Zoom pun baru tahu YB Azmin Ali, Ahli parimen Gombak ( PKR ) dan naib presiden PKR ini adalah adik Azwan Ali, dan zoom pun baru tahu sesudah 9 tahun baru adik Azmin ali menjejak kaki ke rumah azwan ali.
Baca Selanjutnya
Kedatangan Azmin, Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Naib Presiden PKR, ke rumah adiknya Azwan petang itu amat bermakna sekali bagi mereka anak beranak.
Manakan tidak, sudah 9 tahun kasih terputus dan jalinan tali persaudaraan yang bertaut kembali pada petang itu bagaikan sebuah episod jejak kasih.
Debaran menanti "tetamu istimewa" Azmin menjadi lebih syahdu apabila Mak Tom memecah kesunyian dengan berkata, "Ini yang makcik tunggu-tunggu selama ini. Alhamdulillah tuhan kabulkan doa makcik.
"Siang malam, makcik tak henti-henti berdoa terutama pada bulan Ramadan yang baru ini. Makcik minta tuhan satukan anak-anak makcik sebelum makcik tutup mata...," jelas Mak Tom, 74 tahun dengan nada yang separuh sebak.
Meskipun Mak Tom tidak berapa sihat, ibu tua yang penyayang ini bertungkus lumus di dapur bersama beberapa orang pembantu Azwan, menyiapkan juadah untuk semua anak-anaknya.
"Azmin kata dia akan datang....kejap lagi sampailah tu," jelas Mak Tom dengan penuh harapan. Tidak beberapa lama kemudian, kelibat abang tersayang, yang disapa dengan panggilan 'Pak Teh' berjalan masuk ke rumah Azwan.
Azwan terus mencium tangan abangnya sambil diperhatikan Mak Tom dengan mata yang berkaca.
Azmin, 45, yang datang dengan isterinya Shamsidar Taharin serta lima orang anaknya petang itu, disambut mesra seolah masa yang memisahkan mereka seperti tidak pernah berlaku.
Zoom KOmen: Persoalannya sekarang ni apakah yang berlaku sehingga "9 Tahun" baru menjejaki kaki ke mahligai Bonda tersayang, kita sebagai insan biasa dan mempunyai ibubapa pastinya akan merindui keluarga walaupun hanya setahun tidak menjejaki kaki di rumah keluarga tersayang.Teka-teki ini hanya Azwan dan keluarga sahaja yang mengetahuinya, sebagai umatnya kita hanya mampu mendoakan semoga hubungan kekeluargaan YB dan Keluarga ini behagia. Apa Komen Anda ?