Disember 31, 2009

(Gossip) Qushairi Razali atau Qi pelakon Blogger Boy positif dadah !!?


SELEPAS kecoh Awal Ashaari, Scha dan Juliana Evans diserbu polis semasa sedang ‘berseronok’ di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, timbul pula cerita mengenai salah seorang pelakon dan pengacara yang turut ditahan dalam serbuan itu dan disahkan positif dadah.

Malah ketika dalam sidang media khas baru-baru ini, Awal ada menyebut tentang seorang pelakon dan pengacara yang disahkan positif dadah.

Ramai yang mendakwa pelakon dan pengacara tersebut adalah Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali yang lebih dikenali menerusi rancangan ‘Destinasi Bajet’ dan siri ‘Blogger Boy’ di 8TV.



Baca Selanjutnya

Itu yang Zoom baca di akhbar online hari ini, kesahihan gossip pelakon dan pengacara positif dadah pada malam tersebut semakin tersebar luas di internet..dibawah ini "statement" temuramah wartawan dengan artis ini..Jum kita ZoOm..!!

Qi mengaku, memang dia ditahan dalam serbuan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada malam Krismas lalu. Namun, akhirnya dia dibebaskan.

"Saya bukan ditangkap kerana dadah. Saya juga tidak mengambil dadah dan tidak dimasukkan ke dalam penjara seperti yang didakwa,"
ujar Qi, yang juga adik Shahrin Blackrose.

Walaupun begitu, Qi bagaikan sukar untuk memberikan jawapan tatkala ditanya sama ada ujian air kencingnya didapati positif atau negatif.


"Sebelum saya beri apa-apa komen, lebih baik kita tunggu surat daripada pihak polis. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak mengambil apa-apa ubat selain ubat doktor,"
jelasnya lagi.

Qi menegaskan cerita dia positif dadah tersebar disebabkan oleh salah faham. Kekasih aktres dan model Julie Woon ini berkata dia ke pusat hiburan itu untuk meraikan Hari Jadi rakannya yang baru datang dari United Kingdom.


"Saya baru sampai dalam 10 minit di pusat hiburan itu iaitu dalam pukul 2.45 pagi. Apabila serbuan dibuat, saya tidak membantah selepas diminta membuat ujian air kencing.


"Dalam masa yang sama, saya turut merasa risau juga kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini,”
ceritanya.

Apa kata anda ?