Memaparkan catatan dengan label konsert artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label konsert artis. Papar semua catatan

Jun 22, 2012

INFO:Diskaun Tiket Konsert Sami Yusuf Untuk Pelajar Dilanjutkan

Penganjur Konsert Salaam Sami Yusuf melanjutkan tempoh diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian tiket di kalangan pelajar sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP), keputusan tersebut dibuat bagi memberikan masa yang mencukupi kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

Konsert sulung bintang lagu-lagu kerohanian antarabangsa itu di sini bakal berlangsung pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kata kenyataan itu, OEP turut melantik sebuah syarikat, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd sebagai ejen penjualan tiket bagi memudahkan urusan penjualan tiket tersebut kepada para pelajar.

Mac 10, 2012

Konsert Kemunculan Semula Cromok Setelah 15 Tahun | Thrashing Kuala Lumpur Live

Kumpulan Cromok yang dianggotai Karl (Gitar), Miji (Drum) & Sam (Vokal & Bass) bakal mengegarkan KL Live, setelah 15 tahun menyepi dengan konsert besar akhirnya kumpulan yang pernah menjadi bualan dibibir remaja-remaja di Zaman ZoOM sudah pasti akan menghiburkan anda semula.

Konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti.

Jika pada zaman 80an dan 90an Cromok pernah mengemparkan anda dengan alunan muzik keras sehinggakan meninggalkan kesan kepada peminatnya. Kini nostalgia itu pasti akan muncul semula pada 8 April nanti.

Dan berikut beberapa ayat dan jawapan daripada orang kuat Kumpulan Cromok :
“Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events)

Mac 03, 2012

Joe Brookes Live di Malaysia | Video Joe Brookes


Seorang lagi artis yang dicungkil bakatnya daripada laman sesawang, kisah populariti artis bernama Joe Brookes anak kelahiran Southampton, United Kingdom ini semakin menarik perhatian peminat seni di Malaysia  khasnya.


Ia diakui oleh beliau sendiri apabila carian di internet mengenai beliau kebanyakannya datangnya dari Malaysia, dan tidak hairanlah jika beliau beria-ria untuk datang ke Malaysia. Buktiknya pada pukul 3 ini beliau akan membuat persembahan di KL LIVE  Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari ini.


Mari kita sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini dilaman Youtube :

Februari 28, 2012

Konsert Erykah Badu Di Batalkan - Datuk Rais Yatim

Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menerusi mesej Twiteer.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan telah mengumumkan pembatalan ini dalam laman sosial beliau hari ini. Beliau telah menulis dalam status twitter beliau, "konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”. 
"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK

Februari 24, 2012

Underoath Live In KL - 10 Mac 2012

Kumpulan metalcore Underoath akan beraksi di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 10 Mac depan. Konsert anjuran Jupiter Projects ini akan diadakan pada jam 5 petang.

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dallas Taylor dan Luke Morton, Underoath mengeluarkan album pertama mereka, 'Act of Depression' dua tahun selepas itu dan berjaya mencatat jualan sebanyak 2,000 album.

Enam album kemudian, Underoath kini diketuai vokalis Spencer Chamberlain. Album terbaru (bukan kompilasi) mereka dikeluarkan pada tahun 2010 dengan judul 'Ø (Disambiguation)'.

Jika anda belum mendapatkan tiket ke konsert mereka, anda masih boleh membelinya pada harga RM148

Februari 18, 2012

Kylie Live at Malaysia 23 March 2012

ZoOM terbaca berita mengenai artis daripada Hollywood ini yang akan membuat persembahan di Malaysia pada bulan March 2012 ini. Bagi anda yang meminati artis daripada seberang laut ini datanglah beramai-ramai dan berikut berita untuk dikongsi bersama dengan anda di ZoOmartis :

Kylie will be headlining the first ever F1 Rocks show in Malaysia staged at the base of the city’s iconic PETRONAS Twin Towers on Friday 23 March 2012.

Speaking of her upcoming F1 Rocks debut, Kylie commented: “I am really looking forward to visiting your beautiful country and performing for my Malaysian fans for the first time!
“I will be visiting the Sepang International Circuit and the F1 paddock, sampling the action on the race track and cheering on my favourite drivers! I am so excited to be performing at F1 Rocks in front of the famous PETRONAS Twin Towers, I hope everyone enjoys the show!” She added.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Februari 05, 2012

Evanescence KL Live 23 Februari 2012 - Buy Ticket Now !!

PETALING JAYA: Kumpulan band popular, Evanascence akan muncul di pentas Kl Live, Kuala Lumpur pada 23 Februari ini bersempena dengan kemunculan album terbaru dengan menggunakan judul album kumpulan itu, Evanescence.

Di bawah penganjuran JS Concert Productions, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh vokalisnya, Amy Lee dan gitaris Bee Moody itu akan membuatkan para peminat tidak sabar dengan persembahan mereka lebih-lebih lagi ingin melihat kemunculan barisan ahli yang baru.

Bagi yang ingin melihat kehebatan kumpulan ini, tiket konsert boleh didapati menerusi beberapa outlet seperti Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve: Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Harga tiket bermula daripada RM98 (tempat duduk bebas), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone).

Januari 07, 2012

Konsert Datuk Ahmad Nawab Di Seluruh Negara

GEORGETOWN 7 Jan. – Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab akan mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi memberi peluang kepada peminat menyaksikan persembahannya bersama artis-artis yang mencipta nama menerusi lagu-lagu ciptaannya.

Konsert Seniman Negara itu akan bermula Februari ini di Melaka dan kemudiannya ke Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Singapura.

"Saya berharap sangat agar konsert ini juga dapat diadakan Pulau Pinang iaitu tempat kelahiran saya. Saya akan cuba berbincang dengan pihak penganjur kalau kita boleh bawa konsert ini di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan teh bersama seniman negara anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di sini semalam.

Ahmad berkata, antara artis terkenal dalam siri jelajah itu ialah Datuk Khatijah Ibrahim dan Jamal Abdillah.

Julai 23, 2011

David Archuleta Sampai Ke Malaysia Isnin Ini !!


Bagi anda diluar sana yang meminati David Archuleta yakni juara progam American Idol musim ketujuh, inilah masanya kerana beliau dijangkakan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.50 tengah hari.

Untuk makluman anda David Archuleta datang ke Malaysia sempena "David Archuleta Live In Malaysia 2011" pada hari selasa di Stadium Negara.

Jika berminat dan anda boleh lah melawat laman web www.ticketcharge.com.my (Ticket Charge) dan www.airasiaredtix.com (AirAsia RedTix).

Dan harga tiket :

1. RM300 (tempat duduk VIP)
2. RM230 dan RM190 (tempat duduk bernombor)
3. serta RM150 dan RM90 (tempat duduk bebas).

ZoOM : Jika anda pergi jangan lupa sharelah gambar tu ye...maklum saja lah ZoOM Busy dan tidak mempunyai masa untuk menonton konsert David ni.




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 24, 2011

Suami Ning Baizura Berhenti Kerja Demi Isteri


Bertuahnya akak Ning Baizura kita ini kerana mempunyai seorang suami yang memahami kerja beliau sebagai artis. ZoOM berkata demikian kerana bukan sahaja memahami tugas seorang isteri tetapi sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menguruskan perjalanan seni Ning Baizura.

Untuk pengetahuan anda suami akak Ning Baizura kita ini telah berhenti berkerja dan menjadi orang kuat Ning dalam pemasaran dan strategi beliau. Bersesuaian dengan pengalaman beliau sebelum ini sebagai pengurus pemasaran.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.


ZoOM : Apa Komen anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jun 15, 2011

Radhi OAG Kembali Setelah 5 Bulan Di Rumah Pengasih

5 Bulan Lepas

Semoga sekembalinya saudara Radhi OAG atau nama sebenar beliau Muhammad Radhi Razali, 33 dipersada seni tampil dengan semangat dan azam baru. Setelah penat lelah dan perjuangan yang sudah pasti menguji segenap sudut selama berada di Rumah Pengasih akan digunakan sebaik mungkin.

Untuk pengetahuan anda di ZoOMartis.Net @ Facebook, beliau akan membuat penampilan semula bersama kumpulan baru yang diberi nama Outlet yang terdiri daripada rakan-rakan beliau daripada ahli pengasih dan rakan beliau iaitu Hafiz (dram) dan Muhammad Muazam (giratis).

Pada 25 Jun 2011 bertempat di Downtown Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang Kumpulan Outlet akan mengadakan persembahan disana.

ZoOM : Semoga Berjaya Bro...Mulakan hidup baru. Apa KOmen Anda?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

April 25, 2011

Gambar Konsert Michael Learns To Rock ( MLTR ) di KLCC



Gambar ini ZoOM dapat daripada kawan yang pergi ke konsert Michael Learns To Rock ( MLTR ) di KLCC semalam. Nak pergi tapi disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, bak kata orang yang penting perlu diutamakan.

Lagi gambar semasa konsert tersebut :

April 21, 2011

Justin Bieber dan Selena Gomez tiba di KL Hari ini

Kepada peminat Justin Bieber diluar sana berita baik untuk anda kerana beliau dijangkakan akan sampai di KLIA pada hari ini ( Khamis ) pada pukul 2.30 petang. Kalau free pergi lah KLIA dan jangan lupa share dengan ZoOM dan pembaca di ZoOMartis yer.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

Dan Harga  tiket Konsert :


RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

OPS dah habis...Sorry...!!

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Februari 02, 2011

Konsert "Triple Malaysia In Concert " Bermula Mac Depan

Satu lagi konsert yang diatur untuk peminat irama rock di luar sana kerana ada pihak yang akan menampilkan beberapa kumpulan rocak bersama masyarakat di luar sana. Konsert yang menampilkan kumpulan May, Amuk dan juga XPDC akan bermula di Dataran Masyarakat Gemenceh, Negeri Sembilan.


"Salah satu objektif utama konsert ini adalah untuk mengangkat kembali muzik rock 80-an yang sebenarnya masih mempunyai ramai peminat terutamanya di luar bandar," jelas Mohd Asri Ramli, pengarah urusan syarikat penganjur, Triple Trouble Entertainment.

Januari 23, 2011

DEFTONES LIVE IN KL 14 FEBRUARY 2011

Are you waiting for Deftones? This year, this February. Deftones, one of the biggest underground bands in the world make their way onto Malaysian shores for their first ever concert in the country. They will come to Malaysia!! 14 February 2011 at the KL Live, Jalan Sultan Ismail! Powered by Tune Talk.


Remember the band’s first mainstream break was through their 1997 album Around the Fur. Songs from this album, My Own Summer (Shove It) and Be Quiet And Drive (Far Away), gained regular airplay on radio and MTV. The band’s latest album is Diamond Eyes, released in early 2010.? The band’s current line-up are Chino Moreno (Vocals), Steven Carpenter (Guitar), Sergio Vega (Bass), Abe Cunningham (Drums) and Frank Delgado (programmer/D.J./keyboards).

Disember 27, 2010

Konsert Maher Zain Di Summit Hotel

Penyanyi Lubnan ini akan membuat persembahan di Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan berlangsung pada 26, 27 dan 28 Disember ini, pukul 8 malam di Summit Hotel, Subang Jaya.


Jika anda pemint artis luar yang tengah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat Malaysia terutamanya gadis-gadis diluar sana.

Disember 25, 2010

Konsert Gemuruh Double Trouble Hari Ini di Sunway Lagoon

Jika anda meminati kumpulan Search dan Wings inilah masanya, malam ini bertempat di Sunway Lagoon Petaling Jaya Selangor. Amy dan Awieyang merupakan penyanyi utama akan menghiburkan peminat mereka yang sehingga kini menyokong perjuangan dalam arena muzik tanah air.



Tiket-tiket Konsert Gemuruh DT ini boleh didapati pada harga RM70 dan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih pihak penganjur untuk peminat-peminat, istimewa untuk mereka yang membeli empat (4) tiket akan memperolehi satu tiket percuma.

Disember 11, 2010

ROCK THE WORLD 10 GEGAR KL

KUALA LUMPUR - 5 Disember: buat kali kesepuluh, peminat muzik akan diraikan dalam satu konsert paling hebat 2010, ROCK THE WORLD 10, sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh acara ini, pada Ahad, 26 Disember 2010 bertempat di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil.

Kemeriahan acara ini akan bermula pada pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.

Disember 02, 2010

Digi Jadi Penaja konsert Wings dan Search

Nampaknya kedua-dua kumpulan yang masih diminati sehingga hari ini mampu tersenyum kerana ada pihak yang menanggung semua kos konsert mereka.

Wings dan Search kini mampu menarik nafas lega apabila konsert mereka DiGi Live - Konsert Gemuruh DT Search & Wings yang akan diadakan pada bulan depan mendapat kerjasama daripada DiGi.

November 06, 2010

Wonder Girls Datang Ke Malaysia Pada 11.12.2010

Konsert Wonder Girls akan berlansung di Area Of Stars, Genting Highland pada 11 Disember dengan harga tiket bermula dari RM130, RM180, RM250, RM280, RM320 & RM420. Memang mahal, tetapi kami yakin peminat Wonder Girls tidak akan mengendahkan harga tiket kerana pengalaman bersama mereka lebih bermakna.


Beli tiket dengan Click di sini ---- > Tiket Wonder Girls