Ketika ZoOM sibuk untuk mengemaskini akaun Facebook/Mukabuku, ada sesuatu yang menarik perhatian ZoOm malam ini. Gambar diatas diambil semasa majlis pernikahan Azza dengan suami beliau baru-baru ini, namun demikian gambar ini sudah pasti menjadi menarik dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan (Kumpulan ELITE) setelah 16 tahun mereka meneruskan kerjaya dan kehidupan masing-masing.
Abby - Masih segar dalam ingatan anda yang mengikuti perkembangan artis ini yang terpaksa melupakan perkahwinan yang dibina atas nama CINTA yang berjaya melahirkan zuriat yang dianugerahkan kepadanya semasa menjadi isteri orang. Dan yang terbaru mengenai kisah percintaannya dengan ZUL putus ditengah jalan.
Shasha -Adik beliau semakin maju kehadapan dalam industri hiburan, namun si Kakak ini nampaknya menumpukan keluarga beliau dan jarang sekali kita melihat kelibat Shasha dalam Media Cetak dan Elektronik.
Watie - "Well Done" anda masih meneruskan aura anda sebagai seorang penghibur.
ZooM : Nampak BEST je rakan-rakan Azza menyambut hari bahagia beliau ni..
APA KOMEN ANDA !??
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis
Memaparkan catatan dengan label Azza Elite. Papar semua catatan

April 04, 2012
Mac 26, 2012
Majlis Perkahwinan Azza Elite
Alhamdulillah akhirnya Azza Elite akan berkahwin dengan jejaka yang dicintainya, menurut info jejaka pilihan hati beliau bernama Azlan Zulaily yang merupakan seorang pramugara Airasia.Pasangan ini akan berkahwin pada 1 April tanpa sebarang ikatan pertunangan.
ZoOM turut bergembira dengan berita yang diterima, namun kerana tidak ingin melengahkan majlis yang sudah pasti menjadi sejarah dalam hidup beliau majlis bertunang tidak diadakan.
Biarla empunya diri yang menentukan dan kita hanya menunggu hari bahagia pasangan ini, dan tidak lupa juga ZoOm ingin berkongsi bagaimana jejaka ini melamar Azza. Jika sebelum ini awal melamar secara langsung di siaran Astro, tetapi secara bersederhana dan romantik Azza dilamar menggunakan tablet dibawah :
Februari 01, 2010
(Gossip) Suami Azza Elite tidak pedulikan anak !!!?
Sampai hati si ayah tidak pedulikan anak, kesian tengok nasib anak-anak Azza Elite ini. Azza atau nama sebenar Azzarima Zawari cukup cekal menerima ketentuan takdir. Dia tidak pernah kesal dengan keruntuhan rumah tangganya.
Walau pun harus membesar dan menguruskan anaknya, Marissa Janna, 5, bersendirian tanpa sokongan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau Ehsan, Azza pasrah dan redha dengan dugaan yang diberikan-Nya.
Dibawah ini "Statement" Azza dengan wartawan Mstar..baca dan hayati luahan si ibu ini..
Baca Selanjutnya
"Buat masa ini, anak saya dibela oleh ibu di Taiping, Perak. Hanya saya yang mengurus dan membela Marissa.
"Bekas suami tidak pernah sekali pun datang menjenguk atau menghubungi Marissa. Kali terakhir dia datang jenguk pun lebih kurang dua tahun yang lalu.
"Tapi saya yakin, dia pasti ada alasan tersendiri bertindak sedemikian. Ehsan bukan jenis bapa yang tidak bertanggungjawab.
"Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepadanya di sana sehingga menghalang dia untuk menjenguk dan bertanya khabar pada anaknya.
"Tak mengapa. Saya pasrah dan redha. Saya tidak pernah mendendami jauh sekali untuk membenci Ehsan. Saya percaya pasti ada masalah yang menyebabkan dia terus menyepikan diri di Sarawak.
"Bukan dia tidak sayang pada anaknya. Pasti ada hal yang menghalang. Saya berserah pada Tuhan. Biarlah masa yang menentukan," katanya yang masih belum merancang untuk berkahwin semula.
Sejak berpisah dengan Ehsan kira-kira tiga tahun yang lalu, keringatnya diperah untuk melakukan apa jua kerja yang berkaitan dengan dunia seni. Hidupnya kini didambakan hanya untuk keluarga dan anak perempuannya sahaja.
"Hidup saya hari ini hanya untuk besarkan anak dengan sebaik mungkin. Saya akan bekerja keras bagi memastikan Marissa dapat keselesaan hidup dan kasih sayang terbaik daripada saya dan keluarga," kata Azza yang bakal kembali ke bidang nyanyian tidak lama lagi.
Zoom: APa kata anda ?

Labels:
Artis Malaysia,
Azza Elite,
gossip,
Janda Melayu,
Keluarga Artis,
Kisah Artis
Januari 07, 2010
(Gossip) Azza Elite dipukul teman lelaki !!!
Alahai ada lagi rupanya, berita terbaru yang Zoom baca pagi ini :-
AMPANG: Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis, kelmarin sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelitaitu mendakwa dipukul kekasihnya itu, awal pagi semalam.
Azza, 32, membuat aduan di Balai Polis Hulu Klang di sini, kira-kira jam 7 malam, meminta polis menyiasat SMS berbaur ugutan itu kerana bimbang rahsia peribadinya dibocorkan pengirim mesej terbabit.
Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.
Baca Selanjutnya
Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat.
Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.
Sepasukan polis bergegas kerumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat.
Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.
Wartawan Harian Metro yang turut berada dibalai polis berkenaan sempat melihat kelibat Azza bersama pasangannya meninggalkan premis itu selepas siasatan dilakukan.
Azza yang memakai baju-T merah jambu diiringi anggota polis yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.
Kira-kira 15 minit kemudian, teman lelaki artis terbabit yang berusia 28 tahun meninggalkan balai polis dengan menggalas sebuah beg pakaian sambil diiringi polis dan dipercayai dihantar ke sebuah hotel di kawasan Ampang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan yang dibuat artis terbabit berhubung SMS berunsur ugutan yang diterimanya.
Menurutnya, artis itu turut menghubungi polis mengadu dipukul teman lelakinya ketika mereka bergaduh di rumah artis berkenaan.
“Dia dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian dia dipukul teman lelaki, namun enggan berbuat demikian,” katanya.
Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.
Zoom: Nampaknya ada lagi kisah selepas Remy Ishak dan Ummie ni...!!! sama-sama kita tungggu adakah kes ini akan sampai di Mahkamah !!!!!

Disember 20, 2009
(Cerita Artis) Azza Elite kerja di syarikat keselamatan !!?
Kesian juga baca cerita Azza elite ni, dulu dizaman kegemilangan boleh la beliau simpan duit. mana tak nya sekarang ini pelakon dan artis baru tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Mungkin inilah yang dinamakan lumrah dunia artis, kadang-kadang kita di atas dan sesekali kita akan jatuh ke bawah.Apa-apa pun jum kita zOom Cerita artis ini ...
Baca Selanjutnya
Prism ni bukan syarikat yang dok kutip royalti persembahan artis tu tapi sebuah syarikat pembekal pengawal keselamatan.
Kalau ada sesiapa yang nak ambil pengawal keselamatan, bolehlah hubungi syarikat ni. Azza antara orang yang akan bertanggungjawab mempromosikan syarikat tersebut.
Apabila dah masuk umur 32 tahun kata Azza, dia mula memikirkan pekerjaan tetap. Senang sikit. Cukup bulan dah tentu ada gaji. Duit simpanan hari tua pun ada.
Zoom: Menurut info, Azza berkerja untuk menyara anak angkatnya yang di jaga oleh ibunya di Batu Kurau Perak.!!! kami di warga ZooM mendoakan anda berjaya !!!
Baca Selanjutnya
"Kalau tak ada halangan kata Azza, dia akan bekerja sebagai Eksekutif Kanan Promosi dan Pemasaran dengan Prism Security Sdn. Bhd."
Prism ni bukan syarikat yang dok kutip royalti persembahan artis tu tapi sebuah syarikat pembekal pengawal keselamatan.
Kalau ada sesiapa yang nak ambil pengawal keselamatan, bolehlah hubungi syarikat ni. Azza antara orang yang akan bertanggungjawab mempromosikan syarikat tersebut.
Apabila dah masuk umur 32 tahun kata Azza, dia mula memikirkan pekerjaan tetap. Senang sikit. Cukup bulan dah tentu ada gaji. Duit simpanan hari tua pun ada.
Zoom: Menurut info, Azza berkerja untuk menyara anak angkatnya yang di jaga oleh ibunya di Batu Kurau Perak.!!! kami di warga ZooM mendoakan anda berjaya !!!
Jun 11, 2009
(Gosip) Enggan tamatkan zaman janda ??

Gambar Terbaru Azza
Artis sorang ni dah berpunya, Bila Lagie Nak Berteman Setelah Sekian Lama
Berseorangan?? Bibit-bibit cinta Azza dengan Kekasih bermula selepas berpisah dengan suami Azza.

KEKASIH Azza, Firhan Yusof memberikan nafas baru kepadanya untuk menjadi seorang yang lebih matang.
Azza Menyepikan diri Gara-gara penceraian dengan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce dan mula bertambah kisah gosipnya dijaja tanpa henti sehinggakan Azza sendiri tidak dapat menahannya.
PETIKAN KOSMO...Kesian Kat Azza,Apa Pun Live Must Gooo ON... Betul Tak Pembaca sekalian....Kalau Ada kemahuan pasti akan ada kejayaan..
Kami Warga Zoom Admin Mendoakan Semoga Azza Kekal Hingga Ke Jinjang Pelamin..

"Apa yang lepas, biarlah ia pergi. kalau boleh, saya tak mahu lagi bercerita tentang kisah lalu. Biarlah orang pandang saya di sudut yang positif.
"Dulu mungkin saya tidak matang dan sering beremosi tetapi tidak lagi sekarang. Saya kini bangkit dan tidak mahu pandang ke belakang," ujarnya.
April 25, 2009
Azza bawa buah hati ke?
Langgan:
Catatan (Atom)