Jun 27, 2009
(Celebrity News ) Hans Isaac diam-diam berisi !
Lama tak dengar cerita Hans Isaac akhir-akhir ini. Hans bukanlah menyepi, sebaliknya sedang sibuk dengan projek yang dihasilkan bersama syarikatnya Tall Order Production.
Kiranya Hans ni diam-diam ubi berisilah. Dalam diam tu satu demi satu produksi dihasilkannya. Sekarang projek itu sudah hampir selesai dan bakal dihidangkan kepada peminat tak lama lagi. Tunggulah projek Hans ya.
"Dah beberapa lama saya ni low profile. Bukanlah apa-apa tapi dalam tempoh itu saya menghasilkan lebih 100 episod drama," kata Hans.
Oh banyak tu. Bukan satu judul, tapi 100 episod iu dariapda beberapa judul drama bersiri untuk dibekalkan kepada beberapa buah stesen TV.
"Saya menerbitkan 26 episod drama Klon Teja (untuk Astro Prima), 26 episod Cuci The Series (RTM), 26 episod Ten Ten Ten (Astro Warna) dan 13 episod Biru Cinta Laguna (TV9)," kata Hans.
Hans menambah dia juga sedang membuat persiapan untuk pementasan teater Cuci The Musical di Istana Budaya bermula 23 Oktober depan.Hans juga akan menghasilkan filem baru berjudul Ramlee B.
Drama Biru Cinta Laguna sedang menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, altTerengganu sehingga 6 Julai ini," sambung Hans.
Nampaknya ligat sungguh Hans dengan bisnesnya. Itulah rezeki namanya.
"Belum jadi orang besar lagi... saya ni hanya nak bekerja sahaja," kata pelakon tampan itu lagi.
Walaupun satu demi satu cinta Hans gagal di tengah-tengah jalan, tapi rezeki Hans murah pula dalam kerjanya sebagai pelakon dan produser.
Bila agaknya Hans akan temui cinta sejati. Kena tunggulah drama cinta Hans berkesudahan dengan ikatan perkahwinan.
Siapa agaknya yang berjaya membuka semula pintu hati Hans untuk mengakhiri alam bujangnya?