Memaparkan catatan dengan label Bob Kuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bob Kuman. Papar semua catatan

Mei 10, 2012

Panas : Permohonan Maaf Terbuka David Teo Kepada Allahyarham Bob Kuman


Panas memang panas kerana perkataan yang dikeluarkan daripada mulut David Teo yakni "Sedekah", ia mengakibatkan beliau dikecam teruk dilaman blog malahan sahabat baik Allahyarham iaitu Apek turut terpanggil dengan apa yang berlaku.

Dan berikut permohonan maaaf terbuka David Teo mengenai isu ini :

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga

Mei 03, 2012

Berita Sedih : Husni Mohd Rawi Atau Bob Kuman Meninggal Dunia

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk arwah Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman

AL-FATIHAH

Gambar Arwah Sebelum ini yang berjuang menentang penyakit beliau

Dan berikut berita yang ZOoM baca dan kongsi bersama anda di ZOoMartis @ Facebook :

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

April 16, 2012

Bob Kuman Kini Sakit Dan Perlukan Bantuan Anda !!


Bob Kuman


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.