Mei 28, 2009
(Keluarga Artis) Ieda Moin wif hubby & doter
Ieda bangun awal masakkan bubur anak
Kehadiran zuriat dalam sebuah perkahwinan bukan sahaja dinanti pasangan suami isteri, bahkan juga mampu membawa perubahan peribadi kepada seseorang itu. Ia diakui penyanyi Siti Haida Abd Moin atau lebih dikenali Ieda Moin, 30 tahun. Tambah ahli kumpulan adik beradik Moin ini lagi, kehadiran cahaya mata sulung, Nur Dhia Dania, 1 tahun, hasil perkahwinan dengan Mohd Naquib Idris atau Qibs, 30 tahun, memberi banyak perubahan peribadinya.
Tanggungjawab lebih besar. Itu yang paling ketara. Kalau dulu, tak kisah sangat bangun tidur pukul berapa, nak buat apa pun. Tapi, sekarang ni, apa-apa pun kena uruskan anak dulu. Memandangkan Dania dah makan bubur, jadi biasanya, pagi-pagi, Ieda kena masakkan bubur dia dulu. Suami Ieda tak kisah sangat sebab dia jarang ambil sarapan. Biasanya sama ada minum pagi atau terus makan tengah hari,?ucap Ieda ramah.
Kehadiran Dania bukan sahaja merubah rutin harian Ieda, malah juga suasana di kediaman keluarganya. Memandangkan Ieda dan suami tinggal bersama keluarga Ieda, kehadiran Dania menambah seri dan kemeriahan serta penghibur keluarga ini. 揇alam keluarga Ieda, Dania merupakan cucu ketiga. Dua lagi merupakan anak kakak Ieda. Memandangkan dia seorang saja budak kecil di rumah ini, jadi, sudah tentulah perhatian lebih kepadanya. Datuk, nenek dan mak saudara ada, jadi tak kisah dan bermasalahlah kalau Ieda nak keluar. Selain itu, status sebagai ibu ini juga banyak mematangkan Ieda,?jelasnya lagi.
Mendirikan rumah tangga pada usia masing-masing 27 tahun, Ieda tidak menganggap kehadiran Dania sebagai terlalu awal. 揑eda dan suami memang tidak pernah merancang pun memandangkan faktor umur, jadi, Ieda rasa tidak perlu merancang. Selepas 10 bulan kahwin, alhamdulillah, Ieda hamil. Pada usia 29 tahun, dah bergelar ibu. Insya-Allah, kalau boleh Ieda nak sekurang-kurangnya seorang lagi anak,?luahnya.