Konsert ini akan bermula sekitar 4 petang pada 8 April 2012 (Ahad) di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Tiket boleh didapati secara online atau di cawangan Ticket Pro dengan harga RM98 (Free Standing Lower Tier) atau RM138 (Free Standing VIP Upper Tier). Setiap pembelian tiket berharga RM138 melayakkan anda menerima cenderahati eksklusif Cromok yang boleh ditebus di pintu masuk KL Live nanti.
Jika pada zaman 80an dan 90an Cromok pernah mengemparkan anda dengan alunan muzik keras sehinggakan meninggalkan kesan kepada peminatnya. Kini nostalgia itu pasti akan muncul semula pada 8 April nanti.
Dan berikut beberapa ayat dan jawapan daripada orang kuat Kumpulan Cromok :
“Idea sebenarnya sudah lama ada, cuma kami nak mencari satu promoter yang berani menanggung risiko untuk menganjurkan konsert sebegini. Nak dijadikan cerita, saya pergi ke sebuah kedai gitar untuk bertemu seorang rakan. Kebetulan, kawan saya mengajak saya untuk makan bersama Iman Tang (Clockwork Events) untuk beberapa urusan. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan berbincang mengenai konsert ini.
“Tak silap saya, perancangan ini dibuat dalam masa kurang daripada sebulan. Nasib baik Iman juga adalah individu yang memahami industri muzik metal, jadi saya harap segalanya dapat berjalan dengan lancar,” ujar Karl yang kini mempunyai 2 orang anak berusia 12 & 5 tahun.
Bagi anda yang sudah melupakan lagi Cromok berikut beberapa video sebagai tatapan anda yang dulu pernah mengoyangkan kepala dan kaki ketika mendengar lagu mereka :
Video :
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Video :
Another You
Rock Kapak
Misery
Misty
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis