Memaparkan catatan dengan label Rumah Pengasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Pengasih. Papar semua catatan

Februari 03, 2012

Radhi OAG Nak Tinggal Di Pengasih Sampai Mati !

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menjalani pemulihan dadah di Rumah Pengasih di sini, penyanyi Radhi (OAG) membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di pusat pemulihan tersebut sehingga ke hujung nyawanya.

Radhi berkata dia ingin berbakti kepada rumah perlindungan itu yang banyak membantunya menjadi seorang yang bersih daripada najis dadah di samping ingin membimbing pelatih di pusat berkenaan.

"Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

"Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu.

Januari 17, 2011

Radhi OAG Masuk Rumah Pengasih Untuk Dapatkan Rawatan

Radhi Di Rumah Pengasih

Radhi nekad meninggalkan tabiat mengambil dadah yang telah lama bersemadi didalam hidup beliau, dan menjadi salah satu punca masalah keluarga.

Semoga niat murni untuk berubah akan menjadi orang yang berguna.