Ziana Zain, penyanyi dan pelakon yang terkenal ini mengakui dirinya sudah bersedia untuk berkongsi ilmu dengan protegenya setelah mengumumkan dia bakal bergelar mentor dalam program realiti Mentor musim keempat pada tahun ini.
Baca Selanjutnya
Penyanyi yang baru muncul dalam persada seni ini pada awal bulan ini selepas melahirkan sepasang kembar pada enam bulan lalu berkata mungkin protegenya nanti lebih bagus daripadanya. Biarpun begitu, Ziana tetap merasakan dirinya tidak boleh mendabik dada dengan ilmu yang ada sementelah telah memegang gelaran penyanyi senior.
Ibu kepada empat orang anak iaitu pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7 ini dalam nada merendah diri berkata dia tidak kisah untuk belajar sesuatu daripada protegenya. Sama ada protégé lelaki atau wanita, Ziana berkata dia tidak kisah asalkan mereka mempunyai karektor dan identiti sendiri.