Sebelum filem Ombak Rindu berkumandang di pawagam seluruh Negara, berjuta-juta rakyat Malaysia tidak mengetahui jalan cerita dan kisah yang menjadi kekuatan novel tersebut. Namun setelah beberapa hari tayangan wajip di semua pawagam terlibat yang kini (9/12/2011) sudah menjangkau kutipan sebanyak 5.2 JUTA...
Satu persatu gossip panas yang timbul, tidak dapat dipastikan apakah kesilapannya namun semua pihak tampil dengan jawapan masing-masing.Bagi anda diluar sana mungkin ada yang tidak mengetahui kisah dan isu panas ini kerana masih diawang-awangan terutamanya selepas menonton filem akhir tahun yang mengemparkan dunia perfileman Melayu di Malaysia.
Tidak keterlaluan jika ZoOM katakan filem Ombak Rindu adalah Filem yang dilabelkan 5 bintang, perjalanan cerita dan lakonan yang mantap oleh pelakon-pelakon telah menjerat jutaan rakyat Malaysia yang bakal dan akan menontonnya.
Sehingga hari ini jika anda berniat ingin menoton filem ini pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan anda terlepas peluang untuk menonton. Ini dibuktikan dengan Print Screen daripada GSC Online ni :
Memaparkan catatan dengan label Penerbit Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penerbit Filem. Papar semua catatan
Disember 09, 2011
Julai 15, 2011
Raja Azmi Hampir Sekali Lagi Kena Waran Tangkap
Alahai sekali lagi Penerbit filem .....Botol dan isteri bekas pemain badminton Malaysia, Jailani Sidek hampir ditahan kerana gagal hadir menjadi saksi di Mahkamah. Waran tangkap yang dikeluarkan semalam 14 Julai 2011 hampir mengulangi kisah beliau ditangkap tahun lepas.
Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!
ZOoM : Apa Komen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :
Semasa disoal oleh Lim, Raja Azmi mendakwa ketidakhadirannya di mahkamah adalah disebabkan dia berada di hospital sejak empat hari lalu bagi menjalani pembedahan mata.Nasib baiklah wang jaminan RM30 ribu dapat diberi kalau tidak alamat tidur lokap lagi lah akak Raja Azmi kita.
Raja Azmi: Pada pagi itu, salah satu tulang saya tidak berada di tempat yang betul dan memberikan kesan kepada saraf dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Selain itu, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu juga mendakwa dia mengalami masalah di bahagian leher.
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!
ZOoM : Apa Komen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis
September 19, 2010
David Teo Bersongkok Dan Berbaju Melayu Di Hari Raya
Nampak segak dan bergaya abang David Teo kita ni, dalam ramai-ramai penerbit di Malaysia Zoom suka sikap dan perwatakan David Teo ni. Mungkin ramai artis di luar sana yang senang dengan apa yang ada pada penerbit ini, terutamanya dalam pemberian bonus kepada pelakon dan crew di dalam syarikatnya.
Labels:
David Teo,
Gambar Artis,
Hari Raya,
Melodi,
Penerbit Filem,
Pengarah Filem,
Tv3
Jun 27, 2010
Raja Azmi Bersara Jika " Anu Dalam Botol " Kurang Sambutan
Penerbit filem wanita kental Raja Azmi membayangkan mahu bersara sekiranya filem terbaru terbitannya ...Dalam Botol gagal mendapat tempat apabila dipasarkan di pawagam nanti.
Zoom: Entahlah, kalau betullah tak mendapat sambutan, sedihnya sebab industri seni kita akan kehilangan seorang lagi yang berpengalaman.Pendapat Zoom semua ada pasang surutnya, tak kisahlah apa sekalipun yang kita buat tidak semestinya kita akan ada di atas selama-lamanya
"Kalau tak balik modal saya rasa mahu tarik diri daripada menerbit filem lagi," kata Raja Azmi semasa Che Li dan rakan-rakan media lain bertemunya baru-baru ini.
Zoom: Entahlah, kalau betullah tak mendapat sambutan, sedihnya sebab industri seni kita akan kehilangan seorang lagi yang berpengalaman.Pendapat Zoom semua ada pasang surutnya, tak kisahlah apa sekalipun yang kita buat tidak semestinya kita akan ada di atas selama-lamanya
Oktober 19, 2009
(Gossip) Filem 'Ummi' Kisah Keluarga Azwan !!!?
Walaupun filem ini belum dilancarkan lagi, tapi zoom dapat rasakan beberapa peratus tentunya berkisar kepada pengalaman dan pergolakan yang berlaku dalam keluarga azwan ali. Sila baca selanjutnya untuk membaca dan meneliti komen yang Azwan ali jawap kepada 'Press" mengenai Filem ini..
Baca Selanjutnya
TAJUK filem 'Ummi' yang ditulis dan akan diarahkan oleh personaliti terkenal Azwan Ali, tentang keretakan sebuah keluarga Melayu bagaikan membawa pengertian lain sekali pandang.
Tapi menurut Azwan, filem itu tidak ada kena mengena dengan kisah hidup keluarganya kerana 50% adalah fiksyen dan selebihnya digarap dari pengalaman dan pengamatannya sendiri.
"Tolong jangan salah sangka. Filem 'Ummi' adalah kisah keluarga Melayu dan selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ia bukan pasal cerita adik saya Ummi Hafilda.
"Sebenarnya cerita filem itu ala-ala filem 'Abang' (arahan Datuk Rahim Razali) tetapi lebih dramatik," kata Azwan sewaktu ditemubual di rumah mewahnya sempena majlis terbuka hari raya baru-baru ini.
Jelas Azwan lagi, 'Ummi' berkisar tentang pengorbanan seorang ibu yang tabah dan gigih membesarkan anak-anaknya.
"Skrip filem itu hampir selesai dan saya memilih nama 'Ummi' kerana ianya membawa maksud ibu atau mak. Saya juga akan pastikan filem itu akan menggunakan lagu popular 'Umi' nyanyian Datuk Shake," kata selebriti popular itu.
Kata Azwan, filem itu pasti akan meruntun perasaan penonton lebih-lebih lagi kaum ibu
"Elemen sedih akan membuat orang menangis dengan sendirinya dan bukan dipaksa," kata Azwan yang kelihatan berseri-seri setelah kembalinya dari menunaikan umrah pada bulan puasa baru-baru ini.
Menurut Azwan, watak utama filem itu akan dibawa oleh aktres Umie Aida dan watak 'Ummi' pula akan ditawarkan kepada Wan Maimunah.
"Saya sudah pun mempunyai beberapa nama lain dalam fikiran. Saya berharap sangat filem ini akan menjadi kenyataan," kata personaliti yang juga bekas graduan Undang-undang ini.
Impian membuat filem adalah salah satu dari doa yang dimohon Azwan ketika membuat umrah.
"Saya memang dah lama teringin menerbitkan filem dan drama berkisarkan tentang isu keluarga. Cuma masalahnya adalah modal. Kalau ada pihak yang berminat boleh hubungi saya kerana skripnya pun sudah siap.
"Malah saya masih ada beberapa skrip untuk program TV yang belum dihasilkan lagi," kata hos popular yang pernah menerbitkan program Cit Cat Azwan itu.
Katanya lagi, dia mendapat suntikan semangat baru kini setelah kembali dari tanah suci.
"Dunia glamor juga membawa erti berbeza kini. Tidak lagi macam dulu. Saya sudah tidak mahu mengejar populariti kerana saya rasa dunia itu sudah jauh saya tinggalkan," kata selebriti berusia 44 tahun itu.
Katanya lagi, tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain dapat menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibunya.
"Cukuplah...saya sudah merasakan semuanya. Mungkin tuhan hendak saya aktif di belakang tabir saja selepas ini," kata Azwan.
Zoom Komen: Bagus la kalau macam tue, berdasarkan "statement" Azwan Ali beliau akan mengelakkan dari konterversi yang semakin hangat di dunia cyber dan realiti. Mungkin ada hikmah disebalik pemergian beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.Dengan "statement" Azwan Ali akan meredakan konterversi Azwan dengan "Press" Yang bermusuh dengan Beliau..!! Apa KOmen Anda ?
Julai 27, 2009
(TERBARU)Jenazah Yasmin Ahmad Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Yasmin Ahmad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya sebelum Zohor tadi. Sekali lagi kami nak ucapkan takziah kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai arwah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca-pembaca semua untuk berhenti mempersoalkan jantina Yasmin Ahmad. Sama ada Yasmin Ahmad lelaki, perempuan atau khunsa, itu hanya Dia yang tahu.
Selok-eloknya janganlah mengutuk atau mencaci orang yang telah pergi. Sama ada iklan ataupun filem arahan Yasmin Ahmad tidak menepati kehendak agama, itu tak bermakna kita ada hak untuk mencerca beliau. Tambah-tambah lagi Yasmin Ahmad sudah pun meninggal dunia. Sebaik-baiknya biarlah puji-pujian sahaja yang diberikan kepada beliau.
Kalau Michael Jackson yang tak kita tak pasti agamanya Islam atau pun tidak boleh kita puji dan sanjung, inikan pulak sememangnya seorang saudara kita dalam agama Islam. Kami pun bukanlah baik sangat. Cuma seeloknya dalam keadaan sedih begini, janganlah menambahkan lagi kekusutan dan kesedihan kaum keluarga Yasmin Ahmad.
Marilah bersama-sama kita sebagai saudara semuslim mensedekah Al-Fatihah kepada arwah Yasmin Ahmad.
Julai 26, 2009
(Hot News) Mari Kita Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Yasmin Ahmad!!!

Berita yang kami terima pagi ini amat menyedih’kan, pengarah yang pernah muncul dengan filem Sepet telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Beliau koman 3 hari selepas di’serang strok tempoh hari, dan sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.
Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, blog YasminTheStoryTeller mungkin akan sunyi selama’nya. Sekali lagi, sampai’kan Al-Fatihah kepada’nya.
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
Julai 17, 2009
(Panas) Remp-IT V3 Diharamkan - Farid Kamil Kecewa

Tak HAbis2 Remp-IT V3 ni fikir dah lepas,last2 tak dapat lesen untuk ditayangkan di pawagan kerana aksi lumba haram melebihi 60 %.KEsian kat Farid kamil ni..Ntah Berapa Ribu dah labur..duit Kru2 dan pelakon sapa nak cover..Kat bawah ni ada petikannya
Impian Farid Kamil untuk melihat filem arahan pertamabeliau, Remp-It V3 ditayangkan di pawagam mungkin berkecai. Farid yangditemui tampak kecewa apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) danKementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak membenarkanfilem tersebut ditayangkan kerana paparan visual lumba haram yangbanyak.
“Kami hantar filem itu untuk dinilai kira-kira dua minggu lalu. Sejujurnya, saya memang sudah rasa tidak sedap hati sebelum itu.
“Pada hari yang sama juga, keputusan tersebut diperolehi dan sayamemang amat terkejut serta kecewa apabila mendapat tahu filem ini tidakboleh ditayangkan.
“Menurut mereka, sekarang ini ada undang-undang baru yang tidakmembenarkan visual aksi lumba haram serta dialog yang berkaitandimasukkan di dalam filem. Tambahan pula, filem itu menampilkankira-kira 60 peratus tentang lumba haram.
“Saya cuba yakinkan pihak berkenaan bahawa filem ini mempunyai mesejtertentu yang ingin disampaikan, tetapi nampaknya mereka tidak dapatterima alasan itu. Saya sedih sebenarnya filem ini disalahertikan.
“Lagipun, sewaktu filem ini ingin memulakan penggambaran dulu, kita sudah mendapat kelulusan LPF serta pihak-pihak tertentu.
“Bila jadi macam ni, mestilah saya kecewa, apatah lagi setelahbertungkus-lumus untuk menyiapkannya,” kata Farid dalam nada perlahan.
Filem terbitan Metrowealth Movies Production (MMP) ini turutdibintangi oleh Lisa Surihani, Bront Palarae, Aqasha, Intan Ladyana danRadhi OAG. Rayuan pertama telah dikemukakan oleh pihak MMP supaya filemini dilepaskan ke tayangan namun telah ditolak.
Labels:
Artis Malaysia,
Farid Kamil,
Filem,
Konterversi,
Panas,
Penerbit Filem,
Sembang
Jun 28, 2009
(Konterversi) Poster Remp-IT V3 yang di haramkan
Gila Marvelous! Salute pada designer poster ni. Jika dipandang dari sudut kretiviti, A+ kami berikan. Tapi apakan daya, ini Malaysia. Peduli apa pada kretiviti bagi mereka yang berkuasa di dunia. Pernah nampak Graffiti gila cantik dekat Sg. Klang berdekatan Masjid Jamek tu? Itu pon diorang cat kasi padam. Kami rasa lagi indah jika ada Graffiti penuh kat Sg. Klang tu jika nak dibandingkan betapa hodohnya Sg. Klang tu sendiri yang tidak langsung terfikir oleh mereka untuk memberi imej yang lebih indah bila orang menyebut, “Sg. Klang”..

Kembali kepada filem Rempit-IT V3 arahan pengarah muda dan berbakat – Farid Kamil, filem ini dah sampai tahap final bila dibuktikan dengan kemunculan Poster di atas biarpun diharamkan oleh badan berwajib. Ialah mungkin mereka setuju dengan kecantikan poster tersebut, tapi semua pun maklum, mungkin gambar punggung wanita tu dilihat agak kontroversi di situ.
Apa yang pelik, terdapat beberapa filem sebelum ni yang kami lihat lagi over dari poster Remp-It ni tapi boleh pula lepas. Apapun nantikan kemunculan Remp-IT V3 di pawagam tidak lama lagi. Tahniah kepada Farid Kamil kerana bagi kami, inilah artis paling bijak memberi inspirasi dan pengajaran kepada remaja seperti mat rempit di luar sana, untuk hidup dengan cara yang lebih sihat. Semoga garapan Farid Kamil kali ini lebih memberi impak dari Remp-IT arahan Ahmad Idham beberapa tahun lalu. All da best folk!
Kredit : Manggaonline

Kembali kepada filem Rempit-IT V3 arahan pengarah muda dan berbakat – Farid Kamil, filem ini dah sampai tahap final bila dibuktikan dengan kemunculan Poster di atas biarpun diharamkan oleh badan berwajib. Ialah mungkin mereka setuju dengan kecantikan poster tersebut, tapi semua pun maklum, mungkin gambar punggung wanita tu dilihat agak kontroversi di situ.
Apa yang pelik, terdapat beberapa filem sebelum ni yang kami lihat lagi over dari poster Remp-It ni tapi boleh pula lepas. Apapun nantikan kemunculan Remp-IT V3 di pawagam tidak lama lagi. Tahniah kepada Farid Kamil kerana bagi kami, inilah artis paling bijak memberi inspirasi dan pengajaran kepada remaja seperti mat rempit di luar sana, untuk hidup dengan cara yang lebih sihat. Semoga garapan Farid Kamil kali ini lebih memberi impak dari Remp-IT arahan Ahmad Idham beberapa tahun lalu. All da best folk!
Kredit : Manggaonline
Jun 27, 2009
(Celebrity News ) Hans Isaac diam-diam berisi !


Lama tak dengar cerita Hans Isaac akhir-akhir ini. Hans bukanlah menyepi, sebaliknya sedang sibuk dengan projek yang dihasilkan bersama syarikatnya Tall Order Production.
Kiranya Hans ni diam-diam ubi berisilah. Dalam diam tu satu demi satu produksi dihasilkannya. Sekarang projek itu sudah hampir selesai dan bakal dihidangkan kepada peminat tak lama lagi. Tunggulah projek Hans ya.
"Dah beberapa lama saya ni low profile. Bukanlah apa-apa tapi dalam tempoh itu saya menghasilkan lebih 100 episod drama," kata Hans.
Oh banyak tu. Bukan satu judul, tapi 100 episod iu dariapda beberapa judul drama bersiri untuk dibekalkan kepada beberapa buah stesen TV.
"Saya menerbitkan 26 episod drama Klon Teja (untuk Astro Prima), 26 episod Cuci The Series (RTM), 26 episod Ten Ten Ten (Astro Warna) dan 13 episod Biru Cinta Laguna (TV9)," kata Hans.
Hans menambah dia juga sedang membuat persiapan untuk pementasan teater Cuci The Musical di Istana Budaya bermula 23 Oktober depan.Hans juga akan menghasilkan filem baru berjudul Ramlee B.
Drama Biru Cinta Laguna sedang menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, altTerengganu sehingga 6 Julai ini," sambung Hans.
Nampaknya ligat sungguh Hans dengan bisnesnya. Itulah rezeki namanya.
"Belum jadi orang besar lagi... saya ni hanya nak bekerja sahaja," kata pelakon tampan itu lagi.
Walaupun satu demi satu cinta Hans gagal di tengah-tengah jalan, tapi rezeki Hans murah pula dalam kerjanya sebagai pelakon dan produser.
Bila agaknya Hans akan temui cinta sejati. Kena tunggulah drama cinta Hans berkesudahan dengan ikatan perkahwinan.
Siapa agaknya yang berjaya membuka semula pintu hati Hans untuk mengakhiri alam bujangnya?
Jun 11, 2009
(Gosip) Enggan tamatkan zaman janda ??

Gambar Terbaru Azza
Artis sorang ni dah berpunya, Bila Lagie Nak Berteman Setelah Sekian Lama
Berseorangan?? Bibit-bibit cinta Azza dengan Kekasih bermula selepas berpisah dengan suami Azza.

KEKASIH Azza, Firhan Yusof memberikan nafas baru kepadanya untuk menjadi seorang yang lebih matang.
Azza Menyepikan diri Gara-gara penceraian dengan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan mula bertambah kisah gosipnya dijaja tanpa henti sehinggakan Azza sendiri tidak dapat menahannya.
PETIKAN KOSMO...Kesian Kat Azza,Apa Pun Live Must Gooo ON... Betul Tak Pembaca sekalian....Kalau Ada kemahuan pasti akan ada kejayaan..
Kami Warga Zoom Admin Mendoakan Semoga Azza Kekal Hingga Ke Jinjang Pelamin..

"Apa yang lepas, biarlah ia pergi. kalau boleh, saya tak mahu lagi bercerita tentang kisah lalu. Biarlah orang pandang saya di sudut yang positif.
"Dulu mungkin saya tidak matang dan sering beremosi tetapi tidak lagi sekarang. Saya kini bangkit dan tidak mahu pandang ke belakang," ujarnya.
Jun 04, 2009
(Celebrity News) Danny jadi penerbit filem ?

Danny X-Factor kini dah bergelar penerbit filem. Dalam diam-diam Danny dan rakan kongsi dah menyiapkan sebuah filem.
Nampaknya semakin ramai pelakon muda yang mengorak langkah dalam bidang perniagaan membabitkan dunia mereka.
Pengalaman yang ditimba dalam lakonan selama ini boleh digunakan apabila terlibat secara langsung di belakang tabir, lebih-lebih lagi sebagai penerbit.
Danny bersama rakan kongsi menerusi syarikat Preston Zaidan Productions Sdn. Bhd. menerbitkan filem Belukar yang sudah siap penggambaran sepenuhnya.
Belukar menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah. Sememangnya rakan kongsinya seorang ahli perniagaan dari Sabah.
Malah ia juga turut menampilkan barisan pelakon dari sana termasuk Yaser dan Ikin dari Akademi Fantasia 3.
Pelakon lain yang membintangi filem berunsur aksi itu ialah Daphne Iking, Bront Palarae, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Pelakon dan model Jason Chong pula diamanahkan mengarahkan filem tersebut. Nampaknya Belukar dibarisi tenaga muda yang baru.
Filem tersebut dijangka ditayangkan hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan kerana mereka perlu menunggu filem-filem lain yang terlebih dahulu menempah tarikh tayangan.
Langgan:
Catatan (Atom)




