak juga sudah sering bertanya bila saya nak kahwin.

Kesian Jugakkk si Julia Hana ni...nak membawa diri gi Belanda...apa Pun Good Luck...

Mei 29, 2009

(Panas) Isteri Akhil Hayy Di Wanita Hari Ini - Maizawati Zainal


Hasil rumusan daripada temubual tersebut, Maizawati pada mula’nya tidak percaya dengan pelbagai gosip yang melanda Akhil Hayy & Waheeda. Biasa’lah, kehidupan sebagai artis sememang’nya sering di’landa gosip. Namun, sewaktu sesi slowtalk antara beliau & suami, Akhil Hayy meminta izin untuk berpoligami dengan berkahwin dengan Waheeda. Kata’nya lagi, Waheeda juga bersetuju untuk di’madu’kan. Maizawati terkejut dengan permintaan tersebut kerana selama ini mereka berdua sering menafi’kan hubungan mereka terhadap pihak media. Logik akal’nya, takkan’lah pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup.

Maizawati akhir’nya mempercayai gosip yang selama ini melanda mereka, dan mengizin’kan Akhil Hayy untuk berkahwin dengan Waheeda. Namun sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Waheeda pula, dalam Berita Harian mengeluar’kan kenyataan ‘Jangan sampai saya hilang sabar’. Sabar apa tu wawa? Sabar nak kahwin ke? Ha ha

p/s: ustaz Mr. M dulu tak tengok wayang pun.


Mei 28, 2009

(Gossip) Norman, Memey nafi kahwin Jun ini


Pelakon Norman Hakim hari ini menafikan spekulasi akan melangsungkan pernikahan dengan Memey Suhaiza pada 6 Jun ini.

Menurutnya, khabar angin itu yang diuar-uarkan menerusi segmen gosip kendalian sebuah stesen radio swasta tempatan pagi ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Jelasnya, dia dan Memey tidak pernah merancang atau berbincang soal perkahwinan biarpun persahabatan antara mereka berjalan dengan baik.

Saya tidak mendengar radio itu pagi ini. Apabila dapat tahu mengenai gosip tersebut daripada pelbagai pihak, memang saya terkejut.

Mana ada (kahwin 6 Jun). Ia tidak betul. Kami pun tidak pernah berbincang atau bertanyakan soal itu. Kalau jumpa pun, yang kami bincangkan adalah soal kerja.

Lagi Kata Memey: Jodoh Pertemuan Dam Ajal Di Tangan Tuhan

INFO : Utusan