BERMATLAMAT menginjak kepada satu fasa transformasi yang besar dalam hidupnya, pelakon dan pengarah muda, Isma Yusoof kini nekad tidak lagi ingin dikenali dengan nama glamor itu. Dia kini mahu semua memanggilnya dengan nama Azma Aizal Yusoof. Melalui saat getir pada bulan Ramadandan Syawal kali ini gara-gara terlalu percayakan rakan-rakan, Azma, 27,hampir tenggelam dalam dunia khayalan ganja. Pengaruh kurang sihatrakan-rakan seperjuangan juga membuatkan hidupnya berada dalam zongelap buat seketika.
Baca Selanjutnya
Pemilik nama sebenar Muhamad Ismaizal Yusoof ini tidak kesal melaluiapa yang sudah ditakdirkan dalam lipatan perjalanan hidupnya. Kepada Kosmo! Ahad, dia menceritakan pengalaman berada di bawah pengaruh ganjadan dua minggu dia meneutralkan diri dalam semua aspek di sebuah pusat pemulihan di Sungai Besi, iaitu Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan DayaJuang Abadi (Persada) atau yang kini dikenali sebagai Puspen.
Ia merupakan pusat serenti pertama yang melaksanakan modul terapi kekeluargaan. Buat masa sekarang, Azma menetap di kediaman ibunya diBukit Beruntung dan diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Zoom Komen: Terkejut juga zoom baca berita ni, kalau sebelum ini berita artis lelaki yang ditangkap. Tetapi hari ini empunya diri mengeluarkan "statement" panas menyatakan beliaulah yang ditahan kerana posotif dadah.Apa pun zoom harap artis muda ini kembali ke jalan yang betul, kerana perjalanan dan karier dalam dunia hiburan tanah air. Apa Komen anda ?