Mei 28, 2009

(Gossip) Norman, Memey nafi kahwin Jun ini


Pelakon Norman Hakim hari ini menafikan spekulasi akan melangsungkan pernikahan dengan Memey Suhaiza pada 6 Jun ini.

Menurutnya, khabar angin itu yang diuar-uarkan menerusi segmen gosip kendalian sebuah stesen radio swasta tempatan pagi ini hanyalah spekulasi semata-mata.

Jelasnya, dia dan Memey tidak pernah merancang atau berbincang soal perkahwinan biarpun persahabatan antara mereka berjalan dengan baik.

Saya tidak mendengar radio itu pagi ini. Apabila dapat tahu mengenai gosip tersebut daripada pelbagai pihak, memang saya terkejut.

Mana ada (kahwin 6 Jun). Ia tidak betul. Kami pun tidak pernah berbincang atau bertanyakan soal itu. Kalau jumpa pun, yang kami bincangkan adalah soal kerja.

Lagi Kata Memey: Jodoh Pertemuan Dam Ajal Di Tangan Tuhan

INFO : Utusan