Memaparkan catatan dengan label Radhi OAG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Radhi OAG. Papar semua catatan

Februari 03, 2012

Radhi OAG Nak Tinggal Di Pengasih Sampai Mati !

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menjalani pemulihan dadah di Rumah Pengasih di sini, penyanyi Radhi (OAG) membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di pusat pemulihan tersebut sehingga ke hujung nyawanya.

Radhi berkata dia ingin berbakti kepada rumah perlindungan itu yang banyak membantunya menjadi seorang yang bersih daripada najis dadah di samping ingin membimbing pelatih di pusat berkenaan.

"Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

"Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu.

Jun 15, 2011

Radhi OAG Kembali Setelah 5 Bulan Di Rumah Pengasih

5 Bulan Lepas

Semoga sekembalinya saudara Radhi OAG atau nama sebenar beliau Muhammad Radhi Razali, 33 dipersada seni tampil dengan semangat dan azam baru. Setelah penat lelah dan perjuangan yang sudah pasti menguji segenap sudut selama berada di Rumah Pengasih akan digunakan sebaik mungkin.

Untuk pengetahuan anda di ZoOMartis.Net @ Facebook, beliau akan membuat penampilan semula bersama kumpulan baru yang diberi nama Outlet yang terdiri daripada rakan-rakan beliau daripada ahli pengasih dan rakan beliau iaitu Hafiz (dram) dan Muhammad Muazam (giratis).

Pada 25 Jun 2011 bertempat di Downtown Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang Kumpulan Outlet akan mengadakan persembahan disana.

ZoOM : Semoga Berjaya Bro...Mulakan hidup baru. Apa KOmen Anda?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Januari 17, 2011

Radhi OAG Masuk Rumah Pengasih Untuk Dapatkan Rawatan

Radhi Di Rumah Pengasih

Radhi nekad meninggalkan tabiat mengambil dadah yang telah lama bersemadi didalam hidup beliau, dan menjadi salah satu punca masalah keluarga.

Semoga niat murni untuk berubah akan menjadi orang yang berguna.


Jun 08, 2010

Radhi OAG Bercerai Talak Satu Dengan Shazlin !!?

Sedih...memang sedih,tatkala Radhi memeluk bekas isterinya selepas selesai prosiding mahkamah sudah pasti membuatkan sesiapa sahaja berada disitu pasti tersentuh.Mungkin kerana tidak ada persefahaman sejak tahun 2008 membuatkan mereka mengambil keputusan berpisah dengan talak 1.


Walaupun dalam sedih Radhi sempat mendendangkan lagu single terbarunya Limbo kepada wartawan sehingga tergelak dengan gelagat lucunya yang cuba menyembunyikan kesedihannya.


Zoom: Apa kata anda ?

April 10, 2010

Radhi OAG Akui Kini Bebas Dadah

Akhirnya Radhi OAG yang selalu berperangai Hiperaktif akhirnya mengaku bahawa sebelum ini dadah sudah sebati dalam dirinya sejak belasan tahun lagi.Ikuti luahan anak muda ini mengenai kisah DADAH yang pernah menghantui dan sudah pasti akan mengejutkan ramai pihak.


Namun Zoom tabik spring kat Radhi ini sebab berani tampil dan berubah untuk masa depan beliau,




"Terus-terang saya katakan, diri saya kini telah bebas dadah sepenuhnya. Sudah dua bulan sembilan hari saya tidak ambil dadah.
"Saya tahu pengakuan ini pasti mengejutkan banyak pihak tapi sebagai artis dan manusia yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk mengakui kesilapan ini dan cuba untuk memperbaikinya.
"Insya-Allah, saya akan jalani kursus pemulihan dengan Agensi Anti Dadah dan PEMADAM selama tiga hari bermula pada 9 hingga 11 April ini.
"Selepas ini, saya akan mewakili mereka untuk berucap dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat demi manfaat bersama," katanya.
Bercerita tentang dirinya yang kini bebas dadah, Radhi mengakui kematangan diri dan pelbagai ujian yang melanda hidupnya lewat ini telah menyedarkan penyanyi lagu Generasiku itu untuk membuang jauh-jauh amalan tidak sihat itu.
"Sudah terlalu lama saya terlibat dengan pengambilan dadah, malah sejak umur 15 tahun lagi. Segala macam jenis dadah pernah saya cuba.
"Umur saya pun sudah mencecah 33 tahun dan sudah tiba masanya untuk saya berhenti daripada tabiat buruk ini sebelum terlambat.
"Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang menyedarkan saya untuk berubah. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang berkecamuk dan perkembangan karier yang agak goyah benar-benar membuka mata saya.
"Namun, saya bersyukur kerana Tuhan masih beri peluang kepada saya. Saya rasa sangat bersalah melihatkan anak lelaki saya terus membesar dengan keadaan saya yang tidak stabil begini.




Zoom: Apa kata anda di Zoomartis?


Info: Mstar

Disember 01, 2009

(Gossip)Lafaz Cerai Radhi OAG Terhadap Isteri Tertangguh kali ke 5 !!!


Apa nak jadi dengan Radhi OAG ni, dah kali ke 5 tertangguh kes penceraiannya dengan isteri.Kesian kat isteri,hakim dan orang-orang yang berkaitan dengan kes penceraiannya.!! APa pun Jum zoom "statement" Radhi dan orang-orang yang berkaitan kes penceraian Radhi OAG dan isteri !!!



Baca Selanjutnya

Ketika prosiding baru bermula, Shazlin memaklumkan kepada Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakilinya bahawa Radhi sedang dalam perjalanan ke mahkamah.

Berikutan itu, Rubiah memohon mahkamah menangguhkan prosiding hari ini ke satu tarikh lain dan waran tangkap yang dimohon pada prosiding terdahulu dilanjutkan.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menangguhkan ke 18 Januari depan pada jam 2.30 petang dan waran tangkap dilanjutkan.

Rubiah ketika ditemui berkata, waran tangkap tetap diteruskan kerana dia gagal hadir ke mahkamah.

"Waran tangkap diteruskan kerana dia gagal hadir. Dia kata 'on the way'. Dahulu pun dia kata 'on the way'. Kami tidak menunggu dia," katanya.

Rubiah berkata, waran tangkap terhadap Radhi boleh diteruskan sekiranya dia datang ke mahkamah hari ini.

Sementara itu, Shazlin enggan memberi sebarang komen dan terus meninggalkan perkarangan mahkamah.

Lima minit kemudian, Radhi memasuki kawasan mahkamah sebelum diberitahu wartawan bahawa prosiding telah berakhir.

Dalam keadaan terpinga-pinga, Radhi berkata dia memberitahu Shazlin bahawa dia sedang dalam perjalanan ke mahkamah.

"Bila melintasi depan mahkamah, saya terima mesej khidmat pesanan ringkasnya memberitahu 'You don't need to come anymore'," katanya sambil menambah dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ditanya sama ada Shazlin sengaja memohon mahkamah menangguhkan prosiding untuk menggambarkan keburukannya, Radhi secara berseloroh mengakui bahawa dia memang selalu datang lambat.

"Orang ramai pun tahu saya memang kaki lambat. Rock star mesti datang lambat."

Radhi juga memberitahu, polis telah datang ke rumahnya untuk melaksanakan waran tangkap semalam.

"Saya minta maaflah kalau datang lambat. Saya memang datang lambat sebab kerja buat muzik. Saya balik dari studio pada pukul 7 pagi. Kemudian saya balik dan mandi di rumah di Kota Damansara.

"Saya pun nak selesaikan kes ini dengan cepat kerana saya nak bersih untuk tahun 2010. Sekarang saya nak keluarkan album dan lagu baru. Jadi, saya tak nak orang lain lihat saya banyak masalah," akui Radhi.

Sejurus itu, Radhi kelihatan memasuki mahkamah untuk memohon waran tangkap terhadapnya dibatalkan.

Ini kerana katanya, dia perlu berlepas ke China pada 10 Disember ini untuk mempromosikan produk syarikatnya.

Selepas berjumpa dengan kakitangan mahkamah, Radhi menjelaskan kepada wartawan bahawa dia perlu menghubungi Rubiah untuk mempercepatkan perbicaraan atau berjumpa dengan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya memohon sekiranya boleh, janganlah tangkap saya kerana saya kena ke luar negara. Saya akan mengambil inisiatif menghubungi mereka. Rugilah kalau saya tak ambil peduli," katanya.

Zoom: APa kata anda mengenai kes penceraian RAdhi dan Isterinya ini !!?

November 13, 2009

(Cerita Artis) Penganjur RTW Jamin Tiada Insiden Buka Baju Lagi !!!




Tahun lalu heboh juga konsert RTW ( Rock The World ), disebabkan Radhi OAG membuka separuh depan bajunya dan bersongkok pada konsert rock yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Merdeka itu. Kes Radhi OAG ni panas macam kisah Faizal Tahir Superman kita tu..!!

Setahu Zoom Faizal Kena Gam 6 bulan tapi Radhi senyap je, malas nak komen tue urusan pihak yang berkenaan..

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

Apa pun lupakah kisah lama, yang terbaru Penganjur RTW akan berlangsung di Sunway Lagoon, berikut statement mengenai KOnsert pada 19 DEC ini..



Baca Selanjutnya

Namun, nampaknya hukuman itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Radhi. Begitu juga dengan pihak penganjur RTW8, Fat Boys Records Sdn. Bhd. yang didakwa hanya diam membisu saat meminta penjelasan berhubung isu itu.

“Jadi, di kalangan penonton itu pasti ada yang basah. Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Fat Boys Records, Mohamed Zahid Yon ketika sidang media RTW9 di Sunway Lagoon, Selasa lalu.

Lebih 60 band akan dibahagikan kepada tiga pentas itu seperti yang dilakukan tiga tahun lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pentas utama akan dipersembahkan oleh Love Me Butch, Pop Shuvit, Bunkface, Pesawat, Disagree, Zee Avi, Saturnine, Bittersweet, Blind Tribe, John’s Mistress, The Times, Seven Collar T-Shirt, Republic Of Brickfields, Restraint, Meet Uncle Hussain, Azlan & The Typewriter, Bleeding Mascara, Monoloque, Kugiran Di Tepi Pantai, dan Uzumaki.

Sementara pentas indie pula akan diambil alih oleh Brainhead, Car Crash Hearts, Joanna & Co., Pretty Ugly, Skudap Skudip, Auburn, The Otherside Orchestra, Labrat, Couple, Forty Winks, Free Love, Y2K, Stonebay, Sam Kuman, Second Combat, Evenstarr, Robot Asmara, dan Aku.

Pentas ‘chill out’ akan dikuasai oleh Rashdan Harith, Liyana Fizi, Lurks, Otam, Mohd Jayzuan, Azmyl Yunor, Karen Nunis Blackstone, Bo, Sharidir & Nizam P dan Rendra Zawawi.

Zoom KOmen: Zoom tak faham "Statement" Ini, dan kepada yang pergi berhati-hati jangan Khayall.. :P

"Insiden buka baju di kalangan pemuzik sebelum ini sukar dielakkan kerana terlalu ‘berkhayal’ sewaktu bermain muzik,”

Apa KOmen anda !!??

November 04, 2009

(Gossip) Isteri Radhi OAG memohon waran tangkap Radhi !!!!


Peguam Syarie, Rubiah Jaafar yang mewakili isteri Radhi OAG, Shazlin Sharif, hari ini memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Radhi OAG kerana gagal hadir pada perbicaraan hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah hari ini sekali lagi tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai pelakon dan penyanyi Radhi dari kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali dengan isterinya Shazlin Sharif kerana pelakon itu tidak datang. Justeru itu, Hakim Syarie Ghazali Ahmad mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Radhi berkuat kuasa hari ini dan menetapkan tarikh bicara pada 1 Disember 2009 pukul 10.30 pagi. Di peringkat awal prosiding, Rubiah memberitahu anak guamnya, Shazlin telah dimaklumkan oleh Radhi bahawa dia tidak dapat hadir pada prosiding hari ini.



Baca Selanjutnya

"Dengan keterangan pihak plaintif (Shazlin), jelas pihak defendan tidak hadir. Saya mohon waran tangkap dikeluarkan," kata Rubiah.

Shazlin yang berbaju kurung biru muda dan bertudung hitam hadir bersama seorang temannya. Pada 20 Oktober lalu, mahkamah yang sama tidak dapat membuat pengesahan lafaz cerai Radhi dengan isterinya Shazlin kerana pelakon itu gagal hadir pada perbicaraan. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad berkata, ini kerana mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan lafaz cerai kedua oleh Shazlin yang didakwa dilafazkan suaminya melalui telefon pada 25 Februari lalu.

"Mahkamah perlu terlebih dahulu mengetahui berapa jumlah talak dan sama ada talak yang didakwa dilafazkan Mohd Radhi pada 25 Februari lalu jatuh atau tidak," kata Ghazali dalam prosiding mahkamah ketika itu.


Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan 3 November ini untuk perbicaraan semula pengesahan penceraian Mohd Radhi dengan isterinya, Shazlin berhubung dengan lafaz cerai yang didakwa berlaku pada 25 Februari lalu. Sebelum ini, Shazlin mendakwa Radhi telah mengucapkan lafaz cerai berbunyi 'Oklah, I ceraikan you. Talak 3, 2, 1?' pada September tahun lalu. Bagaimanapun, selanjutnya, mahkamah dan hakim yang sama mensabitkan tidak berlaku talak antara mereka berikutan Radhi membuat lafaz sumpah penafian (sumpah Syarie) terhadap permohonan lafaz cerai oleh Shazlin.

Oktober 13, 2009

(Gossip) Radhi OAG Sedih Tak Dapat Hak Jaga ANak !!!


Kesian Kat artis Seorang ni, mesti dia rindu kat anak dia sebab tak dapat hak pengajaan anak..menurut cerita kat Majalan MEDIA pengajaan anak diberi kepada Bekas isteri Radhi yang di Talak satu,,Apa KOmen anda !?



Baca Selanjutnya

September 04, 2009

(Gambar) Radhi Dan ANak Yatim !!!!



Dari sumber yang boleh dipercayai Radhi seMasa meraikan program bersama anak yatim menarik perhatian wartawan yang memerhati gerak geri Radhi bersama anak-anak Yatim..Yer la kata orang Jangan disangka air yang tenang tiada buaya... :P macam radhi ni nampak gila2 sikit tapi dengan kanak2 dia care giler.. Apa komen u alls ?

Ogos 06, 2009

(Hot News) Gambar Isteri Radhi OAG Bersosial !!!




gambar Ni Tak Tau Nak Cakap Apa..Korang JerLah Comment!!!



Zoom Tak Tau nak kata apa,Terkejut giler Zoom Tengok gambar isteri Radhi ni..Cepat Giler tersebar kat internet ni.Zoom bukan nak mengaibkan tapi sekadar menunjukan kepada kaum Adam Kat Luar tu Jaga La isteri dengan Baik.Tapi sebelum tegur isteri lihat la perangai atau apa yang tak betul pada diri sendiri.Dengan adanya perbincangan dan kesefahaman dalam keluarga pastinya akan membawa kepada kebahagian.Kalau tak betul begini la jadinya HEBOH satu malaysia,Siapa Yang Malu ? mereka dannnnn mereka juga Yang Tanggung..Kesian Kat Mereka..So Fikir-fikirkanlah !!!!!!!

Julai 28, 2009

(Hot News) Radhi OAG -Shazlin Masih Isteri Yan SAH !!!!


PETALING JAYA - Perang mulut tercetus antara vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali (Radhi OAG) dan isterinya, Shazlin Shariff selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.

Kejadian berlaku di luar pekarangan mahkamah apabila Radhi, 32, menyerbu ke arah Shazlin, 31, sambil menyindir isterinya itu sebagai 'pelakon wanita terbaik'.

Radhi juga menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon.

Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka.

Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi tidak dipedulikan.
Selepas adegan panas itu berterusan selama 15 minit, Shazlin berjalan memasuki kereta Proton Waja miliknya untuk beredar tetapi ditahan oleh Radhi.
(PETIKAN KOSMO)

Zoom Comment: Mahkamah Dah putuskan RADHI dan Isteri Masih SAh Suami Isteri.Tapi Zoom Nampak macam tak ada harapan nak berbaik jer..Cuba la selamatkan keluarga demi anak tersayang..Ini Semua nak menang..API + API = 0 cuba la API + Air = A++ mesti aman damai...bahagia sentiasa..Fikir2kan la wahai isteri dan suami yang tengah membaca

Julai 27, 2009

(Hot News) Isteri Radhi OAG Telah Meniduri Lelaki Lain !!!!

Saat Bahagia
Bersama Anak


PETALING JAYA: Kes cerai penyanyi Radhi OAG dengan isteri, Shazlin Sharif pagi ini berlangsung dalam susasana agak 'panas' apabila Radhi berkata isterinya mahu bercerai kerana telah meniduri lelaki lain.

Jelas Radhi, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan Shazlin curang dengannya.

"Saya ada bukti SMS cinta dia dengan lelaki itu berbunyi 'Baby, I miss you' dan dia pun sudah mengaku tadi.

"Dia minta maaf kerana seksa saya setahun lebih dan nak saya ceraikan dia," luah Radhi dalam nada kesal di luar mahkamah.

Tambahnya lagi, "Saya sudah tahu lama tentang hal ini dari telefon bimbit dia, tapi saya boleh maafkan sebab ia mungkin SMS saja."

Kata Radhi lagi, dia baru mendapat tahu nama lelaki itu beberapa hari lepas yang merupakan bekas suami seorang pelakon.

Pada bulan Jun, Radhi OAG selaku defendan berdepan dengan waran tangkap buat kali kedua kerana gagal menghadiri prosiding permohonan lafaz cerai oleh isterinya Shazlin Shariff (plaintif) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Semenjak kes difailkan isterinya tahun lalu, Radhi cuma hadir sekali sahaja perbicaraan.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Plaintif memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Mohd. Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

Zoom Comment : Huh Ini Lagi Teruk...Siap Hebohkan Bini Dia Tidur dengan Lelaki lain !!!! apa nak jadi Artis kita masa ni...Tahun 2009 mmg untuk Artis Berkonterversi KOt...Ntah laaa U alls...