Memaparkan catatan dengan label Azwan Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azwan Ali. Papar semua catatan

Jun 18, 2012

Berita Artis : Azwan Ali Sudah Serik, Mahu Hentikan Semua Kontroversi

Azwan berkata, dia berharap kemunculan semulanya di persada hiburan tanah air selepas empat tahun setengah menyepi dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan program televisyen dan kerja seni yang baik kepada masyarakat.
“Empat tahun setengah saya mendiamkan diri tetapi masih ramai peminat yang menantikan dan merindui kemunculan saya. Saya sedar ada segelintir pihak yang tidak suka tetapi saya tidak peduli mengenai perkara itu. 
“Kalau boleh, pada tahun ini saya sudah tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi atau pergaduhan dengan mana-mana individu. Saya mohon kemaafan pada semua atas kesilapan saya dan mahu hentikan semua

Mei 05, 2012

Panas dan Sedih : Luahan Ibu Azmin Ali Berkenaan Isu Panas Pemimpin Berkenaan

Wajah Seorang Ibu Yang Sedang Berasa Sedih

Keluarga Che Tom

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Disember 22, 2011

Gossip Azwan Ali Canang Azmin Ali bakal Menteri Besar Selangor

Apa nak jadi dengan abang Azwan Ali kita ni, tak habis satu...satu lagi gossip panas menimpa beliau. ZOoM tidak dapat mengesahkan gossip ini benar ke tak sebab daripada sumber ada menunjukkan gambar ayat-ayat di akaun Twitter Azwan Ali (Gambar Di atas).

Tweet tersebut pada 18hb Disember jam 8.24 malam.

Kalau orang politik dapat tahu mengenai gossip ini mungkin sampai ke Parlimen juga kisahnya, al maklumlah kisah sekecik zarah pun akan menjadi panas jika disimbah dengan minyak.

Februari 08, 2010

(Gossip) Azwan Ali pakai pakaian pondan lagi !!?

Tajuk sebenarnya adalah "Azwan 'Drag' Demi Manuskrip 'Selamat Jalan Dunia Pondan", jika anda membaca tajuk ini di akhbar online pastinya anda akan terkejut dengan apa yang Abang Azwan ali kita ni buat.

Satu Malaysia sedia maklum Azwan Ali telah kembali ke jalan yang betul, sekembalinya beliau dari menunaikan perintahnya di Mekah.Pada mulanya Zoom memang terkejut, mungkin begitu juga anda di Zoomartis.



Baca Selanjutnya

Tetapi jika anda mengetahui kisah sebenarnya pastinya anda tidak akan menyalahkan Azwan Ali sepenuhnya kerana berbuat demikian.Azwan Ali memakai pakaian "Adik2" dan menyanyi ala Ziana Zain hanya selama 10 minit di hadapan 200 orang tetamu di ballroom Crystal Crown di Johor Baru.

Dengan bayara Rm 6000.00 10 minit, beliau terima sebagai rezeki darinya, malah selepas 10 min beliau kembali menjadi jantan..Petikan :-

Menurut Azwan lagi, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana
"'kepondanan' saya sebagai Ziana Zain hanya selama 10 minit dan saya kembali menjadi jantan secara 'live' di atas pentas".

Malahan Azwan Ali menjawab apa yang beliau buat turut menjadi salah satu program awal bagi menyiapkan bahan-bahan untuk buku 'Selamat Jalan Dunia Pondan' (SJDP) yang sedang diusahakan sekarang.Tunggu je la jika anda ingin membaca kisah pondan ini...!!

Zoom: itu je yang Zoom dapat Info...!! kalau ada info selebihnya "share"lah dengan pembaca Di ZoomArtis k...!!!


Januari 20, 2010


Setelah sekian lama kedua-dua artis yang mempunyai pengalaman lama dalam arena industri seni di Malaysia ini akhirnya mereka akur dengan peredaran masa yang semakin mencemburui mereka.Akhirnya sengketa yang mereka bina sebelum ini terlerai dengan satu pertemuan..mari kita baca dan hayati luahan kedua-dua artis yang sebelum ini bersahabat baik dan satu ketika mereka bersengketa..



Baca Selanjutnya

Luahan Aznil dan Azwan Ali

Rentetan kisah lama antara mereka seperti laporan polis lewat bertikam lidah dan sebagainya, seperti tidak mahu diimbau lagi. Biarlah semua itu tinggal sebagai kenangan pahit.


"Itu cerita lama.... janganlah diungkit lagi. Biarlah I dengan Azwan saja yang tahu," pinta Aznil separuh merayu.


Sebalik kekesalan yang terluncur di hujung bibir, Azwan dan Aznil akur, kisah 'permusuhan' dan dendam adalah sejarah silam. Tidak perlu diteruskan lagi sementelah, nama masing-masing utuh di persada seni.


"Kita semakin tua. Fikiran sepatutnya lebih matang. Saya sudah fikirkan masak-masak. Tidak ke mana apa-apa permusuhan sekalipun.
"Lagipun saya yang lebih tua. Jadi seharusnya, saya yang lebih matang dari Azwan dan mengorak langkah dulu,"
jelas Aznil sejujurnya.

Malah, kata Aznil lagi, dia akan tetap menyokong Azwan dari belakang.

"I will always be there when he needs me....," jelas Aznil yang menghadiahkan sehelai selendang kepada Azwan ketika dia hendak menunaikan umrah.

Dan selendang itu lah yang selalu menjadi tanda ingatan mereka berdua.

"Setiap kali saya terlihat kain selendang itu di badan Azwan (seperti di blognya), hati saya akan tersentuh....Azwan begitu menghargai pemberian saya," kata Aznil.

Kata Aznil lagi, persahabatan yang terjalin antara mereka merupakan satu pusingan persahabatan yang 'tipikal'.

"This is total friendship. Kita melalui saat suka dan duka bersama. Ini lah yang dikatakan ujian sebuah persahabatan....an extreme case of friendship," kata Aznil sambil tersenyum.

Zoom: Di atas ini adalah serba sedikit luahan kedua-dua artis yang berpengalaman dan mempunyai kreteria tersendiri dalam meneruskan karier masing2. Semoga kisah silam menjadi pengajaran dan menjadi pedoman di masa hadapan..Apa Kata anda ?



Disember 17, 2009

(Cerita Artis) Azwan Ali Berhasrat Nak Kahwin !!!?


Azwan Ali yang khabarnya nak anjurkan majlis penuh rahsia di sebuah hotel 6 bintang di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2010. Seperti biasa, kalau tidak buat gimik, namanya bukan Azwan Ali kan? Yelah, dah kata nak buat majlis kahwin pulak. Sebelum pergi umrah dulu, Azwan pernah memaki hamun ramai orang termasuk beberapa wartawan hiburan dan editor dalam blog dia tu.



Zoom sebelum ini memang 100 % tak suka dengan perangai Bro Azwan tapi semenjak balik dari umrah zoom semakin cuba mendekati perkembangan seni dan perjalanan hidup beliau.Semoga Bro Azwan Di rahmati olehnya, terutamanya niat suci ingin menunaikan tanggungjawap sebagai seorang umatnya..Apa Kata anda?
Baca Selanjutnya

Disember 10, 2009

(Cerita Artis)Azwan Ali Lega Dapat Minta Maaf Dengan Musuhnya !!!!


Alhamdulillah, mungkin ada rahmat dan petunjuk olehnya membuatkan Saudara Kita Azwan Ali merendah diri dan meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah bermusuhan dengannya terutamanya wartawan di Malaysia amnya .!! Namun ada sesetengah pihak memperlekehkan permohonan maaf saudara Azwan Ali ni, tak tau la apa lagi yang mereka dan mereka ini nak..!! apa pun zoom tabik spring kat Bro Azwan kerana berani buat apa yang orang lain tak berani.!!! Jum kita Zoom "statement" Saudara Azwan Ali mengenai isu ini..!!!



Baca Selanjutnya

Pendirian Azwan yang lebih menuju ke arah kebaikan seperti yang dituntut oleh agama, setelah kembalinya menunaikan umrah baru-baru ini adalah sesuatu yang positif dan wajar dijadikan contoh oleh kaum artis.

Salah satu dari perubahan ketara dalam diri Azwan ialah sanggup merendah diri meminta maaf daripada 'musuh-musuhnya'. Malah kesempatan bertemu mereka yang pernah dianggap sebagai seterunya di malam Anugerah Skrin (ASK) 2009 minggu lepas, dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya tekad untuk minta maaf di mana jua saya berjumpa mereka. Sebelum pergi ke ASK malam itu, saya dah pasang niat agar tuhan permudahkan usaha saya untuk memohon maaf daripada mereka ini.

"Alhamdulillah, saya dapat bertentang mata dan minta maaf daripada mereka yang pernah saya hina dan keji sebelum ini. Segala yang terbuku di hati dapat diluahkan....lega rasanya. Saya rasa macam Hari Raya pula bila bermaaf-maafan begitu. Saya nampak sinar kedamaian itu agak jelas.

"I have stopped all the nonsense. Azwan Ali is a happy person now...,no more tension," kata Azwan.

Dan mungkin juga kerana takut dianggap riak atau disalah erti lagi, pemergian Azwan secara diam-diam membuka akaun di Tabung Haji baru-baru ini tidak mahu dihebahkannya.

Kebetulan, perkara itu diketahui kerana panggilan untuk pengesahan satu temu janji dibuat pada hari yang sama.

"Saya pun serba salah nak cakap. Saya pergi buka akaun Tabung Haji bukannya nak bangga diri. Nanti ada yang cakap, orang lain pun pergi naik haji juga, tapi tak kecoh pun," jelas Azwan.

Kata Azwan, entah kenapa tiba-tiba saja beliau tergerak hati nak buka akaun di Tabung Haji.

"Menurut jangkaan, saya kena tunggu 20 tahun baru dapat pergi. Saya berdoa tuhan akan beri saya kemudahan untuk pergi lebih awal. Selama hidup, saya tak pernah pusing hal-hal begini.

"Semuanya berpunca dari sejak pulang dari umrah tempoh hari, bertalu-talu saya dapat 'job offer' dan tawaran. Rezeki mencurah-curah datang hinggalah ke peringkat 'kemunculan' semula saya di pentas siaran langsung Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini.

"Rata-rata yang menelefon saya mahu saya jadi pengacara jemputan di majlis korporat dan persendirian. Banyak pintu yang sebelum ini tertutup sudah dibuka kembali.

"Apa yang saya dapat rasakan ialah bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita....," jelas Azwan yang tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana ramai pihak termasuk 'musuh-musuh'nya sudah mula menampakkan reaksi positif melihat perubahan mendadak dirinya.

Bagi Azwan, kehidupan semakin indah dan bermakna apabila tiada dendam dan sengketa dalam hidupnya kini.

"Jemputan ke ASK sesuatu yang cukup bermakna. Terima kasih kepada Datuk Farid Ridzuan dan semua yang sudi mengundang saya. Saya anggap jemputan itu satu penghargaan yang amat bermakna," kata pengacara yang memulakan kariernya di TV3 sebagai pengacara 'Melodi.'

Yang lebih membuat Azwan terharu, kehadirannya di Anugerah Skrin bukan sebagai penyampai tetapi impak yang ditinggalkan setelah siaran langsung itu masih lagi dirasakan.

"Saya bukan jadi penyampai ASK malam itu. Sekadar melambai-lambai, tak sampai 2 saat. Tapi laluan yang diberikan oleh TV3 untuk muncul di karpet merah berjaya membuka pintu rezeki kepada saya," kata pengacara berusia 43 tahun itu.

Jelasnya lagi, semua rezeki yang datang beberapa bulan kebelakangan ini membuat dirinya berasa terharu.

"Ramai yang tidak tahu saya tak ada job selama 2 bulan, selepas saya balik umrah. Duduk makan tidur saja kata rumah. Kalau orang lain tak tau lah macam mana. Saya duduk di rumah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Tapi saya tetap bersabar dan anggap itu semua dugaan Allah.

"Pengalaman tidak ada kerja itu membuat saya terduduk. Tapi saya tidak pernah menyesali apa yang terjadi.

"Berkat kesabaran, limpah kurniaNYA, doa ibu saya, Mak Tom, dan sokongan daripada pembaca blog 'silaserazwanali.blogspot.com' yang sentiasa menyatakan sokongan kepada saya, akhirnya rezeki saya bertambah.

"Bayangkan sebelum saya pergi umrah, sudah ada cakap-cakap yang kata blog saya hampir dihapuskan. Tiba masa ia masih kekal dan saya pun sudah banyak buat perubahan. Setiap hari saya terima feedback yang positif. Saya amat berbesar hati bila ramai yang membaca blog saya dan memberi komen," kata bekas graduan jurusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Ketika ditanya tentang 'majlis penuh rahsia' pada 13 Januari depan, Azwan tidak mahu komen panjang.

"Majlis penuh rahsia itu, insya Allah, akan diadakan pada Rabu, 13 Januari, pukul 3 petang bertempat di Palace Of the Golden Horses. Kad undangan akan mula diedarkan mulai 25 Disember. Jadi tunggu saja undangan dari saya," kata Azwan.

November 13, 2009

(Gossip) Azwan Ali mohon berdamai dengan tiga wartawan Utusan !!!!


Akhirnya, berdamai juga Bro Azwan kita ni dengan Wartawan..Mungkin ada lagi kot sebab setahu dan menurut info ada lagi wartawan yang anti Azwan Ali...!!! jum kita baca statement hari ini...Dah komenlah apa-apa yang patut..Apa-apa pun Zoom tabik dan salut pada Bro Azwan Ali, Yer lah sampai bila nak bermusuhan. Sedangkan Nabi Maafkan umatnya, apatah lagi kita..!!!



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pengacara sensasi, Azwan Ali hari ini memohon untuk berdamai dengan Utusan Melayu (M) Berhad termasuk tiga wartawan syarikat akhbar itu berkuat kuasa serta merta.

Azwan menerusi surat permohonan maaf yang dikirim melalui Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis juga memohon agar pertikaian dan salah faham yang berlaku melibatkan wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin dapat diselesaikan.

Dalam surat itu Azwan memohon untuk menjalinkan hubungan baik dengan tiga wartawan berkenaan dan melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini.
“Azwan Ali memohon maaf dan percaya tindakan ini akan dapat menjernihkan keadaan dan mengukuhkan silaturahim dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum ini Azwan menghantar notis amaran bertarikh 7 November 2007 tidak membenarkan Utusan Melayu (M) Berhad dan tiga wartawan tersebut untuk menulis berita mengenainya.

Ia berikutan rasa tidak puas hati Azwan terhadap beberapa kritikan yang ditulis oleh wartawan terlibat.
Berikutan permintaan Azwan tersebut, Utusan Melayu (M) Berhad membuat keputusan untuk tidak memberikan sebarang publisiti terhadap beliau.

Krisis melibatkan pengacara itu dengan wartawan berkenaan bertambah parah apabila beliau menyindir mereka melalui beberapa program hiburan televisyen dan juga blognya.

Masalah yang berlaku itu mendapat reaksi Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) yang turut melarang media masa di negara ini memberi publisiti terhadap beliau.

Info : Utusan

Zoom KOmen: Semoga Saudara Azwan Ali mendapat Rahmat darinya..!!!


November 04, 2009

(Gossip) Komen Azwan Mengenai "Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' !!!!


Sekembalinya Selebriti yang penuh gossip di media cetak dan elektronik ini dari umrah banyak dugaan yang mendatang. Nasib baiklah saudara Azwan kita ini berjiwa kental, dan yang terbaru gossip buku yang mengaitkan "Pondan" dalam penulisannya.

APA yang menyebabkan selebriti terkenal Azwan Ali tiba-tiba ingin menulis buku tentang kisah pondan? Dan apa agaknya yang begitu menarik tentang pondan yang mencuit hati Azwan sehingga terpanggil untuk menulis catatan tentang kaum ini

nak tau lebih lanjut mengenai gossip terbaru ini, jum zoom kat bawah..!!



Baca Selanjutnya

"Kebetulan sebelum saya pergi umrah tempoh hari pihak Karangkraf ada berbincang tentang hasrat mereka untuk menerbitkan buku saya. Jadi saya terfikir tentu menarik kalau kandungan buku saya itu menyingkap kisah hidup pondan," jelas Azwan yang selalu dilanda kontroversi disebabkan kelantangannya menyuarakan sesuatu pandangan.

Menurut Azwan, dia sengaja memilih judul yang sensasi begitu untuk menarik perhatian orang membaca.

"Terpulanglah...kalau orang nak kata saya propa atau sengaja mencari sensasi. Yang penting buku itu akan memuatkan kisah hidup seorang pondan. Saya begitu teruja untuk menyiapkan buku ini kerana subjeknya very interesting walaupun intipatinya saya tidak mahu dedahkan.

"Ianya kisah sebenar, ada unsur sindiran dan juga sensasi. Dan tentu sekali kontroversial. Sekali imbas tajuknya saja sudah cukup membuat pembaca tertanya-tanya apa agaknya kandungan buku ini," kata Azwan yang mendapat idea menulis buku ini dari pengamatan kisah hidup kawan-kawan dan pembacaan.

Yang menguatkan Azwan untuk berkarya ialah kerana dia semakin seronok dalam bidang penulisan ini. Tambahan bila laman webnya (silaserazwanali.blogspot.com) mendapat sambutan yang hangat sejak akhir-akhir ini.

"Saya cukup teruja menulis kerana banyak bahan-bahan di keliling saya. Ada saja ilham yang datang. Salah satu ialah bahan untuk dimuatkan di dalam buku itu.

"Biarlah pembaca sendiri yang menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yang dinanti-nantikan. Saya sendiri dapat rasa yang kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang-orang yang rapat dengan saya dapat rasakan," kata adik kepada ahli politik Azmin Ali ini.

Kemungkinan besar, buku itu akan siap pada awal tahun depan dan dilancarkan pada bulan Ramadhan.

"Saya ingin lancarkan pada bulan Ramadhan sempena genap setahun 'penghijrahan' saya," katanya lagi.

Azwan tidak gusar seandainya ada orang yang berkata buku itu adalah satu eksploitasi Azwan Ali.

"Tak apa lah...saya dah masak dengan cakap-cakap orang. Saya akan berkongsi 'eksploitasi' ini bersama peminat-peminat. Bila saya 'terjebak' dan dikelilingi pondan-pondan, ramai peminat saya lahirkan rasa terkilan.

"Semua ini disampaikan kepada saya dan ianya mendatangkan satu keinsafan. Dan rentetan terakhirnya ialah penghasilan buku ini," jelas Azwan. Sambungnya lagi, "Dunia Mak Nyah terlalu rumit untuk dirungkai. Sedikit masa dulu, cerita-cerita macam ini mendapats ambutan dalam drama, filem dan teater. Saya harap pihak tertentu tidak akan prejudis dengan buku ini.

"Perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak manis atau yang berkait tentang seks, saya tidak akan sentuh. Saya tidak begitu terbuka. Semua itu akan dibatasi dengan berhemah," kata selebriti berusia 43 ini.

Jadi apakah sebenarnya dunia pondan yang dimaksudkan Azwan?

"Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' adalah satu keterbukaan yang ikhlas. Diharap peminat-peminat di luar sana akan nantikan kemunculannya," kata pengacara popular lulusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Info : Mstar

Zoom KOmen : Tak tau nak komen apa sebab tak baca buku Azwan ...Apa Komen anda !!? especially tajuk buku ini !!!?

November 01, 2009

(Video) Azwan Ali menangis komen disumpah jadi anjing depan ka'abah !!!



Zoom pun tak tau nak komen apa, anda lihatlah video kat bawah ni, Bro Azwan kita ditemuramah oleh wartawan Tv3 ( Melodi ) hari ni.Apa KOmen anda !!??



Baca Selanjutnya




Oktober 23, 2009

(Gossip) Azwan Ali Secret Admire Ziana Zain !!!!


Lucu tapi benar, Dekat bawah ni luahan dari isi hati Artis kita yang bernama Azwan Ali terhadap seseorang yang dia ''Admire'' masa muda-muda dulu. Rasa nak gelak pun ada, tak tau pulak azwan ali ni minat kat akak ziana tue, mugkin disebabkan kening kak ziana kot...Apa pun layan la luahan azwan ali mengenai ''admire'' dia dulu2..!!!



Baca Selanjutnya

MEMANG sukar hendak menelah perasaan seseorang. Apatah lagi bila berhubung soal cinta.

Mungkin ramai yang tidak percaya personaliti 'kontroversi' Azwan Ali pernah menyimpan hati pada penyanyi terkenal Ziana Zain yang kini sudah pun mempunyai empat orang anak.

"Kisah tu dah lama berlalu. Tapi sampai hari ini saya pun hairan kenapa dia tidak mahu menjejak kaki ke rumah saya walaupun puas saya mengajaknya.

"Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berpuluh kali. Sekali pun dia tidak pernah sudi datang ke rumah saya," jelas Azwan yang masih teringat kali pertama dia berjumpa dengan Ziana.

Kata Azwan lagi, "Saya ingin tegaskan di sini, saya sukakan Ziana ketika dia seorang penyanyi baru. Bukan seperti Ziana yang sekarang. Ada sesuatu tentang dirinya yang saya suka.

"Waktu tu usia saya baru 23 tahun. Pada saya, Ziana seorang gadis Melayu yang naif, bersahaja dan menarik. Itu membuat saya sangat tertarik padanya.

"Saya ingat lagi peristiwa di sebuah hotel di mana dia telah 'reject' saya dan telah memanggil saya 'Dik Non'.

"Dia lah artis pertama yang panggil saya Dik Non. Tapi saya tak ambil hati dan masih simpan lagi sepasang kasut comel yang dibelinya di Jepun, pemberian Ziana sewaktu dia menjadi pramugari ketika itu," kata Azwan yang memberi pose menarik di almari tempat tersimpannya sepasang kasut comel itu.

Bila ditanya adakah Ziana punca hatinya tertutup pada wanita, Azwan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu.

"Ya...mungkin juga," kata Azwan menutup kisah lama itu rapat-rapat dan terus ke topik lain.

Azwan juga tidak kisah jika ada yang berkata kisahnya bersama Ziana hanya satu 'propa.'

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya jujur menyatakan isi hati yang terpendam selama ini," kata pengacara terkenal yang pernah menghasilkan program menarik seperti Cit Cat Azwan dan Amboi amboi amboi.

Kata selebriti popular ini, dia juga ada mendengar sosek-sosek orang ramai tentang kononnya pengumuman dia sudah berubah sekembalinya dari umrah baru-baru ini hanya satu 'propa' juga.

"Itu pun terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya berjanji dengan Allah bukan dengan you atau wartawan lain. Jadi, apa pun orang nak cakap, biar lah."

Tambahnya lagi, "Macam yang saya cakap sebelum ini, sampai bila nak kejar hal-hal dunia saja. Azwan Ali pun ada hati dan perasaan juga. Bila tuhan dah buka hati orang itu akan berubah, siapa kita hendak persoalkan," jelasnya ringkas.

Apa KOmen anda ??

Oktober 19, 2009

(Gossip) Filem 'Ummi' Kisah Keluarga Azwan !!!?



Walaupun filem ini belum dilancarkan lagi, tapi zoom dapat rasakan beberapa peratus tentunya berkisar kepada pengalaman dan pergolakan yang berlaku dalam keluarga azwan ali. Sila baca selanjutnya untuk membaca dan meneliti komen yang Azwan ali jawap kepada 'Press" mengenai Filem ini..



Baca Selanjutnya

TAJUK filem 'Ummi' yang ditulis dan akan diarahkan oleh personaliti terkenal Azwan Ali, tentang keretakan sebuah keluarga Melayu bagaikan membawa pengertian lain sekali pandang.

Tapi menurut Azwan, filem itu tidak ada kena mengena dengan kisah hidup keluarganya kerana 50% adalah fiksyen dan selebihnya digarap dari pengalaman dan pengamatannya sendiri.

"Tolong jangan salah sangka. Filem 'Ummi' adalah kisah keluarga Melayu dan selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ia bukan pasal cerita adik saya Ummi Hafilda.

"Sebenarnya cerita filem itu ala-ala filem 'Abang' (arahan Datuk Rahim Razali) tetapi lebih dramatik," kata Azwan sewaktu ditemubual di rumah mewahnya sempena majlis terbuka hari raya baru-baru ini.

Jelas Azwan lagi, 'Ummi' berkisar tentang pengorbanan seorang ibu yang tabah dan gigih membesarkan anak-anaknya.

"Skrip filem itu hampir selesai dan saya memilih nama 'Ummi' kerana ianya membawa maksud ibu atau mak. Saya juga akan pastikan filem itu akan menggunakan lagu popular 'Umi' nyanyian Datuk Shake," kata selebriti popular itu.

Kata Azwan, filem itu pasti akan meruntun perasaan penonton lebih-lebih lagi kaum ibu

"Elemen sedih akan membuat orang menangis dengan sendirinya dan bukan dipaksa," kata Azwan yang kelihatan berseri-seri setelah kembalinya dari menunaikan umrah pada bulan puasa baru-baru ini.

Menurut Azwan, watak utama filem itu akan dibawa oleh aktres Umie Aida dan watak 'Ummi' pula akan ditawarkan kepada Wan Maimunah.

"Saya sudah pun mempunyai beberapa nama lain dalam fikiran. Saya berharap sangat filem ini akan menjadi kenyataan," kata personaliti yang juga bekas graduan Undang-undang ini.

Impian membuat filem adalah salah satu dari doa yang dimohon Azwan ketika membuat umrah.

"Saya memang dah lama teringin menerbitkan filem dan drama berkisarkan tentang isu keluarga. Cuma masalahnya adalah modal. Kalau ada pihak yang berminat boleh hubungi saya kerana skripnya pun sudah siap.

"Malah saya masih ada beberapa skrip untuk program TV yang belum dihasilkan lagi," kata hos popular yang pernah menerbitkan program Cit Cat Azwan itu.

Katanya lagi, dia mendapat suntikan semangat baru kini setelah kembali dari tanah suci.

"Dunia glamor juga membawa erti berbeza kini. Tidak lagi macam dulu. Saya sudah tidak mahu mengejar populariti kerana saya rasa dunia itu sudah jauh saya tinggalkan," kata selebriti berusia 44 tahun itu.

Katanya lagi, tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain dapat menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibunya.

"Cukuplah...saya sudah merasakan semuanya. Mungkin tuhan hendak saya aktif di belakang tabir saja selepas ini," kata Azwan.

Zoom Komen: Bagus la kalau macam tue, berdasarkan "statement" Azwan Ali beliau akan mengelakkan dari konterversi yang semakin hangat di dunia cyber dan realiti. Mungkin ada hikmah disebalik pemergian beliau ke Tanah Suci baru-baru ini.Dengan "statement" Azwan Ali akan meredakan konterversi Azwan dengan "Press" Yang bermusuh dengan Beliau..!! Apa KOmen Anda ?

(Gossip) YB Azmin Ali Adik Azwan, Jejak Kaki ke Rumah Azwan Selepas " 9 Tahun" !!!


Zoom pun baru tahu YB Azmin Ali, Ahli parimen Gombak ( PKR ) dan naib presiden PKR ini adalah adik Azwan Ali, dan zoom pun baru tahu sesudah 9 tahun baru adik Azmin ali menjejak kaki ke rumah azwan ali.




Baca Selanjutnya

Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.



Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.

Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.

"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.

Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.

"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.

Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.

Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.

Zoom KOmen: Persoalannya sekarang ni apakah yang berlaku sehingga "9 Tahun" baru menjejaki kaki ke mahligai Bonda tersayang, kita sebagai insan biasa dan mempunyai ibubapa pastinya akan merindui keluarga walaupun hanya setahun tidak menjejaki kaki di rumah keluarga tersayang.Teka-teki ini hanya Azwan dan keluarga sahaja yang mengetahuinya, sebagai umatnya kita hanya mampu mendoakan semoga hubungan kekeluargaan YB dan Keluarga ini behagia. Apa Komen Anda ?

September 26, 2009

(Gossip) Azwan Ali Maafkan Musuh (Wartawan) Masa Umrah !!!





PENGACARA popular, Azwan Ali memang sudah sinonim dengan mulut 'laser' setiap kali berbicara. Malah dia juga sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, Azwan yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah mengakui, dia dapat merasakan perubahan terhadap dirinya dan seboleh mungkin, dia tidak lagi mahu ada pihak yang ingin menyamakan Azwan Aliyang dahulu dan sekarang.

"Alhamdulillah, setelah saya selamat mengerjakan umrah, saya dapat rasakan ada perubahan pada diri saya dan moga-moga ini adalah Azwan Ali yang baru.
"Saya juga berharap supaya masyarakat dan juga orang-orang industri hiburan tidak lagi menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

"Inya-Allah, saya berharap selepas ini jika masih ada pihak yang ingin memfitnah atau gosipkan saya, saya akan maafkan mereka awal-awal... malah saya akan terima dengan senyuman dan redha sahaja," kata Azwanketika dihubungi mStar Online.
Kata Azwan lagi, dia amat bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah, dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali.

"Saya bersyukur sangat apabila nama-nama yang saya anggap musuh saya, iaitu 10 orang wartawan yang pernah saya maki-hamun, saya dapat sebut dengan terang dan jelas berulang kali di hadapan Kaabah.
"Tapi tujuan saya sebut nama mereka bukanlah nak minta Tuhan turunkan bala kepada mereka. Sebaliknya saya minta Tuhan ampunkan dosa saya dan juga dosa mereka
.

"Saya pun bukanlah nak bermusuh selama-lamanya, jadi dengan cara ini saya minta Tuhan boleh beri petunjuk kepada kami," jelasnya.

Ditanya mengenai pengalamannya ketika mengerjakan umrah pada 7 September sehingga 24 September lalu, Azwan mengatakan ia adalah satu perjalanan yang mengasyikkan dan satu nikmat yang tidak terhingga buatdirinya.

"Saya telah berada di sana selama 18 hari 16 malam, di mana lima hari saya berada di Madinah dan selebihnya di Kota Mekah.
"Saya merasa nikmat sangat kerana tidak ada berlaku sebarang musibah terhadap diri saya walaupun saya sering dicop dengan pelbagai gosip liar.
"Tetapi apabila saya sampai di sana saya rasa semua yang positif terhadap diri saya dan saya yakin semua itu adalah rezeki dari Allah s.w.t terhadap Azwan Ali,
" kata Azwan.

Zoom Komen: Bagus la kalau macam tue, lega juga hati 10 wartawan dan musuh2 Azwan Ali..Sempena bulan yang mulia ini sama-sama la kita bermaaf-maafan Jangan pula lepas raya ada lagie konterversi yang keluar..Sama-sama kita tunggu dah lihat..!!!

September 07, 2009

(Video) Panazz Azwan Ali Kenakan Nabil Di Tv3


Ni apekes bulan-bulan puasa pun sibuk nak serang-serang orang ni Azwan? Hurm, korang bakal menyaksikan gaya penampilan Azwan Ali yang agak kacak sebentar nanti. Kalau pernah menonton filem Setem, lagi la jantan mamat ni. Rasanya dia ni saja je buat-buat macam bapok kot. Suka jadi artis kontroversi.

Azwan Ali dan Nabil dipertemukan dalam rancangan AC Sempoi (formerly known as AC di Sini). Rakaman dilakukan sebelum Azwan Ali berangkat mengerjakan umrah kot (minta-mintak jangan la maki hamun orang lagi).

Tapi Nabil juga ada kata yang dia terkesima pada malam tu. Jadi isu tu boleh lah kita katakan sebagai selesai. Jangan buat lagi lepas ni. Kahwin cepat-cepat dengan Irma tu pun lagi bagus. Tak bagus couple lama-lama ni. Bukan tak cukup duit nak kahwin si Nabil ni tapi sebab sibuk sangat dengan urusan dunia dia. Jangan sampai ada datuk-datuk kaya luar sana usya line. Hehehe.

Info : Oh Artis...TQ

Babak yang sempat dirakam ni memang agak lawak bila Azwan Ali ditugaskan oleh AC Mizal untuk menyerang Nabil dengan pelbagai soalan. Dan apa lagi soalan paling femes mengenai Nabil ni, dah tentulah isu peluk-memeluk dia dulu masa Bintang Popular Bintang Harian. Ikuti rakaman berikut.

Nasib dengan selamba menjawab:
“Yang sebenarnya. Saya bukan dah berapa tahun tak peluk orang. Malam tu saya punya gembira tu saya nak kongsi dengan mak saya. Tapi yang ada MAKWE je. Terpaksalah.

Mungkin kerana Nabil ni seorang pelawak, boleh lah kita kategorikan kata-kata dia tu semua nak melawak je. Tapi tak tahu la kalau tu memang betul apa yang dia rasa. Hehe, tak kot?

Mei 13, 2009

( Gossip ) Azwan Ali Gedik ??


Menurut satu tinjauan online, pengacara Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali diletakkan selebriti paling gedik di antara pelakon lelaki lain. Yang tak tahannya, Isma Yusoof pun termasuk dalam senarai. Apa kes?

Info : Budiey web