Memaparkan catatan dengan label David Teo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label David Teo. Papar semua catatan

Mei 10, 2012

Panas : Permohonan Maaf Terbuka David Teo Kepada Allahyarham Bob Kuman


Panas memang panas kerana perkataan yang dikeluarkan daripada mulut David Teo yakni "Sedekah", ia mengakibatkan beliau dikecam teruk dilaman blog malahan sahabat baik Allahyarham iaitu Apek turut terpanggil dengan apa yang berlaku.

Dan berikut permohonan maaaf terbuka David Teo mengenai isu ini :

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga

Januari 28, 2012

Sinopsis dan Trailer Filem Sumpahan Kum Kum | Kutipan Filem Sumpahan Kum Kum


Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Jun 03, 2011

Kutipan Filem Kongsi | Sinopsis Filem Kongsi | Trailer Filem Kongsi

Walaupun sesetengah pihak tidak yakin dengan filem Kongsi yang telah ditonton selama 3 minggu di 100 pawagam seluruh negara. Tetapi semua itu hanya omong kosong kerana kini penerbit, pelakon, pengarah serta krew pengambaran sudah pasti boleh tersenyum kerana setakat ini filem kongsi sudah mengutip RM8 JUTA !!!!!

Filem yang menelan belanja RM1.82 Juta ini ( tidak termasuk promosi ), bercorak komedi dan ganas namun penuh dengan pengajaran.

ZoOM : berapa ribulah filem ni bayar/repair kereta Evo Polis tu erkkk !!! Apa KOmen Anda ?


Sinopsis Filem Kongsi :
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Januari 29, 2011

Artis dan Pekerja MIG Naungan David Teo Terima Bonus lebih 4 Juta !!!

Huh...menang pemurah David Teo ni, beberapa orang kakitangan dan pengarah dibawah naungan MIG menerima rumah dan artis-artis yang banyak memberi sumbangan juga menerima hadiah atau bonus minimum RM5 sorang.


Bertuahnya jika jadi pekerja dan artis bawah naungan David kita ni....Maklum sajalah sepanjang 2010 MIG untung RM42 juta. Dan dalam jumlah kutipan filem Ngangkung dan Adnan sempit memberi pulangan yang lumayan.


Berikut artis yang bernaung dalam MIG

Disember 06, 2010

David Teo dan pelakon Pierre Andre kembali berdamai

Inilah yang dinamakan dunia seni, kemana juga mereka pergi pasti akan bertemu juga walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak sehaluan namun pertemuan baru-baru ini hadir untuk menjernihkan keadaan yang berlaku diantara mereka.


Dengan kembalinya anak didik David Teo sudah pasti akan memantapkan lagi operasi dan kualiti MIG yang diterajui oleh David Teo. Dengan lakonan yang mantap dan juga pernah menjadi pengarah akan menjadi nadi didalam perancangan MIG.

Disember 02, 2010

Kutipan Filem Ngangkung RM3.2 Juta Dalam Masa 6 Hari

Huh memang SUPERBZzz filem keluaran MIG Productions Sdn Bhd ( David Teo ), walaupun low profile atau merendahkan diri dan tidak macam filem 40 Juta tu, filem ini mampu menjadi antara filem akan pecahkan rekod dipawagam ketika ini. Ikuti berita mengenai filem ini dibawah :

September 19, 2010

David Teo Bersongkok Dan Berbaju Melayu Di Hari Raya

Nampak segak dan bergaya abang David Teo kita ni, dalam ramai-ramai penerbit di Malaysia Zoom suka sikap dan perwatakan David Teo ni. Mungkin ramai artis di luar sana yang senang dengan apa yang ada pada penerbit ini, terutamanya dalam pemberian bonus kepada pelakon dan crew di dalam syarikatnya.

Februari 22, 2010

(Gossip) Pierre dan David Teo akan berdamai semula !!



Inilah yang dinamakan walaupun pergi kemana sahaja pastinya akan bertemu di lubuk yang sama, begitu jugalah kisahnya diantara Pierre dan David Teo yang sudah bermasam muka lebih kurang 2 tahun.
Semoga perdamaian akan terjalin sehinga sampai bila-bila kerana setahu zoom mereka pernah berkerja sama sebelum ini..Ikuti luahan David Teo mengenai kisah seseorang yang pernah berkerja dengannya..

Kata David, sebagai individu yang bertanggungjawab mengetengahkan anak muda berusia 25 tahun itu dalam bidang perfileman, dia cukup terbuka untuk menerima bukan sahaja Pierre, malah sesiapa jua yang mempunyai niat baik terhadapnya.
"Memang dari dulu, saya dan Metrowealth memang sentiasa terbuka dan bersedia untuk menerima bukan sahaja Pierre malah sesiapa juga yang ingin datang kepada kami dengan niat baik.
"Dia pernah melakukan kesilapan dan jika dia benar-benar ingin berbaik semula, pintu kemaafan daripada saya sentiasa terbuka.
"Sebagai orang berpengalaman dan produser filem, saya bersedia untuk memaafkan sesiapa juga yang mengakui kesilapannya," kata David.
Walaupun tindakan drastik Pierre sebelum ini boleh disifatkan agak keterlaluan apabila meninggalkan produksi filem Jangan Tegur sebelum tugasannya tamat gara-gara perselisihan faham dengan pihak produksi, namun David punya pendapat sendiri berhubung perkara itu.


Zoom: Apa kata anda ?

Oktober 12, 2009

(Cerita Artis) Astro Prima beri bonus kepada pelakon dan krew ‘Mertua Vs Menantu’ !!!



SATU sejarah baru dalam dunia penerbitan drama TV akan berlaku apabila buat pertama kalinya pihak saluran tv Astro Prima akan memberikan bonus berupa wang tunai kepada pihak MIG Production Sdn. Bhd.

Pemberian bonus ini merupakan ganjaran di atas kejayaan drama bersiri ‘Mertua Vs Menantu’ musim pertama mencatatkan jumlah 2.7 juta penonton (termasuk siaran ulangan) iaitu rating tertinggi dalam sejarah stesen tv berbayar, Astro....





Baca Selanjutnya

Tambahnya lagi, dengan itu juga setiap pihak yang terlibat dalam drama itu perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk musim kedua nanti.

“Saya akan beri semua bonus oleh Astro kepada pelakon dan krew yang jayakan ‘Mertua Vs Menantu’.

“Jadi, artis kena bagi 101 peratus komitmen untuk musim kedua ini..

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis skripnya, Zarihah Hassan kerana tanpa skrip yang bagus drama ini tidak akan bagus,” ucap David dalam satu sidang media baru-baru ini.

Kejayaan luar biasa ‘Mertua Vs Menantu 1’ membuatkan pihak Astro Prima tidak teragak-agak sekali lagi bekerjasama dengan MIG menghasilkan sambungan yang lebih menghiburkan sekaligus mencatatkan kejayaan lebih membanggakan.

Mengekalkan pengarah musim pertama iaitu Mohammed Feroz Kader, ‘Mertua Vs Menantu 2’ juga masih mengekalkan baris pelakonnya seperti Erra Fazira, Aqasha. Rozie Othman, Jehan Miskin, Raja Farah, Rozima Bidin selain memperkenalkan watak baru yang dibawa oleh pelakon terkenal Farid Kamil, Lisa Surihani dan Ezani Nizariff.

“Pihak MIG dan Astro Prima yakin dengan gabungan barisan pelakon dan jalan cerita yang lebih menarik membuatkan penonton tidak sabar mengikuti ‘peperangan’ antara mertua dan menantu dalam ‘Mertua Vs Menantu 2’ ini,” kata David lagi.

Jalan ceritanya masih berkisar kepada ‘perang mertua-menantu’ yang masing-masing berusaha menegakkan pendapat, pandangan dan prinsip mereka.

Perjalanan cerita sepanjang musim kedua (26 episod) lebih menarik, menghiburkan dan sarat dengan mesej berguna.

Kemunculan ‘si comel’ iaitu anak sulung Nurul Ain lakonan Erra dan Rosyam (Aqasha) yang cucu sulung Datin Faridah (Rozie) menambahkan lagi seri cerita ini.

Plot utama cerita ini kemudian disokong oleh subplot-subplot yang kuat. Penggambaran akan dijalankan di sekitar Lembah Klang.

zoom Komen: Bertuah nyer jadi Artis ni, gaji dapat elaun dapat bonus pun dapat..!! iklan pun dapat,sponsor pun dapat..!!! kayo2..!! Apa Komen A

September 25, 2009

(Gambar) Segak David Teo Bersongkok Dan Berbaju Melayu

Kacak dan segak David Teo berbaju Melayu..!! Zoom tabik kat bro David Ini,walaupun untung banyak,duit keuntungan turut dirasai oleh pekerja dan pelakon syarikat..!! Kalau ada kerja kosong nak je kerja Dengan David Teo.!! Zoom Dapat Bonus 1.5 jer..sedih tapi zoom bersyukur sebab ada juga dapat..!! :P