Julai 15, 2011

Raja Azmi Hampir Sekali Lagi Kena Waran Tangkap

Alahai sekali lagi Penerbit filem .....Botol dan isteri bekas pemain badminton Malaysia, Jailani Sidek hampir ditahan kerana gagal hadir menjadi saksi di Mahkamah. Waran tangkap yang dikeluarkan semalam 14 Julai 2011 hampir mengulangi kisah beliau ditangkap tahun lepas.

Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :

Semasa disoal oleh Lim, Raja Azmi mendakwa ketidakhadirannya di mahkamah adalah disebabkan dia berada di hospital sejak empat hari lalu bagi menjalani pembedahan mata.
Raja Azmi: Pada pagi itu, salah satu tulang saya tidak berada di tempat yang betul dan memberikan kesan kepada saraf dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Selain itu, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu juga mendakwa dia mengalami masalah di bahagian leher.
Nasib baiklah wang jaminan RM30 ribu dapat diberi kalau tidak alamat  tidur lokap lagi lah akak Raja Azmi kita.
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!




ZOoM : Apa Komen ANda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!