Sampai hati si ayah tidak pedulikan anak, kesian tengok nasib anak-anak Azza Elite ini. Azza atau nama sebenar Azzarima Zawari cukup cekal menerima ketentuan takdir. Dia tidak pernah kesal dengan keruntuhan rumah tangganya.
Walau pun harus membesar dan menguruskan anaknya, Marissa Janna, 5, bersendirian tanpa sokongan bekas suami, Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau Ehsan, Azza pasrah dan redha dengan dugaan yang diberikan-Nya.
Dibawah ini "Statement" Azza dengan wartawan Mstar..baca dan hayati luahan si ibu ini..
Baca Selanjutnya
"Buat masa ini, anak saya dibela oleh ibu di Taiping, Perak. Hanya saya yang mengurus dan membela Marissa.
"Bekas suami tidak pernah sekali pun datang menjenguk atau menghubungi Marissa. Kali terakhir dia datang jenguk pun lebih kurang dua tahun yang lalu.
"Tapi saya yakin, dia pasti ada alasan tersendiri bertindak sedemikian. Ehsan bukan jenis bapa yang tidak bertanggungjawab.
"Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepadanya di sana sehingga menghalang dia untuk menjenguk dan bertanya khabar pada anaknya.
"Tak mengapa. Saya pasrah dan redha. Saya tidak pernah mendendami jauh sekali untuk membenci Ehsan. Saya percaya pasti ada masalah yang menyebabkan dia terus menyepikan diri di Sarawak.
"Bukan dia tidak sayang pada anaknya. Pasti ada hal yang menghalang. Saya berserah pada Tuhan. Biarlah masa yang menentukan," katanya yang masih belum merancang untuk berkahwin semula.
Sejak berpisah dengan Ehsan kira-kira tiga tahun yang lalu, keringatnya diperah untuk melakukan apa jua kerja yang berkaitan dengan dunia seni. Hidupnya kini didambakan hanya untuk keluarga dan anak perempuannya sahaja.
"Hidup saya hari ini hanya untuk besarkan anak dengan sebaik mungkin. Saya akan bekerja keras bagi memastikan Marissa dapat keselesaan hidup dan kasih sayang terbaik daripada saya dan keluarga," kata Azza yang bakal kembali ke bidang nyanyian tidak lama lagi.
Zoom: APa kata anda ?