Memaparkan catatan dengan label Raja Azmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raja Azmi. Papar semua catatan

Jun 28, 2012

Jalani Ceraikan Raja Azmi Dengan Talak Satu

Setelah beberapa gossip panas yang mengaitkan pasangan ini akhirnya di kemuncak tidak persefahaman berakhir di Mahkamah syariah Gombak Timur. Diantara gossip panas yang melanda pasangan ini seperti kisah Raja Azmi dan Roslin yang merupakan bekas pemain badminton Negara dan gambar intim Jalani bersama seseorang wanita berstatus janda.

Namun itu semua akan tinggal kenangan buat pasangan ini yang telah berkahwin selama 28 tahun, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 21, Puteri Suaida,23 dan Megat Deli,18.  

Penerbit filem ...Dalam Botol itu turut reda dengan “hadiah” yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang jatuh pada hari sama talak dilafazkan.
"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.

Julai 15, 2011

Raja Azmi Hampir Sekali Lagi Kena Waran Tangkap

Alahai sekali lagi Penerbit filem .....Botol dan isteri bekas pemain badminton Malaysia, Jailani Sidek hampir ditahan kerana gagal hadir menjadi saksi di Mahkamah. Waran tangkap yang dikeluarkan semalam 14 Julai 2011 hampir mengulangi kisah beliau ditangkap tahun lepas.

Dan berikut alasan beliau mengenai kegagalan hadir ke mahkamah :

Semasa disoal oleh Lim, Raja Azmi mendakwa ketidakhadirannya di mahkamah adalah disebabkan dia berada di hospital sejak empat hari lalu bagi menjalani pembedahan mata.
Raja Azmi: Pada pagi itu, salah satu tulang saya tidak berada di tempat yang betul dan memberikan kesan kepada saraf dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Selain itu, isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek itu juga mendakwa dia mengalami masalah di bahagian leher.
Nasib baiklah wang jaminan RM30 ribu dapat diberi kalau tidak alamat  tidur lokap lagi lah akak Raja Azmi kita.
Semuanya kerana kes pembelian tanah....Tanah...oh tanah.... !!!




ZOoM : Apa Komen ANda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mac 30, 2011

Kutipan Filem Dalam Botol Kini Mencecah 1 Juta !!!

Filem konterversi yang ditayangkan pada 24 Mac lalu kini mencecah kutipan melebihi 1 juta setelah 5 hari ditayangkan di lebih 40 pawagam diseluruh Malaysia. Filem yang menelan belanja RM 888K ini mungkin mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan penonton diluar sana ingin mengetahui apakah kisah dan jalan cerita dalam filem arahan Raja Azmi ini.

Dan jika anda pernah membaca "Post" yang Zoom berkongsi bersama anda sebelum ini, yang mengatakan Raja Azmi akan bernekad berhenti daripada membikin filem jika filem ini tidak mendapat sambutan. Apa yang pasti ia akan menjadi igauan mimpi beliau kerana filem ini sudah mencapai sasaran malah semakin menjauhi apa yang diperlukan.

Dengar khabar Raja Azmi akan menerbitkan satu lagi filem yang mengaitkan lelaki, kalau tak silap tajuk dia "Anak Ikan" ( Jejaka yang menjadi rebutan wanita ). Sama-samalah kita tunggu dan lihat, tetapi ada tak sesiapa disini yang sudah menonton filem botol ni ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Ogos 21, 2010

Raja Azmi Di Bebaskan Berhubung Jualan Tanah RM 5.9 Juta

Raja Azmi dilepaskan dengan  ikat jamin RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  tetapi rakan beliau yang bayar ikat jamin kerana suami Mohd Jalani telah muflis.


Beratnya dugaan mereka sekeluarga ini, nampaknya satu persatu media mengupas dan mencari identiti suami isteri ini. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan darinya.

Ogos 20, 2010

Raja Azmi Di Bawa Ke Mahkamah Hari Ini : Mstar

KUALA LUMPUR: Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman (gambar) tiba di Mahkamah Tinggi Dagang di sini Jumaat, selepas dikenakan waran tangkap ekoran ketidakhadirannya pada prosiding sebelum ini.
Raja Azmi, 51, dibawa ke mahkamah pada pukul 9.24 pagi dengan diiringgi dua anggota polis.
Suaminya, bekas pemain badminton Jalani Sidek dan anak sulungnya Puteri Suraya telah berada di mahkamah seawal pukul 7.45 pagi.


Zoom: Dapat Info Dari Mstar...Cepatnya dah di bawa ke Mahkamah..!!! , Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Raja Azmi Kena Tahan Di Lokap !!!


Hari demi hari kisah Raja Azmi isteri bekas jaguh badminton Negara semakin di perkatakan, bukan kerana kehebatan tetapi gossip panas mengenai kaitannya dengan pemain badminton negara yang bercerai dengan isterinya.
Laporan Kosmo Semalam

Malahan kisah sedih berpanjangan buat pengarah dan penerbit ini apabila ditahan ketika membuat report polis di  IPD Ampang Hulu ketika membuat laporan ugutan sms  yang berbau ugutan.

September 12, 2009

(Gossip) Artikel Raja Azmi Kata "Osman Ali" GAy !!!!

Puteri Suraya (tengah) bersama ibubapanya, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohd Jalani Sidek semasa majlis pertunangan di rumah kediaman di Ukay Perdana, baru-baru ini.

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman masih tidak dapat membuat keputusan siapa paling layak untuk mengarah filem kontroversinya, '... Dalam Botol'.

Keputusan itu hanya akan diketahui selepas Hari Raya nanti, demikian menurut Raja Azmi ketika ditemui di majlis pertunangan anak sulung perempuannya Puteri Suraya dengan dengan pengarah filem, Mohd Shadan Hashim.

Raja Azmi masih buntu memikirkan pengarah baru filemnya yang mendapat publisiti hangat itu ekoran bakal menantunya Shadan menarik diri di saat-saat akhir pembikinan tersebut.

Antara dua nama besar yang disebut-sebut akan menggalas tanggungjawab sebagai sutradara ialah Osman Ali dan Nasir Jani.

"Sekarang pun dah mood Raya. Lagipun saya tengah sibuk membuat persiapan perkahwinan anak sulungnya saya Puteri Suraya pada 20 Februari tahun depan," kata Raja Azmi.

Isteri kepada bekas pemain beregu badminton itu ditemui pada majlis pertunangan anak perempuannya, Puteri Suraya Pengarah filem '... Dalam Botol.

Raja Azmi juga berkata, tarikh sebenar penggambaran filem tersebut akan bermula juga masih belum dikenal pasti.

"Saya masih tidak mempunyai tarikh lagi, tapi mungkin pada Disember 2009 sebab masa itu Arja Lee (yang berlakon sebagai Ruby dalam filem '... Dalam Botol') cuti semester, baru boleh buat penggambaran," katanya.

Menurut Raja Azmi, setakat ini, beliau telah menghubungi Osman Ali dan sedang berbincang dengannya.

Pilihan dua nama pengarah ini mempunyai sebabnya tersendiri. Mungkinkah pilihan pertama adalah untuk pengarah yang boleh menghayati atau menyelami jiwa seorang gay?

Justru, Raja Azmi tidak teragak-agak bertanyakan soalan panas ini secara 'direct' kepada Osman Ali.

"Semua orang katakan Osman Ali ialah gay (homoseksual). Jadi, untuk mendapatkan kepastian, saya telah menanyakan beliau tentang persoalan itu.

"Namun, dia tidak menjawab ya ataupun tidak dan dia hanya tersenyum," katanya.

Sementara itu, bagi pilihan pengarah Nasir Jani pula, Raja Azmi mengakui dia adalah pengarah yang baik tetapi menyepikan diri buat seketika.

"Jadi saya lihat ini adalah peluang baik untuknya kembali mengarahkan filem, jika dia bersetuju mengarahkan filem ini," katanya yang akan menghubungi Nasir selepas hari lebaran ini.

Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu, dia akan mengerjakan haji pada November ini.

"Saya akan berada di Mekah untuk dua minggu. Balik dari Mekah, saya akan mulakan penggambaran filem '...Dalam Botol'," ujarnya.

Zoom Komen: Ni Artikel Zoom dapat kat Mystar Online Hari Ni , U alls baca la sendiri malas nak komen sebab 100 % zoom copy just nak share dengan u alls..Any Info? Betul ker gossip atau cakap-cakap kosong sahaja ataupun saja nak buat Konterversi !!!!!