Memaparkan catatan dengan label Saiful Apek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful Apek. Papar semua catatan

Jun 25, 2012

Terkini : Apek Dan Rakan-Rakan Bebas Hukuman Penjara

Ini berita yang terbaru ZoOM baca di dalam web berita online Mstar, mengenai kes dadah Saiful Apek dan rakan-rakan yang berlangsung di Mahkamah Majistret. Dan berikut adalah berita mengenai kes tersebut :
 
PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat

Mei 10, 2012

Panas : Permohonan Maaf Terbuka David Teo Kepada Allahyarham Bob Kuman


Panas memang panas kerana perkataan yang dikeluarkan daripada mulut David Teo yakni "Sedekah", ia mengakibatkan beliau dikecam teruk dilaman blog malahan sahabat baik Allahyarham iaitu Apek turut terpanggil dengan apa yang berlaku.

Dan berikut permohonan maaaf terbuka David Teo mengenai isu ini :

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga

Mac 28, 2012

Air Kencing Saiful Apek Dan Rakan Positif Kanabis !!

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pelawak terkenal,Apek yang dikaitkan dengan pengambilan dadah baru-baru ini. Dan keputusan yang diterima melalui portal berita online (Mstar) seperti dibawah.


ZoOM malas nak cerita panjang lebar....anda baca dan Komenlah sendiri !!!!

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis 
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28. 
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa

Jun 25, 2010

Anggota Senario Halang Apek Dari Bersara !!!?

Sedih dan terkilan kerana ia berlaku dengan pantas dan sudah pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Apek Senario ini.Satu Malaysia pastinya sudah sedia maklum dengan kisah panas Apek yang ditahan bersama rakan-rakan baru-baru ini.berikut komen rakan seperjuangan mengenai niat Apek ingin bersara seketika dari bidang seni.



Menurut Azlee dan Mazlan perkara tersebut merupakan satu kerugian besar kepada industri ini.


"Pelawak di Malaysia sangat berkurangan walaupun ada program untuk mencungkil bakat pelawak, namun hanya beberapa orang sahaja yang mampu bertahan dalam bidang ini.
"Bagi saya bakat Apek sebagai pelawak adalah luar biasa. Dia yang berjaya menjadi pelawak pertama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.
"Rugi sangat jika dia berundur dari dunia lawak. Dia juga mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi saya rasa lebih baik Apek kuatkan semangat," kata Azlee.
Apek yang juga bekas anggota Senario berusia 41 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan di rumahnya atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 13 Jun lalu.
Akibat insiden itu Apek yang dibebaskan dengan jaminan polis menyatakan hasrat untuk berundur seketika dari dunia seni.


Bagi Mazlan, Apek perlu mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bangkit semula meneruskan perjuangan karyanya.


"Buang yang keruh dan ambil yang jernih, dia perlu ambil peristiwa itu sebagai pengajaran dan buka buku baru dalam hidupnya.
"Bukan dia sahaja yang menerima nasib begini dalam industri ini, ada artis lain yang pernah jatuh bangun terlibat dengan dadah, namun mereka tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya mereka.
"Seni ini halus tidak semua mempunyai bakat seni, ia juga tidak boleh dipupuk dan belajar. Dia bertuah kerana dikurniakan bakat yang menakjubkan.
"Jadi saya rasa dia perlu gunakan bakat yang ada ini sebaiknya," katanya Mazlan yang menganggap Apek sebagai rakan yang sangat rapat dengannya.
Zoom: APa kata anda ? 

Jun 13, 2010

Saiful Apek Di Tahan kes Dadah !!!?

Alahai sedihnya Zoom bila dapat tahu Saiful Apek yang di tahan bersama rakan-rakan di Subang Jaya Semalam, memang dah agak dah sebab dalam sensorttt tueee ada sorang rambut panjang, tetapi kesahihan belum dapat diketahui lagi.


Apa-apa pun sumber ini dari Mstar,


PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.


Zoom:Apa kata anda ?

Julai 15, 2009

(Celebrity News) Saiful Apek Terbit Album Sulung !!


Tahniah Zoom Ucapkan kepada Pelawak No 1 Negara,Siapa Lagi kalau Bukan Saiful Apek atau lebih sinonim dengan panggilan APEK.

SEJAK tahun 2001 lagi, Saiful Apek sudah menyimpan hasrat untuk menerbitkan album. Setelah lapan tahun menanti, impian Apek direalisasikan apabila album sulungnya, Saiful Apek & Famili akhirnya berada di pasaran pada 7 Julai lalu.

sebanyak 2000 unit telah dicetak dengar Harga RM21.90 sahaja.Album Hanya memuatkan 6 buah lagu.Walaupun sikit tapi power...No comment la sebab Zoom pun tak dengar lagie..saper2 yang dah beli tu share la sket k..

Jun 18, 2009

(Gossip) Apek nafi berstatus duda !!


Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat.

Saya masih suami orang dan tidak pernah bercerai atau berkahwin lain. Kehidupan saya dengan anak-isteri berlangsung seperti biasa dan tidak pernah ada masalah seperti mana yang digembar-gemburkan,� tegas Saiful Apek apabila diajukan persoalan tentang status sebenarnya dirinya yang didakwa kononnya telah hidup menduda setelah berpisah dengan isterinya.

Menurut pelakon komedi itu lagi, gosip mengenai rumah tangganya itu telah menjadi bahan percakap sejak setahun yang lalu. Walaupun sudah beberapa kali penjelasan yang dibuat, namun cerita tidak benar itu masih lagi disebarkan. Mungkin sebab saya ni jarang menampilkan anak-isteri di media, orang mudah membuat spekulasi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja saya yang berkejar- ke sana-sini dan kadangkala tidak sempat pulang ke rumah.

Hakikatnya, dua bulan lepas di mana ketika itu saya benar benar ada sedikit kelapangan, saya telah membawa anak isteri bercuti di Bali. Kami menghabiskan masa beberapa hari di sana. Yang itu, orang tak nak pula bercerita.. Biarpun begitu, saya tak kisah kerana apapun cakap-cakap orang di luar sana, kehidupan kami tetap berjalan seperti biasa,katanya yang kini sedang sibuk menguruskan laman webnya, www.saifulapek.com.my khas buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan terkini tentang dirinya.

Apek yang sentiasa tenang dan bersahaja dalam menjawab soalan yang diajukan ini mengharapkan agar peminatnya di luar sana tidak mudah percaya dengan cerita tidak benar yang disiarkan tentang rumahtangganya itu. Kalau betul saya bercerai, pejabat agama dah tahu dululah. Benda macam ni mana boleh di sorok-sorok. Bab-bab kahwin cerai ni jangan dibuat main, katanya dalam nada yang tegas.

Selain berdebar menunggu filem arahannya yang pertama, Shhhh Dia Datang ditayangkan, Apek kini sedang sibuk di lokasi filem terbarunya, 4 Madu, arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Kali ini, Apek memegang watak sebagai adik beradik kembar, Azrul dan Azlan yang mana kedua-duanya beristeri empat. Di acah dengan persoalan apakah dia juga berhasrat untuk berpoligami dalam kehidupan realitinya, pelakon dan pelawak yang terkenal dengan sikap merendah dirinya ini hanya ketawa besar.

Setakat ini, saya tak pernah terfikir nak berpoligami. Tak sanggup tak sanggup Cukuplah saya berpoligami dalam filem saja. Satu isteri pun dah pening nak uruskan, apatah lagi kalau ada dua-tiga, ujarnya berseloroh.

Jun 10, 2009

(Gambar) Saiful Apek, Isteri Roslina Abu Hassan & Anak-anak


Tidak pernah sebelum ini peminat hiburan dapat melihat wajah isteri & anak-anak Saiful Apek dan kehadiran isteri beliau yang bernama Roslina Abu Hassan bersama anak-anak menafikan semua dakwaan sebelum ini terhadap Saiful Apek termasuklah isu bercerai tidak lama dahulu.

Ini la pertama kali tengok gambar keluarga apek ni...Ini la kelebihan Blogger,Info-info terkini akan saya upload kan untuk anda...selamat Meneroka Dunia Zoomartis...

Watchaaaaaaa....

Kejeeeee :P

April 21, 2009

(Gambar) Fasha Sandha With Saiful Apek

Quite a shock moment, we think Fasha Sandha has no choice, holding Saiful Apek’s hand just to show to the public that she’s not alone.

Maybe, it’s a part of her agenda to regain back the publicity from media, great tactic! Perhaps this is one the the cheap tactic to get “cheap” publicity to boost her name up again by making Saiful Apek as her stepping stone on red carpet… lol!

By the way, what is the latest issue bout this chick yek? Anyone?



April 13, 2009

Underwear Saiful Apek dan Sesuatu - 18sx


Aku tak nak komen sangat pasal Apek yang duduk tak coverline tu, mungkin salah Apek dan mungkin juga salah photographer. Tapi ada sesuatu yang sangat meragukan dalam gambar ni. Cuba korang perhatikan gambar dekat belakang Saiful Apek tu. Macam sesuatu je ?? Terkejut Gak tgk dalam web si sky ...:P