Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan

Mac 28, 2012

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah.


ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis 
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. 
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa

Februari 03, 2012

Radhi OAG Nak Tinggal Di Pengasih Sampai Mati !

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menjalani pemulihan dadah di Rumah Pengasih di sini, penyanyi Radhi (OAG) membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di pusat pemulihan tersebut sehingga ke hujung nyawanya.

Radhi berkata dia ingin berbakti kepada rumah perlindungan itu yang banyak membantunya menjadi seorang yang bersih daripada najis dadah di samping ingin membimbing pelatih di pusat berkenaan.

"Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

"Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu.

April 12, 2011

Ameng Spring dipenjara 8 tahun dan 10 Sebatan Kerana Dadah !!

Ini berita yang terbaru ZOoM baca daripada akhbar utusan online mengenai keputusan mahkamah Ameng Spring mengenai kes beliau kantoi kes dadah sebelum ini.
12/04/2011 12:53pm

MELAKA 12 April – penyanyi Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di sini hari ini. – Utusan

ZoOM : Kesian dekat anak-anak dan isteri, namun natijahnya inilah lumrah kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

November 10, 2010

Lagi Artis dicekup miliki motosikal LC135 curi dan positif dadah

Alahai sampai macam ni sekali kisahnya, siapalah artis yang berada di Johor ni. Dah la pakai motor curi hisap dadah pula tu,memang tak sesuai jadi idola anda semua.

Artis berusia 32 tahun yang merupakan penyanyi lelaki yang pernah popular dengan kumpulan rock remaja era 90-an.

Ogos 09, 2010

Air Kencing Ameng Positif Dadah

Alahai sorang lagi artis yang positif dadah, apa nak jadi dengan artis kita ni tanpa dadah tak boleh hiburkan orang ke..Pelik tapi benar dengan apa yang berlaku dengan perangai sesetengah artis di Malaysia.


Apa kata anda di ZoomArtis ?


Petikan : Mstar



Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, Sarjan Halimi Jarkasi pada perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Halimi, 47, yang dipanggil selaku saksi pendakwaan pertama memberitahu, keputusan itu diperoleh selepas spesimen yang diambil pada 6 April lalu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Botol yang berisi specimen air kencing tersebut mengandungi label nama dan nombor kad pengenalan tertuduh, tarikh diambil serta ditandatangani oleh tertuduh. Botol juga dimateri,” katanya.

Julai 26, 2010

Yassin di tahan kes DADAH !!!?

Alahai lepas Apek..Yassin pula, kenapa lah perlunya dadah dalam kehidupan seharian.Bukankan dadah itu haram ??.Yassin di tahan di Sunway Piramid semalam di pusat hiburan..malah menurut akhbar online pengurus beliau turut di tahan..!!

Apa kata anda ?

Jun 25, 2010

Anggota Senario Halang Apek Dari Bersara !!!?

Sedih dan terkilan kerana ia berlaku dengan pantas dan sudah pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Apek Senario ini.Satu Malaysia pastinya sudah sedia maklum dengan kisah panas Apek yang ditahan bersama rakan-rakan baru-baru ini.berikut komen rakan seperjuangan mengenai niat Apek ingin bersara seketika dari bidang seni.



Menurut Azlee dan Mazlan perkara tersebut merupakan satu kerugian besar kepada industri ini.


"Pelawak di Malaysia sangat berkurangan walaupun ada program untuk mencungkil bakat pelawak, namun hanya beberapa orang sahaja yang mampu bertahan dalam bidang ini.
"Bagi saya bakat Apek sebagai pelawak adalah luar biasa. Dia yang berjaya menjadi pelawak pertama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.
"Rugi sangat jika dia berundur dari dunia lawak. Dia juga mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi saya rasa lebih baik Apek kuatkan semangat," kata Azlee.
Apek yang juga bekas anggota Senario berusia 41 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan di rumahnya atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 13 Jun lalu.
Akibat insiden itu Apek yang dibebaskan dengan jaminan polis menyatakan hasrat untuk berundur seketika dari dunia seni.


Bagi Mazlan, Apek perlu mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bangkit semula meneruskan perjuangan karyanya.


"Buang yang keruh dan ambil yang jernih, dia perlu ambil peristiwa itu sebagai pengajaran dan buka buku baru dalam hidupnya.
"Bukan dia sahaja yang menerima nasib begini dalam industri ini, ada artis lain yang pernah jatuh bangun terlibat dengan dadah, namun mereka tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya mereka.
"Seni ini halus tidak semua mempunyai bakat seni, ia juga tidak boleh dipupuk dan belajar. Dia bertuah kerana dikurniakan bakat yang menakjubkan.
"Jadi saya rasa dia perlu gunakan bakat yang ada ini sebaiknya," katanya Mazlan yang menganggap Apek sebagai rakan yang sangat rapat dengannya.
Zoom: APa kata anda ? 

Jun 16, 2010

Tempoh Tahanan Reman Saiful Apek Tamat Esok


PETALING JAYA: Tempoh reman pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih dalam tahanan polis kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan tamat esok.


Zoom: Sedihnya, betulkah Saiful Apek ni terlibat dalah gejala NAJIS DADAH..Kenapalah boleh sampai jadi macam ni ?? Apa kata anda di Zoomartis?

Februari 13, 2010

(Gossip) Zarina Ann Positif Dadah ( TV 3 )

ZARINA ANN POSITIF DADAH !?????
TV3
Selebriti News



Baca Selanjutnya

(Gossip) Zarina Anjoulie di tahan AADK di LCCT !!

Ini berita terbaru yang Zoom baca di akhabar online hari ini, beliau di tahan di LCCT semalam oleh AADK dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.




Baca Selanjutnya

Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun.

Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

“Mereka dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Zoom: Ini macam nak tiru kisah Awal pula...Apa kata anda ?

Disember 31, 2009

(Gossip) Qushairi Razali atau Qi pelakon Blogger Boy positif dadah !!?


SELEPAS kecoh Awal Ashaari, Scha dan Juliana Evans diserbu polis semasa sedang ‘berseronok’ di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, timbul pula cerita mengenai salah seorang pelakon dan pengacara yang turut ditahan dalam serbuan itu dan disahkan positif dadah.

Malah ketika dalam sidang media khas baru-baru ini, Awal ada menyebut tentang seorang pelakon dan pengacara yang disahkan positif dadah.

Ramai yang mendakwa pelakon dan pengacara tersebut adalah Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali yang lebih dikenali menerusi rancangan ‘Destinasi Bajet’ dan siri ‘Blogger Boy’ di 8TV.



Baca Selanjutnya

Itu yang Zoom baca di akhbar online hari ini, kesahihan gossip pelakon dan pengacara positif dadah pada malam tersebut semakin tersebar luas di internet..dibawah ini "statement" temuramah wartawan dengan artis ini..Jum kita ZoOm..!!

Qi mengaku, memang dia ditahan dalam serbuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada malam Krismas lalu. Namun, akhirnya dia dibebaskan.

"Saya bukan ditangkap kerana dadah. Saya juga tidak mengambil dadah dan tidak dimasukkan ke dalam penjara seperti yang didakwa,"
ujar Qi, yang juga adik Shahrin Blackrose.

Walaupun begitu, Qi bagaikan sukar untuk memberikan jawapan tatkala ditanya sama ada ujian air kencingnya didapati positif atau negatif.


"Sebelum saya beri apa-apa komen, lebih baik kita tunggu surat daripada pihak polis. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak mengambil apa-apa ubat selain ubat doktor,"
jelasnya lagi.

Qi menegaskan cerita dia positif dadah tersebar disebabkan oleh salah faham. Kekasih aktres dan model Julie Woon ini berkata dia ke pusat hiburan itu untuk meraikan Hari Jadi rakannya yang baru datang dari United Kingdom.


"Saya baru sampai dalam 10 minit di pusat hiburan itu iaitu dalam pukul 2.45 pagi. Apabila serbuan dibuat, saya tidak membantah selepas diminta membuat ujian air kencing.


"Dalam masa yang sama, saya turut merasa risau juga kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,”
ceritanya.

Apa kata anda ?

Disember 26, 2009

(Gossip) Pelakon Lelaki Ditahan Enggan Jalani Ujian Dadah - Awal Ashaari?


Malam ini ZoOm tengok berita terkejut juga apabila pembaca berita mendedahkan tiga orang artis ditahan semalam di sebuah kelab malam. Setahu ZoOm dan menurut info ketiga-tiga artis tersebut beragama islam, pagi-pagi buta buat apa kat kelab malam tue !!! Ntah la malas nak komen, nasib baik negative..Apa pun Jum ZoOm Gossip ini, tapi jika anda membaca "Statement" di akhbar online tentu anda akan fikir salah seorang adalah Awal Ashaari...!!!



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun yang juga pengacara bersama program realiti tarian popular adalah antara 21 individu yang ditahan dalam operasi polis di sebuah kelab malam di Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pelakon itu dibebaskan selepas ujian air kencing mendapati beliau bebas daripada dadah.


Anda rasa saper erkkk !!!? jum komen !!!?



Disember 14, 2009

(Gossip) 10 Artis Serah DIri Kepada Agensi Dadah Kebangsaan !!!


Siapalah artis-artis itu yer, kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali perangai mereka.Nak cakap duit tak cukup kerja ada.Mungkin disebabkan pengaruh rakan sekerja atau pun Kejutan Budaya.Apa-apa pun zoom ucapkan tahniah kerana berani BERUBAH ...!!!

Statement Metro :

KUALA LUMPUR: Bimbang kerjaya mereka dalam dunia hiburan musnah dan nyawa juga mungkin melayang, seramai 10 artis tanah air yang terjerat dengan gejala dadah secara sukarela ‘menyerah diri’ kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta mohon diberikan rawatan pemulihan.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Profesor Dr Mahmood Nazar Mohamed berkata, semua artis itu lelaki dan sebahagian daripada mereka termasuk dalam kelompok yang dianggap popular.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti artis terbabit kerana tidak mahu mengaibkan mereka, tambahan pula mereka sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

“Kami memang menyediakan program pemulihan ketagihan dadah kepada sesiapa saja termasuk golongan artis. Jadi, apabila 10 artis itu datang mendapatkan bantuan, kami berikan mereka rawatan sewajarnya dan syukur, setakat ini semua artis itu menunjukkan tanda pemulihan yang positif,” katanya.



Baca Selanjutnya


Apa Kata anda

Oktober 19, 2009

(Gossip) Isma ( Azma ) Pelakon, Pengarah Ingin Berubah Selepas Tangkap Mengambil Dadah !!!


BERMATLAMAT menginjak kepada satu fasa transformasi yang besar dalam hidupnya, pelakon dan pengarah muda, Isma Yusoof kini nekad tidak lagi ingin dikenali dengan nama glamor itu. Dia kini mahu semua memanggilnya dengan nama Azma Aizal Yusoof. Melalui saat getir pada bulan Ramadandan Syawal kali ini gara-gara terlalu percayakan rakan-rakan, Azma, 27,hampir tenggelam dalam dunia khayalan ganja. Pengaruh kurang sihatrakan-rakan seperjuangan juga membuatkan hidupnya berada dalam zongelap buat seketika.



Baca Selanjutnya

Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ini tidak kesal melaluiapa yang sudah ditakdirkan dalam lipatan perjalanan hidupnya. Kepada Kosmo! Ahad, dia menceritakan pengalaman berada di bawah pengaruh ganjadan dua minggu dia meneutralkan diri dalam semua aspek di sebuah pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan DayaJuang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen.

Ia merupakan pusat serenti pertama yang melaksanakan modul terapi kekeluargaan. Buat masa sekarang, Azma menetap di kediaman ibunya diBukit Beruntung dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Zoom Komen: Terkejut juga zoom baca berita ni, kalau sebelum ini berita artis lelaki yang ditangkap. Tetapi hari ini empunya diri mengeluarkan "statement" panas menyatakan beliaulah yang ditahan kerana posotif dadah.Apa pun zoom harap artis muda ini kembali ke jalan yang betul, kerana perjalanan dan karier dalam dunia hiburan tanah air. Apa Komen anda ?

Julai 18, 2009

(Konterversi) Bekas pelajar AF5 ditahan positif dadah

SEREMBAN 17 Julai - Seorang bekas pelajarAkademi Fantasia musim kelima (AF5) bersama tiga rakannya ditahan dalamserbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di sebuah pangsapuridi Kampung Sentosa, dekat sini hari ini.
Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, bekas pelajar berusia 23 tahunitu didapati dalam keadaan khayal bersama tiga rakannya yang berusiaawal 20-an.

Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam.
"Hasil ujian air kencing, mereka didapati positif dadah jenis kanabis.
"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, buat masa ini, mereka akan ditahan reman sebelum diambil tindakan selanjutnya.
"Kita telah memaklumkannya kepada pihak polis dan tindakan tetapakan diambil tanpa mengira status apabila melibatkan soalpenyalahgunaan dadah.

"Bagaimanapun, perkara ini mendukacitakan kerana suspek seorang yangdikenali ramai dan seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat," ujarbeliau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten KomisionerSaiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Memang ada tangkapan dibuat tetapi kes itu di bawah siasatan AADK negeri," katanya.

=============######==================
"Kita dapati seorang daripada suspek merupakan bekas pelajar AF dan pelakon, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam tempatan dan dua lagi penganggur,"

shawal = 25 (1984)
rizal = 22 (1987)
aswad = 28 (1980)
AfiQ = 24 (1985)
Farha = 24 (1985)
Aizat = 20 (1989)
Ebi = 26 (1983)

Dafi muda plak.. 1988.. dlm 21

korang teka ler saper k...
==========#####======================