Memaparkan catatan dengan label Ziana Zain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ziana Zain. Papar semua catatan

Februari 17, 2012

Komen Ziana Zain Mengaku Guna Kolagen Mencantikan Wajah

SELEPAS

Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. 
"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung.

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut

Julai 08, 2011

Persatuan Artis Hanya Membuang Masa - Ziana Zain !!

Semalam ZoOm ada terbaca "statement" akak Ziana Zain kita ni, mengenai pengelibatan artis dalam persatuan yang ada di Malaysia khasnya. Mungkin selama ini ramai yang bersikap pandang dan dengar sahaja kerana takut periuk nasi terganggu. Namun ZoOM bagi pihak ZoOMartis Dot Net, TABIK SPRING dekat akak Ziana Zain kita kerana berani bersuara demi kepentingan artis-artis di Malaysia.

Betul juga apa yang akak ZZ kita canangkan, jika tidak bersatu dalam satu bumbung kita akan berjaya menepis hujan atau ribut yang mendatang. Bak kata Pepatah "Kerana satu tiang patah, Satu Rumah Roboh" ops pepatah ZoOm kot...BETUL TAK ?

Apa-apa pun Jommm layan "Statement" Kan ZZ atau nama glamour sekarang ni "Mek Jena" :


Menurut Ziana, semua persatuan yang antaranya seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Karyawan dan Papita harus dibubarkan kerana kebanyakannya adalah untuk kepentingan peribadi mereka yang memegang jawatan di dalamnya.

"Maaf kalau ada yang terasa tetapi pada pendapat saya persatuan-persatuan yang tersedia ada sekarang ini haruslah dibubarkan.

"Cuba fikir secara logiknya, jika kita sebagai artis mahu bersatu dalam segala hal, perlukah kita mempunyai pelbagai persatuan? Malah dengan persatuan yang ada,

April 07, 2011

Ziana Zain Top 10 Hot Asian Moms

Sekali pandang macam tak percaya ini gambar akak Ziana Zain

Wow..Amazing sebab akan Ziana Zain menjadi Top 10 Hot Asian Moms, dan menakjubkan sebab Dahlia Daphne Iking pun berada di tangga ke 8 berbanding Ziana Zain berada ditangga ke 7. Ikuti berita bahasa inggeris yang boleh dikongsi bersama dengan anda di ZoOmartis Dot Net @ Facebook

10 Hot Asian Moms       
By: Lori Boyd

        The 10 hot Asian moms are living proof that having children does not diminish one's beauty or allure. These Asian moms may have kids but they still have what it takes it makes heads turn.

Februari 11, 2011

Mohd Juara Mentor Belum Terima Hadiah RM100 Ribu !

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.
Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.



Info : Mstar


ZooM : kesiannya kenapalah susah sangat nak keluarkan duit dari Amanah Raya ni, dan untuk makluman bukan Mohd je yang menghadapi apabila berurusan dengan Amanah Raya, terutamanya jika seseorang pemilik itu telah meninggal dunia. Nak buat macam mana dah prosidur dia macam tu kita ikut je sebab pengguna tetapi Amanah Raya kena ubah konsep sedikit bagi mengelakkan terlalui banyak prosidur yang kena ikuti jika ingin mengeluarkan harta/duit.

Julai 29, 2010

Gambar Ziana Zain Dan Suami

Inilah gambar suami Akak Ziana Zain kita, nama suami beliau ialah Armin Zaharin turut menjadi duta Antabax.Menurut akak Ziana Zain beliau terpaksa mengambil masa Sebulan untuk memujuk suami menjadi Duta :P

Apa pun suka tengok keluarga ni...!!

Mac 21, 2010

Finalist protege kak ziana

Inilah Finalist Protage Akak Ziana Zain kita,boleh tahan juga gadis-gadis ini semuanya menepati citarasa penonton di luar sana.Siapalah gadis yang bertuah dibawah yang akan menjadi anak didik Ziana Zain..

Mac 10, 2010

Gambar anak kembar Ziana Zain !!!!

Inilah wajah anak kembar Ziana Zain yang ditunggu-unggu oleh peminat. Lama Ziana menanti masa sesuai untuk memperkenalkan sepasang bayi kembarnya kepada peminat.
Bukan sengaja mahu menyorok anak, tapi anaknya lahir tdak cukup bulan dan tidak sesuai untuk ditampilkan. Anak-anaknya Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh lahir pada 24 Julai lalu.

Comel tak !!!? dah besar anak-anak akak ziana ni...!!

Ziana Menangis Cerita Pengalaman Bersalin Anak Kembar


Sedihnya Zoom baca cerita akak Ziana Zain kita ini bercerita mengenai saat genting melahirkan anak kembarnya, dan jawapan mengenai kisah dan gossip menyorok anak kembarnya.


"Tidak pernah terniat hendak sorokkan anak-anak kembar saya," jelas Ziana membuka bicara tentang kisah di sebalik cerita dia ingin menyorokkan anak-anaknya dari pihak media.
Jelas Ziana, dia mempunyai sebab kenapa dia ingin menyendiri sewaktu melalui fasa yang sukar itu.
"Selepas bersalin saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang teruk.
“Sebenarnya saya mengalami masalah tekanan darah tinggi itu seminggu sebelum melahirkan anak sehingga bacaan darah tingginya mencecah 200 di sebelah atas.
"Selepas bersalin, doktor juga menasihatkan supaya saya berehat sekurang-kurangnya enam bulan," ujar Ziana, 42.
Semasa berkongsi cerita mengenai pengalaman 'nyawa di hujung tanduk' ketika bersalin anak kembar, Ziana tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.


"Saya bersyukur sangat... Allah telah panjangkan umur saya. Sepanjang proses bersalin, saya masih sedar. Tapi selepas sahaja kedua-dua bayi saya keluar, saya sudah tidak tahu apa yang terjadi.
"Saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi selama lima hari. Sepanjang berada di wad itu, saya telah dimasukkan 10 paket darah.

"Menurut doktor, saya telah mengalami tumpah darah yang begitu banyak hingga berada di dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang tipis untuk hidup," katanya ketika majlis memperkenalkan Duta SlimWorld 2010.

Zoom: huh dasyat nya jika melahirkan anak kembar...ingatlah wahai anak-anak adam bahawa sebegini jugalah ibu anda melahirkan anda semua...Apa kata anda ?

Februari 13, 2010

(Cerita Artis) Tangan dan peha Ziana Zain melecur

Kesian dekat Ziana Zain kita ni, pagi-pagi buta semasa menyiapkan sarapan untuk keluarga tersayang malang menimpa, tangan dan peha beliau terkena air panas dan kini berbalut.ketika menghadiri prebiu filem terbarunya, Magika di panggung Cineleisure Damansara, baru-baru ini beliau bercerita kisah malang tersebut kepada wartawan.




Baca Selanjutnya

Ziana menambah, doktor telah menyapukannya dengan krim khas lecur selain memberikannya ubat penahan sakit serta antibiotik, sebaik sajadia dirawat di hospital berhampiran rumahnya di Shah Alam.

Zoom: Semoga Ziana Zian cepat sembuh..Apa kata anda ?

Februari 02, 2010

(Gambar) Wajah terbaru Ziana Zain !!

Selepas disahkan hamil anak kembar, penyanyi bersuara lantang, Siti Roziana Zain atau nama komersialnya Ziana Zain, 42, mengambil masa hampir setahun untuk menyepikan diri dalam bidang nyanyian mahupun lakonan.Berita terbaru beliau akan menerbitkan album baru dan akan berlakon semula.Kepada peminat Ziana Zain tungguu....Apa komen anda mengenai wajah Ziana Zain sekarang dan sebelumnya...!!!



Baca Selanjutnya

Januari 26, 2010

(Cerita Artis) Ziana Zain bersedia kongsi ilmu dengan protegenya


Ziana Zain, penyanyi dan pelakon yang terkenal ini mengakui dirinya sudah bersedia untuk berkongsi ilmu dengan protegenya setelah mengumumkan dia bakal bergelar mentor dalam program realiti Mentor musim keempat pada tahun ini.



Baca Selanjutnya

Penyanyi yang baru muncul dalam persada seni ini pada awal bulan ini selepas melahirkan sepasang kembar pada enam bulan lalu berkata mungkin protegenya nanti lebih bagus daripadanya. Biarpun begitu, Ziana tetap merasakan dirinya tidak boleh mendabik dada dengan ilmu yang ada sementelah telah memegang gelaran penyanyi senior.

Ibu kepada empat orang anak iaitu pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7 ini dalam nada merendah diri berkata dia tidak kisah untuk belajar sesuatu daripada protegenya. Sama ada protégé lelaki atau wanita, Ziana berkata dia tidak kisah asalkan mereka mempunyai karektor dan identiti sendiri.


Januari 25, 2010

(Cerita Artis) Wajah terbaru Ziana Zain !!



Wah...Makin berisi akak Ziana kita ni, sudah lama Zoom tak "Post" mengenai ibu dan akak kepada Anuar Zain ni.Mungkin kerana sibuk dengan keluarga Ziana Zain semakin jarang di kaca TV.Yang selalu keluar adik dierr jee..maklum la anak dah berapa orang kan...si adik bila lagi..!? apa-apa pun mari kita baca cerita terbaru Akak Ziana Zain kita yang terkenal dengan Tag "Kening"..!!!



Baca Selanjutnya

Khabarnya penerbit Siti Rohayah Attan sedang mengintai pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain untuk turut sama berlakon teater "Muzikal Gamat" yang akan dipentaskan di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur pada 12 hingga 22 Mac depan. Ziana akui berminat untuk berlakon teater yang pernah dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2009 di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu.

Namun wanita yang mula aktif dalam industri hiburan pada awal tahun ini setelah lebih setahun menyepi itu berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan lagi mengenai teater yang berkisarkan tentang kehidupan laut itu. Alasan ibu kepada sepasang bayi kembar ini, dia perlu memastikan sama ada jadual kerjanya mampu menampung projek terbaru itu.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Dingin, Madah Berhelah, Anggapanmu dan Puncak Kasih ini, berlakon teater bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Ini kerana dia sudah bersetuju sejak tahun lalu untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor dalam program realiti Mentor keempat yang dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.

“Saya tidak mahu menghampakan orang yang membayar saya dan semua tanggungjawab yang saya terima perlu dilakukan mengikut kehendak mereka. Dalam masa yang sama, saya mempunyai komitmen untuk menjaga kedua-dua bayi kembar pada waktu malam. Jadi, semua keputusan perlu difikir sebaik-baiknya,”
beritahu ibu kepada pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.

Dalam perkembangan lain, wanita yang baru menginjak usia 42 tahun itu berkata dia juga dalam perancangan untuk tampil dengan single terbaru. Dalam temubual menerusi telefon ini, isteri kepada Armin Zaharin ini juga seronok bercerita mengenai Kaseh dan Ariel saat ditanya mengenai rutin hariannya sejak kebelakangan ini.

Menurut Ziana, nama pasangan kembar itu dipilih oleh Armin menerusi buku. Lantas dia terus bersetuju dengan nama yang dipilih asalkan yang perempuan mempunyai dimulakan dengan nama Siti manakala yang lelaki dengan Muhammad.

“Saya tidak kekok untuk menjaga anak tetapi apabila mendapat dua orang bayi sekaligus, saya memerlukan seorang pembantu. Sekurang-kurangnya apabila seorang menjaga anak, seorang lagi boleh membuat kerja rumah. Memandangkan usia Kaseh dan Ariel sudah mencecah enam bulan dan masih dalam proses pra-matang, jadi agak sukar untuk saya membawa mereka keluar dari rumah. Walaupun begitu, mereka sudah boleh makan biskut dan Nestum,”
katanya lagi.

Sehingga kini, Ziana masih belum bersedia untuk mendedahkan pasangan kembar tidak seiras itu. Namun begitu Ziana sempat bercerita tentang wajah Ariel mempunyai iras-iras Aiman dan Ammar serta badannya lebih berisi. Sementara tubuh Kaseh lebih kurus dan panjang serta bermata besar dan mempunyai bulu mata yang lentik.

Oktober 28, 2009

(Gossip) Gambar Anak Ziana Zain, Dan nama anak !!!!?



Sorry Gambar tak ada lagi, pihak media pun susah nak dapatkan gambar anak akak ziana ini, macam nak lawan dengan erra fazirah jer..Anda perasaan tak sekarang ini kebanyakan 80 % artis suka menjauhi dan merahsiakan anak-anak mereka dari "Public".Mungkinkah ada strategi dari artis-artis itu...!!!? Fikir-fikirkanlah dah komen la apa-apa yang patut...OKlahh..Apa-apa pun layan la nama anak Ziana zain dengan baca kat bawah ni...!!!! Komen apa-apa yang patut



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2009: Selepas melahirkan sepasang kembar Julai lalu, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain, 41, nampaknya masih terus berdiam diri.

Adapihak beranggapan, tindakan Ziana itu umpama menyorokkan anakkembarnya daripada mendapat liputan pihak media. Walhal begitu ramaipeminat yang nyata sekali ingin melihat sepasang wajah comelmilik Ziana dan suaminya, Armin Zaharin.

Menafikan tindakanZiana itu sebagai lari daripada media, pengurus penyanyi berkenaan,Lisa Aryanti Tahir berharap supaya pihak media dan peminat dapatbersabar kerana Ziana tetap akan membuat kemunculan semula.

Lisa yang ditemui ketika majlis Ulang Tahun EH! 10 Yang Anggundi sini, Sabtu lalu berkata, Ziana dijangka akan membuat kemunculanpada Januari 2010 bersama sepasang kembarnya yang kini sudah memasukiusia lebih 3 bulan.

Di kesempatan itu juga, Lisa turut berkongsi nama pasangan kembar itu yang diberikan nama Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.

"Sayafaham terlalu ramai peminat dan pihak media yang mahu melawat Ziana.Bagaimanapun permintaan itu tidak dapat Ziana penuhi buat masa ini.Maklum sajalah bayi kembar itu masih kecil dan Ziana tidak bersediauntuk menerima pelawat," katanya.

Ariel dan Nour Kaseh telahselamat dilahirkan pada 23 Julai lalu. Meskipun masa kelahiran 3 minggulebih awal daripada jangkaan, namun kedua-dua bayi berkenaan beradadalam keadaan sihat dengan berat 2.1 kilogram (Ariel) dan 1.7 kg (NourKaseh).

Lisa menambah, seperti juga kelahiran 2 bayinyayang terdahulu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar, Ziana kini sedangbersiap sedia untuk 'memasang badan' sebelum berhadapan dengan pihakmedia Januari nanti.

Jelasnya lagi, buat kesekian kalinya Ziana telah menyambung kontraknya bersama produk rawatan kecantikanbadan Slim World dan jenama jam tangan antarabangsa Omega.

"Ya,buat masa sekarang Ziana sedang sibuk ulang alik daripada mendapatkanrawatan di Slim World dan mengamalkan pantang larang tradisional keranadia mahu mendapatkan berat badan asalnya iaitu 52 kg," katanya.

Lisaberkata, artisnya itu sama sekali tidak sabar menanti tibanya Januarinanti untuk berkongsi seberapa banyak pengalaman melahirkan bayikembarnya bersama pihak media kerana Ziana bercadang tidak mahumengandung lagi selepas ini.


Kredit : Murai

Oktober 23, 2009

(Gossip) Azwan Ali Secret Admire Ziana Zain !!!!


Lucu tapi benar, Dekat bawah ni luahan dari isi hati Artis kita yang bernama Azwan Ali terhadap seseorang yang dia ''Admire'' masa muda-muda dulu. Rasa nak gelak pun ada, tak tau pulak azwan ali ni minat kat akak ziana tue, mugkin disebabkan kening kak ziana kot...Apa pun layan la luahan azwan ali mengenai ''admire'' dia dulu2..!!!



Baca Selanjutnya

MEMANG sukar hendak menelah perasaan seseorang. Apatah lagi bila berhubung soal cinta.

Mungkin ramai yang tidak percaya personaliti 'kontroversi' Azwan Ali pernah menyimpan hati pada penyanyi terkenal Ziana Zain yang kini sudah pun mempunyai empat orang anak.

"Kisah tu dah lama berlalu. Tapi sampai hari ini saya pun hairan kenapa dia tidak mahu menjejak kaki ke rumah saya walaupun puas saya mengajaknya.

"Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berpuluh kali. Sekali pun dia tidak pernah sudi datang ke rumah saya," jelas Azwan yang masih teringat kali pertama dia berjumpa dengan Ziana.

Kata Azwan lagi, "Saya ingin tegaskan di sini, saya sukakan Ziana ketika dia seorang penyanyi baru. Bukan seperti Ziana yang sekarang. Ada sesuatu tentang dirinya yang saya suka.

"Waktu tu usia saya baru 23 tahun. Pada saya, Ziana seorang gadis Melayu yang naif, bersahaja dan menarik. Itu membuat saya sangat tertarik padanya.

"Saya ingat lagi peristiwa di sebuah hotel di mana dia telah 'reject' saya dan telah memanggil saya 'Dik Non'.

"Dia lah artis pertama yang panggil saya Dik Non. Tapi saya tak ambil hati dan masih simpan lagi sepasang kasut comel yang dibelinya di Jepun, pemberian Ziana sewaktu dia menjadi pramugari ketika itu," kata Azwan yang memberi pose menarik di almari tempat tersimpannya sepasang kasut comel itu.

Bila ditanya adakah Ziana punca hatinya tertutup pada wanita, Azwan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu.

"Ya...mungkin juga," kata Azwan menutup kisah lama itu rapat-rapat dan terus ke topik lain.

Azwan juga tidak kisah jika ada yang berkata kisahnya bersama Ziana hanya satu 'propa.'

"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya jujur menyatakan isi hati yang terpendam selama ini," kata pengacara terkenal yang pernah menghasilkan program menarik seperti Cit Cat Azwan dan Amboi amboi amboi.

Kata selebriti popular ini, dia juga ada mendengar sosek-sosek orang ramai tentang kononnya pengumuman dia sudah berubah sekembalinya dari umrah baru-baru ini hanya satu 'propa' juga.

"Itu pun terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya berjanji dengan Allah bukan dengan you atau wartawan lain. Jadi, apa pun orang nak cakap, biar lah."

Tambahnya lagi, "Macam yang saya cakap sebelum ini, sampai bila nak kejar hal-hal dunia saja. Azwan Ali pun ada hati dan perasaan juga. Bila tuhan dah buka hati orang itu akan berubah, siapa kita hendak persoalkan," jelasnya ringkas.

Apa KOmen anda ??