Memaparkan catatan dengan label Penulis Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penulis Buku. Papar semua catatan

Jun 24, 2012

Buku Memoir Bukan Memoir Tulisan Pekin Ibrahim Di Rampas JAIS !?

Kerana salah faham yang timbul menyebabkan buku terbaru Pekin yakni seorang pelakon dan penulis buku di rampas oleh pihak berkenaan. Menurut info kandungan dalam buku tersebut diragui dan dikatakan ada kandungan yang merosakkan akidah umat islam.


Namun empunya buku tampil dengan jawapan berikut apabila ditanya oleh wartawan :
"Insiden itu berlaku kerana salah faham. Jais membuat serbuan pada syarikat penerbitan itu kerana buku-buku lain dan bukannya buku saya. Secara kebetulan buku saya juga berada di sana, mereka rampas beberapa naskhah bagi tujuan siasatan. 
"Saya berasa terkejut dan terkilan juga dengan apa yang berlaku kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik," katanya ketika ditemui mStar Online.

ZoOM : Jika anda sudah membaca buku ini SHARE lah dengan rakan-rakan anda disini, dan kepada Pekin Good Luck Bro ....

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Julai 06, 2011

Buku Zahiril ‘Bogel Menuju Tuhan’ | Sinopsis Bogel Menuju Tuhan


Buku antologi puisi dan catatan berjudul Bogel Menuju Tuhan karya pelakon Zahiril Adzim semakin laris dijual dan kini memasuki cetakan kedua.

Menurut pelakon drama Juvana ini, buku yang telah dicetak 1,000 buah itu bakal ditambah 1,000 buah lagi memandangkan permintaan terhadap buku itu meningkat.



Buku Bogel Menuju Tuhan terbitan Merpati Jingga Sdn. Bhd yang setebal 108 muka surat ini hanya dijual dengan harga RM30 dan ianya boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web 


SINOPSIS

BOGEL MENUJU TUHAN adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya. Maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. 



To order;

1. Pls SMS 017-2002944 (Type ) 

Jun 15, 2011

Download Drama Nora Elena | Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha


ZoOM terjumpa di laman blog mohdrohaizad.co.cc mungkin ada diantara anda yang tertinggal atau terlepas menonton drama NORA ELENA yang semakin menjangkiti wanita-wanita diluar sana untuk duduk di depan kaca TV. Sebelum download pastikan speed internet anda mencapai tahap yang maksimum yer :)

Episod 14 - 31 Mei - 140mb
Episod 13 - 30 Mei - 146mb 
Episod 12 - 26 Mei - 136mb 
Episod 11 - 25 Mei - 143mb
Episod 10 - 24 Mei - 130mb
Episod 09 - 23 Mei - 143mb
Episod 08 - 19 Mei - 122mb
Episod 07 - 18 Mei - 152mb
Episod 06 - 17 Mei - 180mb
Episod 05 - 16 Mei - 126mb
Episod 04 - 12 Mei - 134mb
Episod 03 - 11 Mei - 127mb 
Episod 02 - 10 Mei - 125mb
Episod 01 - 09 Mei - 60mb


Dan jika nak beli Novel boleh berhubung terus dengan penulis di laman blog Meen Zulaikha.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

November 04, 2009

(Gossip) Komen Azwan Mengenai "Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' !!!!


Sekembalinya Selebriti yang penuh gossip di media cetak dan elektronik ini dari umrah banyak dugaan yang mendatang. Nasib baiklah saudara Azwan kita ini berjiwa kental, dan yang terbaru gossip buku yang mengaitkan "Pondan" dalam penulisannya.

APA yang menyebabkan selebriti terkenal Azwan Ali tiba-tiba ingin menulis buku tentang kisah pondan? Dan apa agaknya yang begitu menarik tentang pondan yang mencuit hati Azwan sehingga terpanggil untuk menulis catatan tentang kaum ini

nak tau lebih lanjut mengenai gossip terbaru ini, jum zoom kat bawah..!!



Baca Selanjutnya

"Kebetulan sebelum saya pergi umrah tempoh hari pihak Karangkraf ada berbincang tentang hasrat mereka untuk menerbitkan buku saya. Jadi saya terfikir tentu menarik kalau kandungan buku saya itu menyingkap kisah hidup pondan," jelas Azwan yang selalu dilanda kontroversi disebabkan kelantangannya menyuarakan sesuatu pandangan.

Menurut Azwan, dia sengaja memilih judul yang sensasi begitu untuk menarik perhatian orang membaca.

"Terpulanglah...kalau orang nak kata saya propa atau sengaja mencari sensasi. Yang penting buku itu akan memuatkan kisah hidup seorang pondan. Saya begitu teruja untuk menyiapkan buku ini kerana subjeknya very interesting walaupun intipatinya saya tidak mahu dedahkan.

"Ianya kisah sebenar, ada unsur sindiran dan juga sensasi. Dan tentu sekali kontroversial. Sekali imbas tajuknya saja sudah cukup membuat pembaca tertanya-tanya apa agaknya kandungan buku ini," kata Azwan yang mendapat idea menulis buku ini dari pengamatan kisah hidup kawan-kawan dan pembacaan.

Yang menguatkan Azwan untuk berkarya ialah kerana dia semakin seronok dalam bidang penulisan ini. Tambahan bila laman webnya (silaserazwanali.blogspot.com) mendapat sambutan yang hangat sejak akhir-akhir ini.

"Saya cukup teruja menulis kerana banyak bahan-bahan di keliling saya. Ada saja ilham yang datang. Salah satu ialah bahan untuk dimuatkan di dalam buku itu.

"Biarlah pembaca sendiri yang menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yang dinanti-nantikan. Saya sendiri dapat rasa yang kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang-orang yang rapat dengan saya dapat rasakan," kata adik kepada ahli politik Azmin Ali ini.

Kemungkinan besar, buku itu akan siap pada awal tahun depan dan dilancarkan pada bulan Ramadhan.

"Saya ingin lancarkan pada bulan Ramadhan sempena genap setahun 'penghijrahan' saya," katanya lagi.

Azwan tidak gusar seandainya ada orang yang berkata buku itu adalah satu eksploitasi Azwan Ali.

"Tak apa lah...saya dah masak dengan cakap-cakap orang. Saya akan berkongsi 'eksploitasi' ini bersama peminat-peminat. Bila saya 'terjebak' dan dikelilingi pondan-pondan, ramai peminat saya lahirkan rasa terkilan.

"Semua ini disampaikan kepada saya dan ianya mendatangkan satu keinsafan. Dan rentetan terakhirnya ialah penghasilan buku ini," jelas Azwan. Sambungnya lagi, "Dunia Mak Nyah terlalu rumit untuk dirungkai. Sedikit masa dulu, cerita-cerita macam ini mendapats ambutan dalam drama, filem dan teater. Saya harap pihak tertentu tidak akan prejudis dengan buku ini.

"Perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak manis atau yang berkait tentang seks, saya tidak akan sentuh. Saya tidak begitu terbuka. Semua itu akan dibatasi dengan berhemah," kata selebriti berusia 43 ini.

Jadi apakah sebenarnya dunia pondan yang dimaksudkan Azwan?

"Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' adalah satu keterbukaan yang ikhlas. Diharap peminat-peminat di luar sana akan nantikan kemunculannya," kata pengacara popular lulusan undang-undang Universiti Malaya ini.

Info : Mstar

Zoom KOmen : Tak tau nak komen apa sebab tak baca buku Azwan ...Apa Komen anda !!? especially tajuk buku ini !!!?

Oktober 16, 2009

(Gossip) Penulis Novel Cinta ( Ahadiat Akashah ) Tak beri Nafkah Anak !!?


KUALA LUMPUR - "Saya bukan berdendam tetapi saya tidak mahu dianiayai lagi, ini tindakan mempertahankan diri," tegas novelis cinta terkenal, Ahadiat Akashah dalam perbicaraan tuntutan bagi mengubah perintah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.
Ahadiat, 44, berkata demikian setelah peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili bekas isterinya, Shahilah Mat Nazir, 38, mencadangkan punca plaintif enggan bayar nafkah adalah kerana berdendam dengan defendan.



Baca Selanjutnya

Menurut Ahadiat yang merupakan plaintif kes itu, sejak diisytiharkan muflis pada 1998, kewangannya tidak menentu menyebabkan dia gagal membayar tunggakan nafkah anaknya, Aishah Akashah, 13, selama 13 bulan berjumlah RM3,900.
Pendapatannya sejak itu, kata Ahadiat, banyak bergantung kepada isteri barunya, Norhayati Mohd. Fauzi yang dikahwini pada 2000 selain royalti novel-novel yang diulang cetak di seluruh negara dengan bayaran purata RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
"Saya tidak pernah kata tidak mahu bayar namun bekas isteri tidak mahu berunding. Kalau saya tidak dapat bayar RM300, saya boleh beri nafkah cara lain seperti ambil anak dari sekolah, beli pakaian atau makan minum," katanya.

Info: Kosmo

Zoom Komen:Pendapatan RM15,000 - RM20,000 sebulan pun boleh bagi alasan tak mampu nak bagi nafkah..!! zoom pun pernah baca novel Akashah ni, cerita dalam tue memang jiwang punyer "especially" jika wanita-wanita yang suka novel cinta-cintan ni. Ayat Memang power dan boleh membuatkan air mata gadis-gadis mengalirkan air mata..Tapi hakikatnya di alam realiti, Penulis dah Muflis dan memberi alasan tidak mampu memberi nafkah kepada anak-anak.Apa Komen Anda ?