Memaparkan catatan dengan label akhil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhil. Papar semua catatan

September 24, 2010

Waheeda Dan Akhil Tak Bagi Maizawati Jumpa Anak


Ku sangkakan  mendung hingga ke petang namun hujan lebat melanda artis ini, jika sebelum ini gossip mengenai keluarga ini sunyi sepi seketika namun cerita mereka kini menjadi perhatian kerana anak-anak.

November 26, 2009

(Cerita Artis)Aikil Hayy: Sudah tiga tahun kes dengan JAIS tak selesai !!!


Zoom bukannya arif dalam bidang ini tetapi sekadar untuk panduan dan berkongsi maklumat dengan pembaca di zoomartis.Jum zoom kisah Ustaz Akhil ini !!!!

"Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy ditahan berceramah tanpa tauliah tiga tahun lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , dia berkata sehingga sekarang kes itu masih tak selesai lagi."



Baca Selanjutnya

"Sehingga sekarang saya perlu mengadap JAIS dahulu sebelum memberikan ceramah kerana sudah mengikut ‘standard’ mereka. Tapi saya hargai pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana saya mendapat kerjasama yang baik dengan mereka.

"Tidak lama lagi, saya dan Astro akan bekerjasama dengan Jawi untuk melakukan sebuah program tetapi tidak boleh dimaklumkan lagi kerana masih dalam perbincangan," ujarnya ketika dihubungi.

Apa komen anda mengenai topic ini !!!?

Mei 31, 2009

(gossip) Saya tak musuhi Waheeda – Maizawati ???


Bagaimana dengan keputusan Maizawati? Adakah hendak teruskan hasrat menuntut cerai?

Ya! Saya sudah dengan keputusan saya. Saya akan buat tuntutan cerai pada 2 Jun ini. Saya mahu ustaz Akhil balik ke Ipoh nanti untuk memudahkan urusan berkenaan. Saya dah hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) tetapi dia tak balas sampai sekarang.

Tak menyesal dengan keputusan ni?

Tak. Saya tak akan tarik balik keputusan saya. Saya dah minta pandangan keluarga dan mereka semua tak campur tindakan saya ini. Syukurlah setakat ini ramai yang menyokong keputusan saya.

Adakah masih sayangkan Akhil?

Dia suami saya. Mestilah sayang. Tapi nak buat macam mana? Saya anggap sudah tak ada jodoh. Cuma saya mahu lepas ni dia tak abaikan tanggungjawab dia pada anak-anak kalau dia nak kahwin lain. Saya berdoa agar dia bahagia. Saya tuntut cerai ni pun selepas fikir masak-masak. Bukan niat nak aibkan sesiapa.

Macam mana perangai ustaz Akhil ni sebenarnya? Kaki perempuan ke?

Perangai? Dia seorang suami yang baik. Saya kenal dia sebab dia suami saya. Saya bahagia dengan dia. Cuma masa dia kata nak kahwin dengan Waheeda pada bulan Februari lalu, saya terkejut. Tapi lepas tu saya bagi keizinan. Saya sanggup bermadu.

Kalau suami seorang yang baik, sepatutnya ada usaha untuk selamatkan keadaan.

Saya dah usaha tetapi seperti ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya biarlah saya buat keputusan untuk menuntut cerai selepas hasrat saya untuk bermadu juga tak mendapat keputusan yang baik.

Mungkinkah Waheeda tak mahu bermadu?

Tak tahulah. Mungkin kot. Sedangkan saya sanggup sebelum ni.

Waheeda kecewa dan merancang nak dedahkan sesuatu kalau Maizawati terus membuat kenyataan. Apa komen?

Saya tak nak besarkan perkara ini. Dia nak dedahkan apa tentang saya kerana saya hanya membuat kenyataan media untuk menuntut cerai. Saya tak burukkan sesiapa malah memberi laluan untuk dia berkahwin dengan suami saya. Saya ambil masa dua tahun melihat dakwaan orang mengenai gosip suami dengan Waheeda. Ini (memohon cerai) adalah keputusan terbaik.

Mungkin dia kurang senang selepas membaca kenyataan Maizawati.

Buat apa dia nak melenting. Bukan saya rampas suami dia pun. Ustaz tu suami saya. Sekarang ni saya tak mahu keadaan menjadi lebih teruk. Lagipun saya dah buat keputusan untuk bercerai.

Ada pendapat mengatakan Maizawati terlalu mengawal suami. Dalam perkataan lain dipanggil queen control. Apa komen?

Kalau betul saya kontrol ustaz, takkan perkahwinan kami bertahan macam ni (13 tahun). Kalau betul juga saya kontrol, takkan ustaz dapat berjalan dengan Waheeda ke sana kemari? Kalau Saya kontrol dia, takkan dia (Waheeda) ada peluang nak “masuk jarum”? kita boleh fikir secara logik.

Apa nasihat Maizawati kepada Waheeda?

Saya berharap dia dapat jadi isteri yang baik dan soleh. Jaga hati semua orang. Jangan ungkit benda yang dah berlaku. Jangan buka semua cerita. Saya dah bagi keizinan dia kahwin dengan suami saya, buat apa dia macam nak marahkan saya? Kalau nak fikirkan secara logik, saya yang sepatutnya serang dia dulu tapi saya tak macam tu. Saya tak ada masalah untuk bermadu.

Nak cakap apa kepada Akhil?

Semoga apa yang dia buat tu terbaik untuk diri dia. Minta dia tak abaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Saya harap selepas ni tidak ada pihak yang hendak bermusuh dengan saya. Kita boleh jadi kawan. Saya pun tak ada masalah berkawan dengan Waheeda.

Mei 29, 2009

(Panas) Isteri Akhil Hayy Di Wanita Hari Ini - Maizawati Zainal


Hasil rumusan daripada temubual tersebut, Maizawati pada mula’nya tidak percaya dengan pelbagai gosip yang melanda Akhil Hayy & Waheeda. Biasa’lah, kehidupan sebagai artis sememang’nya sering di’landa gosip. Namun, sewaktu sesi slowtalk antara beliau & suami, Akhil Hayy meminta izin untuk berpoligami dengan berkahwin dengan Waheeda. Kata’nya lagi, Waheeda juga bersetuju untuk di’madu’kan. Maizawati terkejut dengan permintaan tersebut kerana selama ini mereka berdua sering menafi’kan hubungan mereka terhadap pihak media. Logik akal’nya, takkan’lah pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup.

Maizawati akhir’nya mempercayai gosip yang selama ini melanda mereka, dan mengizin’kan Akhil Hayy untuk berkahwin dengan Waheeda. Namun sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Waheeda pula, dalam Berita Harian mengeluar’kan kenyataan ‘Jangan sampai saya hilang sabar’. Sabar apa tu wawa? Sabar nak kahwin ke? Ha ha

p/s: ustaz Mr. M dulu tak tengok wayang pun.


Mei 10, 2009

Artis Malaysia : Bukan ana pegang si Wawa - Akhil turut jawab isu rambut rebonding dan gelaran ustaz

"DON'T wake up the sleeping dog," pesan Akhil Hayy, 40, ketika ditanya perihal kontroversinya yang tidak pernah surut. Sememangnya penyanyi rock yang kemudian bergelar ustaz ini tidak habis-habis dikaitkan dengan penyanyi irama padang pasir, Waheeda, 31.

Mula-mula dikatakan bernikah secara senyap-senyap, kemudian menonton wayang pada tengah malam dan minggu ini, kecoh pula tentang gambar santai di tepi pantai.

Ia dikatakan gambar-gambar Akhil melepak dengan Waheeda di atas pasir bersama beberapa orang lagi yang wajah mereka telah dikaburkan.

Kononnya, mereka pergi makan ikan bakar di Port Dickson setelah habis penggambaran. Seorang lagi wanita dalam gambar itu didakwa seorang pelakon yang pernah hangat dengan aksi seperti seorang lesbian.

Bagaimanapun, Akhil yang dihubungi Sensasi Bintang semalam enggan memberi komen. Seperti biasa, dia tidak mahu mengiya ataupun menidakkannya.

"No komen, no komen. Ana (saya) tidak mahu cakap apa-apa. Cuma ana boleh katakan bahawa gambar itu diambil untuk adegan-adegan lakonan.

"Kalau ana cakap lebih-lebih orang boleh menyampah dengan ana," ujarnya yang menganggap gosip dirinya dan Waheeda yang tidak pernah selesai merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.

"Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik," ujarnya.

Akhil menambah: "Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?," Akhil bertanya kembali.

Sampai bila agaknya orang akan terus bercerita, tanya saya. "Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.

"Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima," terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.

"Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini," kesalnya yang memang telah masak dengan lumrah hidup selebriti.

"Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi," kata Akhil lagi.

Selain heboh cerita dia dengan Waheeda, ada juga yang mempertikaikan rambut lurus ala rebonding Akhil. Ketawa sahaja Akhil mendengarnya.

"Dulu rambut ana panjang, orang bercakap juga. Kalau nak tahu, rambut asal ana adalah kerinting. Jadi ana luruskan agar senang diurus. Ikut sunah Nabi, ana potong hingga ke paras bahu. "

Akhil yang dipanggil Ustaz Rock ini mahu khalayak lebih menumpukan kepada rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan pada setiap Rabu pukul 7.30 malam di Astro Oasis.

Imbasnya, gelaran ustaz itu sudah diberikan sejak tahun 1986 tanpa pintanya. Itu jawapan bagi yang mempertikaikan bagaimana dia boleh dipanggil ustaz.

Gelaran itu, katanya, sudah sinonim dengan dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.

Sebelum mengakhiri perbualan telefon, Akhil menyeru agar umum tidak menghukum dirinya.

"Cukuplah dengan mengkritik, bukan menghukum kerana yang boleh menghukum hanya Allah. Bila ada bukti jelas, nyata dan terang maka barulah mereka (masyarakat) boleh bersuara dan menghukum."

Perancangannya kini selain berdakwah melalui televisyen, Akhil dalam rangka menyiapkan album yang terkandung lapan buah lagu-lagu ketuhanan. "Semuanya sedang berjalan lancar," katanya.