Januari 07, 2010

(Gossip) Azza Elite dipukul teman lelaki !!!


Alahai ada lagi rupanya, berita terbaru yang Zoom baca pagi ini :-

AMPANG: Bimbang selepas menerima ugutan melalui SMS, pelakon yang juga bekas penyanyi sebuah kumpulan popular, Azza Elite membuat aduan polis, kelmarin sebelum terpaksa ‘diiringi’ ke balai polis bersama teman lelakinya selepas artis jelitaitu mendakwa dipukul kekasihnya itu, awal pagi semalam.

Azza, 32, membuat aduan di Balai Polis Hulu Klang di sini, kira-kira jam 7 malam, meminta polis menyiasat SMS berbaur ugutan itu kerana bimbang rahsia peribadinya dibocorkan pengirim mesej terbabit.

Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan memberi butiran lanjut mengenai rahsia yang ingin dihebohkan itu.



Baca Selanjutnya

Dalam laporan itu, artis berkenaan mendakwa dia menerima SMS ugutan daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dan meminta polis menyiasat.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 pagi semalam, polis menerima panggilan daripada Azza mendakwa dia dipukul teman lelakinya yang dikenali sebagai Farhan di rumah artis itu di kawasan Bukit Antarabangsa di sini.

Sepasukan polis bergegas kerumah artis terbabit dan dia bersama teman lelakinya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum kedua-dua mereka dibawa berjumpa pegawai penyiasat.

Ketika di balai polis, artis berkenaan dilihat menangis teresak-esak dan ada ketikanya bertengkar dengan Farhan serta saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Kira-kira jam 5 pagi, dia bersama pasangannya dibawa berjumpa pegawai penyiasat sebelum keterangan direkodkan dan proses itu selesai setengah jam kemudian.

Wartawan Harian Metro yang turut berada dibalai polis berkenaan sempat melihat kelibat Azza bersama pasangannya meninggalkan premis itu selepas siasatan dilakukan.

Azza yang memakai baju-T merah jambu diiringi anggota polis yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Kira-kira 15 minit kemudian, teman lelaki artis terbabit yang berusia 28 tahun meninggalkan balai polis dengan menggalas sebuah beg pakaian sambil diiringi polis dan dipercayai dihantar ke sebuah hotel di kawasan Ampang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan yang dibuat artis terbabit berhubung SMS berunsur ugutan yang diterimanya.

Menurutnya, artis itu turut menghubungi polis mengadu dipukul teman lelakinya ketika mereka bergaduh di rumah artis berkenaan.

“Dia dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian dia dipukul teman lelaki, namun enggan berbuat demikian,” katanya.

Mengulas mengenai SMS ugutan itu, Abd Jalil berkata, polis sedang menyiasat dengan melakukan pemeriksaan nombor telefon bimbit itu untuk menjejaki pemiliknya. Kes membabitkan artis wanita itu pernah menggemparkan negara apabila dia membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya ketika pulang daripada menghadiri sambutan tahun baru, dua tahun lalu.

Zoom: Nampaknya ada lagi kisah selepas Remy Ishak dan Ummie ni...!!! sama-sama kita tungggu adakah kes ini akan sampai di Mahkamah !!!!!