Memaparkan catatan dengan label Hans Isaac. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hans Isaac. Papar semua catatan

Februari 18, 2010

(Gossip) Hans Isaac Dan Bea Alonzo bercinta !!!?

Betul ke gossip yang Zoom baca hari ini, sebelum ini Zoom ada "Post" mengenai kisah Hans Isaac berlakon di Filifina bersama gadis jelita bernama Bea Alonzo ini,menurut info kisah percintaan mereka di dalam set penggambaran terbawa-bawa hingga ke luar.

Kalau betul pun apa salah nyer kan...!!

Apa kata anda !?
i

Februari 12, 2010

(Cerita Artis) Hans Isaac berlakon filem Miss You Like Crazy Di Filifina !!!

Wah...Boleh tahan juga saham Hans Isaac ni, patutlah lama Zoom tidak mendengar cerita artis lelaki popular di Malaysia ni.Rupa-rupanya beliau mengembangkan sayap di Negara seberang.Bertuahnya badan sudah la terkenal di Seberang dilayan bak Raja pula tu...Mari kita baca "statement" Artis ini mengenai cerita terbarunya.



Baca Selanjutnya

Filem itu diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, pengarah terkenal di Manila yang pernah menghasilkan filem paling box-office di sana seperti A Very Special Love, You Changed My Life, dan You Are The One.

Ia turut menampilkan pelakon terhangat Filipina iaitu Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Menariknya mengenai filem berbahasa Inggeris, Melayu dan Tagalog itu, ia akan ditayangkan di 130 pawagam di Manila serta 15 buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan India pada 24 Februari ini.

“Setakat ini, penggambaran telah mencecah 80 peratus dan lagi empat hari ia akan selesai di Malaysia sebelum pulang semula ke Manila pada 13 Februari ini.

“Saya memegang watak Mir iaitu seorang ahli perniagaan yang kaya berketurunan raja dan tinggal bersama seorang anak setelah kematian isterinya
.

“Selepas itu, Mir bertemu dengan seorang wanita bernama Mia Samonte (Bea) di Australia. Bea dan John merupakan hero dan heroin dalam filem ini sebaliknya saya hanya memegang watak sampingan
.

“Saya perlu berbahasa Inggeris dan Tagalog dengan Bea. Selain itu, dia juga berbahasa Melayu dalam filem ini kerana kami bercinta lebih setahun dan menjadi tunang saya,” cerita Hans serba sedikit mengenai filem lakonannya.

Bakal Dikenali Di Filipina

Sementara itu, Hans akui dirinya masih baru dalam industri perfileman Filipina.

“Setakat ini, orang di Filipina belum mengenali Hans Isaac tetapi media di sana sudah mula menemubual saya.

“Saya tak pernah fikir menerima filem ini untuk memasarkan diri-sendiri tetapi disebabkan peluang... dan apabila saya baca skrip MYLC, pada mulanya saya fikir 50-50.

“Tetapi apabila saya membaca akhir cerita itu, saya terus bersetuju sebab watak Mir lain dari yang lain,” akhiri Hans.

Info : Mstar

Zoom: Apa kata anda?

Disember 08, 2009

(Gossip)Hans Isaac Ingin Bekahwin Pada 2010!!!


Cerita sedih hans Isaac sebelum ini mungkin menjadi pengajaran buat beliau yang kini hanya ingin berkahwin jika menemui seseorang yang memahaminya.Bak kata orang "Sedangkan Tunang orang boleh berkahwin dengan orang lain" inikan pula hanya bercinta.Tidak semestinya Benih-benih yang disemai akan mekar hingga ke Pelamin..!!! JUm kita Zoom "Statement" Jejaka Tampan CUCi Niee :P




Baca Selanjutnya

Menurut penerbit dan aktor 'Cuci The Musical' ini, segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buatnya dalam menilai cinta hari ini.

"Bagi saya, pengalaman cinta yang lalu banyak mengajar dan mematangkan diri. Di saat ini, apa yang terbaik adalah untuk mencari pasangan yang boleh dijadikan teman hidup,"
katanya.

Menyedari umur terus mengejar tua, Hans mengakui, sudah tiba masanya dia perlu mencari pasangan hidup dan bukan hanya mencari kekasih semata-mata. Justeru, dia tidak mahu lagi ambil mudah dalam soal cinta dan perasaan demi masa depannya.

"
Saya sudah letih nak bercinta dan berkawan. Kalau boleh, lepas ini saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin.
"Umur saya pun semakin meningkat dan sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dalam hal ini dan memikirkan masa depan,"
ujar Hans.

"Pada saya, jika sudah bertemu dengan seseorang dan sudah mula menyayanginya, jalan terbaik adalah terus berkahwin. Sebab itu, dalam hal ini, hati dan perasaan adalah perkara asas yang sangat saya utamakan.

"Saya ingin mencari teman hidup dan bukannya kekasih untuk tempoh sementara. Saya ingin cari seorang wanita yang ikhlas dan jujur, bukan hanya pada saya malah pada semua orang.

"Jika kejujuran dan keikhlasan itu memang wujud dalam diri wanita itu dan bukan hanya dibuat-buat semata-mata untuk memenangi hati saya, wanita sebegitulah yang akan jadi pilihan,"
ulas Hans penuh harapan.


September 09, 2009

(Gambar) Hans Isaac Selebet Macam Bangla !!!!



Apalah Motif Pengarah dan pelakon yang berkaliber ni,slebet semacam jer.Nak cakap putus cinta dengan si dia yang dah kahwin dah basi...kekasih baru mungkin dah ada. Tak hendsome langsung,kalau bangla lalu sure dia kata " Eh Abang..Mana Pigi !!!! :P apa KOmen U alls mengenai Jejaka Malaya ni !!!

Jun 27, 2009

(Celebrity News ) Hans Isaac diam-diam berisi !



Lama tak dengar cerita Hans Isaac akhir-akhir ini. Hans bukanlah menyepi, sebaliknya sedang sibuk dengan projek yang dihasilkan bersama syarikatnya Tall Order Production.

Kiranya Hans ni diam-diam ubi berisilah. Dalam diam tu satu demi satu produksi dihasilkannya. Sekarang projek itu sudah hampir selesai dan bakal dihidangkan kepada peminat tak lama lagi. Tunggulah projek Hans ya.

"Dah beberapa lama saya ni low profile. Bukanlah apa-apa tapi dalam tempoh itu saya menghasilkan lebih 100 episod drama," kata Hans.

Oh banyak tu. Bukan satu judul, tapi 100 episod iu dariapda beberapa judul drama bersiri untuk dibekalkan kepada beberapa buah stesen TV.

"Saya menerbitkan 26 episod drama Klon Teja (untuk Astro Prima), 26 episod Cuci The Series (RTM), 26 episod Ten Ten Ten (Astro Warna) dan 13 episod Biru Cinta Laguna (TV9)," kata Hans.

Hans menambah dia juga sedang membuat persiapan untuk pementasan teater Cuci The Musical di Istana Budaya bermula 23 Oktober depan.Hans juga akan menghasilkan filem baru berjudul Ramlee B.

Drama Biru Cinta Laguna sedang menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, altTerengganu sehingga 6 Julai ini," sambung Hans.

Nampaknya ligat sungguh Hans dengan bisnesnya. Itulah rezeki namanya.

"Belum jadi orang besar lagi... saya ni hanya nak bekerja sahaja," kata pelakon tampan itu lagi.

Walaupun satu demi satu cinta Hans gagal di tengah-tengah jalan, tapi rezeki Hans murah pula dalam kerjanya sebagai pelakon dan produser.

Bila agaknya Hans akan temui cinta sejati. Kena tunggulah drama cinta Hans berkesudahan dengan ikatan perkahwinan.

Siapa agaknya yang berjaya membuka semula pintu hati Hans untuk mengakhiri alam bujangnya?

April 17, 2009

Hans dan Yasmin Yusof cuti di Bali?


Hujung minggu lalu ada kawan Zoom balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Kira cuti hujung tahun lah. Seronok ke? Mestilah seronok sebab dapat cuti bersama kawan-kawan.

Semasa mahu pulang kawan Mangga Zoom itu ternampaklah kelibat Hans Isaac dan seorang wanita sedang meninjau-ninjau kedai yang ada di lapangan terbang di Bali yang baru tu.

Maklumlah penerbangan mereka tertunda sejam. Banyaklah masa untuk merayau di dalam terminal sementara menanti pesawat mereka terbang balik ke Kuala Lumpur.

"Pada mulanya aku tak perasan Hans juga ada di situ,